"awak ada nak beli apa apa lagi ke?"
Soalku pada Insyirah. Takut takut kalau ada barang yang hendak dibeli lagi. Insyirah menggeleng perlahan.
"takde dah kot."
Kemudian kami melangkah menuju ke tempat parking kereta. Belum sempat Insyirah mengeluarkan kunci kereta dari beg tangannya, tiba tiba ada seorang peragut datang merampas beg tangannya dengan kasar lalu memecut laju daripada situ. Aku dan Insyirah terkedu.
Aku pandang Insyirah. Wajahnya jelas penuh dengan kegelisahan. Macam nak nangis pun ada jugak... Haha..
Eh? Apa kau buat ni Naura? Pergilah buat sesuatu!! Tapi apa patut aku buat?! Kepala aku tengah kusut sekarang ni!
Ok, relax Naura. Sekarang ni aku tahu apa nak buat. Nafas aku tarik dan...
"TOLONG!!!!!!"
Aku jerit dengan sekuat hati. Beberapa orang yang sedang lalu di kawasan tersebut mula memandang pelik ke arah kami lalu mendekati kami.
"ada apa ya, cik?"
Soal salah seorang daripada mereka.
"tt..tu!ada orang ragut handbag kawan saya!"
Balasku sambil menunjuk ke arah laluan yang dilalui oleh peragut tadi. Dan... Aku terkedu.
Aqasha yang sedang memegang beg tangan milik Insyirah mula mendekati ke arah kami. Langkahnya terhenti apabila dia berada betul betul di hadapan Insyirah.
" is it yours?"
Soalnya lembut sambil menghulurkan beg tangan tersebut. Insyirah yang sedari tadi hanya menatap wajah Aqasha mula menundukkan pandangannya.
"y...yes"
Balasnya gugup lalu mengambil beg tangannya. Senyuman kecil mula terbit di bibir Aqasha. Matanya juga tidak lari daripada menatap Insyirah yang sedang tersipu malu.
Aku tak tahulah apa yang aku rasa sekarang ni.. Agak agaknya korang tahu tak apa yang aku rasa? Tolong terjemahkan, boleh?
Beberapa orang yang baru sahaja ingin membantu kami tadi berlalu daripada situ. Aku yang dari tadi asyik melihat adegan Aqasha dan Insyirah mula mendekati mereka. Tubuh aku peluk.
"ehem!!"
Anak tekak aku betul kan. Sengaja ingin menyentakkan mereka berdua.
Aqasha mula memandangku tajam. Tetapi tidak aku hiraukan. Kemudian senyuman sinis aku hadiahkan kepadanya."Kalau ye pun nak pandang lama lama, kahwin dululah! Tak pasal pasal basi kawan titew.."
Kata kataku tadi membuatkan wajah Insyirah mula blushing. Kemudian lenganku ditampar olehnya.
"aduh.."
Lengan ku gosok perlahan.
Kemudian Insyirah memandang ke arah Aqasha semula."b..by the way..thank you sebab tolong.. Skejap.. Bukan awak ni kawan abang Naura, eh?
Soal Insyirah setelah menyedari yang lelaki itu ada bersama abang Naura ketika mereka pergi ke shopping mall beberapa hari yang lalu.
" yes "
Balas Aqasha ringkas. Kemudian matanya mula menjeling ke arah jam tangannya.
"okaylah, got to go now. "
Satu senyuman dihadiahkan kepada Insyirah kemudian dia berlalu daripada situ.
"Naura, I tak sengaja.. Please forgive me.."
Rayunya lagi. Air mataku yang mengalir deras aku kesat dengan kasar. Kemudian tubuh ku hadapkan ke arahnya.
"you know what? You dah janji dah yang you akan masuk minang I time balik Malaysia nanti. Tapi tengok apa yang you dah buat? You sendiri yang hancurkan semuanya.."
Air mata cuba ku tahan walaupun sudah banyak yang dibazirkan. Hati aku dah remuk. Sakit sangat. Hanya Tuhan yang tahu.
" please Naura, I takde niat pun.. Sophie.. Dia masukkan ubat tidur dalam makanan I..dan bila I sedar.. I dah ada dekat dalam bilik dia.."
Rayunya lagi. Senyuman sinis aku ukir. Alasan.
"lepas you sedar, you buat apa? Kenapa you tak lari je terus?"
Tubuh ku peluk. Cuba untuk mencari kekuatan dalam diri ini.
"I've been trapped, Naura.."
Rayunya lagi. Aku tahu, bukan salah dia.. Tapi dia terlalu ikut nafsu.. Aku takut, kalau aku kahwin dengan dia... Aku hanya akan menjadi bahan untuk memuaskan Nafsunya..
Kemudian kedua belah tanganku dicapai olehnya lalu dikucupnya lembut.
"I love you, Naura"
Ucapnya dengan penuh romantis. Matanya sapphirenya itu mula merenungku dengan renungan yang sangat hangat. Dan..
Aku terpukau..
Kepala ku geleng laju. Tak boleh, Naura! Kemudian tangannya aku tepis.
"Naura.."
"I Hate you, Isyraf."
Kemudian aku berlalu daripada situ.
Keluhan berat aku lepaskan. Kejadian setahun yang lalu masih bermain di fikiranku. Aku tak tahulah.. Betul ke dia masih suka kat aku? Susah sangat ke dia nak lepaskan aku? Ya Allah.. Bantulah aku..
Telefon ku buka lalu menekan logo Instagram. Laju sahaja aku scroll semua post dan aku mula tertarik dengan kata kata yang dishare oleh seorang hamba Allah nie.
'Terkadang aku berfikir, jika aku tidak bertemu denganmu, apakah akan serumit ini? Apakah akan sesakit ini?'
Dan jujur aku kata.. Kata kata ni memang sesuai dengan situasi aku sekarang. Dengan hadirnya Isyraf dalam hidup aku, dengan hadirnya Aqasha dalam hidup aku
Kalau aku tak jumpa diorang..'apakah akan serumit dan sesakit ini?'
Dada aku genggam. Telefon ku letakkan di ruangan sebelah kiriku. Kemudian tubuh ku rebahkan ke atas katil. Mata aku pejam. Cuba untuk mencari ketenangan.
Aku tak kuat..
YOU ARE READING
Love Sacrifice
Romance"kenapa aku perlu berkorban kalau takdir aku akan tetap sama?" - Naura' Kisah seorang gadis yang masih mencari erti pengorbanan. Dia telah jatuh hati kepada seorang lelaki yang menyukai sahabatnya sendiri. Adakah Naura akan korbankan rasa cintanya...