Telinga aku tekap pada pintu bilik. Cuba untuk mendengar perbualan antara abi dan Aqasha.
"Aqasha, ustaz ada permintaan sikit dengan kamu."
Aqasha yang baru sahaja hendak menghirup teh mendongakkan kepalanya menghadap abi.
"permintaan apa, ustaz?"
Soalnya sopan sambil membetulkan kedudukan kepada yang lebih selesa. Abi mula membetulkan anak tekaknya. Air liur aku telan. Macam serious sangat je?
"kalau boleh, ustaz nak kamu kahwin dengan anak ustaz."
Balas abi. Aqasha yang sedang menghirup teh hampir tersedak dibuatnya.
"err.. Anak ustaz yang mana satu? Dan.. kenapa ustaz nak saya kahwin dengan dia?"
Soal Aqasha lagi. Suaranya juga kedengaran agak gugup ditelingaku.
"ustaz nak kamu kahwin dengan Iman Naura'."
Degupan di jantungku terhenti seketika. Seakan akan tidak percaya dengan kata kata yang baru sahaja diungkapkan oleh abi. Dalam banyak banyak anak aku jugak?! Tapi aku ada tiga beradik je..
Aqasha juga seperti terkejut akan jawapan tersebut. Keningnya sudah mula berkerut.
"why...ustaz?"
Soalnya lagi seperti tidak berpuas hati.
"sebab ustaz percayakan kamu. Si Naura tu mudah sikit cair dengan lelaki. Takut nanti dia salah pilih bakal suami. Tapi ustaz tak paksa kamu pun."
Aqasha hanya mengangguk perlahan.
Darah di wajahku mula panas. 'sedap sedap je abi cakap aku mudah cair. Kalau aku ni cepat cair, dah lama aku kahwin dengan Isyraf, tahu?! ' desis hatiku."saya fikir fikir dulu lah ustaz. Nanti ada apa apa saya inform kat ustaz. Err..ustaz, saya nak kena pergi dah ni."
Balas Aqasha sambil menuju ke arah abi.
"laa.. Nak pergi dah ke?"
Soal abi sambil mengerut kening.
"iya ustaz, sebab ada kerja lagi nak kena settlekan"
Abi mengangguk perlahan lalu tangan abi disalamnya.
"saya pergi dulu ya, ustaz. Assalamualaikum."
"waalaikumsalam"
Kemudian dia berganjak daripada situ.
Tubuh aku sandarkan pada pintu bilik. Keluhan kecil aku lepaskan.
'Ya Allah, apa semua ini?'Nabila yang sedang menaip sesuatu di laptop aku pandang. Nak tanya atau tidak? hmm..
"adik"
Sapaku sambil menarik kerusi di sebelahnya lalu berlabuh disitu
"hm?"
Jemarinya masih lagi fokus menaip. Begitu juga matanya.
"akak nak tanya ni.. Kalau adik ada suka siapa siapa kan.. Adik akan biarkan dia bahagia dengan orang lain ke.. Atau adik akan paksa dia untuk suka adik?"
Jemarinya berhenti menaip. Lalu jemarinya itu dibawa menongkat ke dagunya. Memikirkan.. Mungkin?
"adik akan biarkan dia bahagia, kot?"
Balasnya seperti tidak pasti dengan jawapannya. Aku pula hanya mengangguk perlahan. Mungkin betul juga apa yang dia cakap.
Kemudian Nabila menutup laptopnya lalu tubuhnya dihadapkan ke arah ku. Senyuman nakal mula terbit di bibirnya. Aku pula hanya memandangnya pelik.
"apa akak ingat adik tak tahu ke?"
Kening aku kerutkan. Apa yang aku tahu yang dia tak tahu?
"tak tahu apa?"
Soalku inginkan penjelasan. Nabila pula masih dengan senyuman nakalnya.
"ingat adik tak tahu ke yang akak suka kat abang Aqasha?"
Aku tergamam seketika. Aku? Suka Aqasha? Oh my God.. That was crazy!
Kemudian bahunya aku tepuk kuat."aduh..sakitlah..."
Lalu bahunya diusapnya perlahan. Tulah... mengarut lagi..
"takda hati akak nak kat mamat poyo tu! He's not my type, okay?"
"but he has enough conditions to become a man of female desire."
Mata aku julingkan ke atas. Ni kalau laki tu dengar, habis kembanglah hidungnya yang mancung itu. Bingkas aku bangun daripada kerusi.
"akak nak pergi mana?"
Soalnya sambil keningnya dikerutkan
"tidur"
Balasku selamba. Lalu matanya mula menjeling ke arah jam dinding.
"tapi sekarang baru pukul 9:30pm,awalnya akak tidur."
"esok akak nak kena pergi rumah kawan akak. Okaylah, goodnight. Wuarghh.."
Kemudian aku berlalu daripada situ.
Nabila yang memandangku hanya menggeleng perlahan. Banyak sungguh karenah kakak nya.Alamat Insyirah yang terpapar di skrin telefonku dan rumah yang berada dihadapanku aku pandang bersilih ganti.
"betul dah ni.."
Kemudian loceng rumah aku tekan.
Ting Tong!
"assalamualaikum"
Ucapku. Beberapa detik berlalu. Kemudian kelihatan figura Insyirah keluar daripada rumah.
"waalaikumsalam"
Balasnya. Lalu pagar rumah dibukanya. Aku yang baru sahaja ingin melangkah masuk dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Lebih tepatnya.. ada seseorang yang sedang memerhatikan kami berdua. Laju sahaja mataku melilau kawasan sekeliling tetapi tiada sesiapa. Insyirah mula memandangku pelik.
"kenapa?"
Soalnya risau. Kemudian aku menggeleng laju. Perasaan aku je kot.
"tak da apa apa."
YOU ARE READING
Love Sacrifice
Romance"kenapa aku perlu berkorban kalau takdir aku akan tetap sama?" - Naura' Kisah seorang gadis yang masih mencari erti pengorbanan. Dia telah jatuh hati kepada seorang lelaki yang menyukai sahabatnya sendiri. Adakah Naura akan korbankan rasa cintanya...