Part 9

42 2 0
                                    

Imran yang baru sahaja selesai mengaji aku pandang.

"abang.."

Panggilku meleret. Langkahku mula mendekati Imran yang sedang duduk di atas sofa. Lalu ruangan disebelahnya menjadi tempat ku berlabuh.

"hmm?"

Kemudian al Quran ditutupnya lalu di letakkan di atas meja. Lalu pandangannya dihalakan ke arah ku.

"abang dah lupa ke?"

Soalku. Imran mula memandangku pelik. Keningnya juga sudah mula bertaut.

"apa benda?"

Soalnya pula. Haish..takkanlah dia tak ingat..

"hari tu abang janji lepas Naura balik Malaysia abang nak ajar Naura memandu.."

Imran yang baru teringat akan janjinya dahulu mula mengangguk perlahan.

"then?"

Boleh pulak dia kata 'then'?! Ada jugak yang nak kena pelempang karang..

"then... Tolonglah ajar Naura sekarang..."

Rayuku. Lalu lengannya ku tarik tetapi ditarik olehnya semula.

"malaslah.."

Tubuhnya di rebahkan ke atas sofa. Aku yang tidak berpuas hati mula memeluk tubuh.

"okay, kalau abang tak nak ajar..."

Nafasku tarik dalam dalam dan....

"UMI!!!!"

Bergegar satu rumah dengan jeritanku. Imran yang terkejut akan tindakanku itu lantas menekup mulutku.

"sshh..senyap boleh tak?"

Aku pandang dia dengan renungan yang tajam. Laju sahaja aku geleng kepalaku. Keluhan kecil dilepaskan oleh Imran. Macam macam hal lah adik aku yang satu ni!

"fine, abang tolong."













"cehh! Senang je rupanya nak memandu!"

Tubuhku peluk dan senyum mula terbit di bibirku tanda puas. Begitu juga dengan Imran yang sedang duduk di tepiku.

"tengoklah siapa yang ajar!"

Dada di tepuknya tanda bangga. Mata ku jelingkan ke atas. Kalau aku tak bagi kerjasama dengan dia, belum tentu aku boleh pandailah!

Kring! Kring!

Deringan telefon Imran membuatkan kami tersentak seketika. Kemudian telefonnya diambil dari kocek seluarnya lalu panggilan tersebut diangkat.

"assalamualaikum."

Ucap Imran. Aku yang tidak mahu masuk campur urusannya mula melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta.

"oh, Aqasha. Kenapa?"

Mendengar Imran menyebut nama lelaki tersebut membuatkan ku tersentak. Aku tak tahulah. Aku rasa macam ada rasa rindu yang menyapa setiap kali mendengar nama lelaki tersebut. A, QA, SHA. Perfect. Lantas pandangan kualihkan semula ke arah Imran.

"ok , bye"

Talian dimatikan. Imran memandangku pelik.

"kenapa dengan Naura ni?"

Soal Imran sedari tadi aku hanya memandangnya tanpa berkata apa. Kepalaku geleng laju.

"takda apa apa."

Kemudian pandangan kualihkan menghadap staring kereta.

"kawan abang cakap apa?"

Soalku sengaja ingin tahu. Manalah tahu dia nak masuk minang ke apa! Acah...

"dia ajak pergi birthday party dia dua minggu lagi. Dia ajak satu family"

Balas Imran. Aku hanya menganggkuk perlahan. Staring kereta ku genggam. Hati aku mula berdebar debar. Kau ni dah kenapa, Naura?

"yang Naura ni nampak macam nervous sangat kenapa? Takkan dah tak ingat dah cara memandu?"

Soal Imran pelik. Kepala ku geleng laju.

"ingat, ingat!"

Kemudian aku membuka enjin lalu berlalu daripada situ.













Umi yang sedang memotong sayur aku pandang lama. Kepala ku mula mendarat di atas meja.

"yang Naura temenung lama tu buat apa? Baiklah Naura tolong umi potong sayur ke, goreng ayam ke..."

Ujar umi. Bibir ku muncungkan ke depan.

"bukan tak nak tolong.. Tapi Naura takut nak pegang pisau.. Kalau nak goreng, Naura takut minyak tu kena kat Naura.. Panas..."

Jelasku. Umi hanya tergelak kecil. Kepala digelengnya perlahan. Banyak betullah dia punya alasan!

"habis tu nanti suami Naura nak makan apa? Kalau suami Naura nanti lagi pandai masak daripada Naura macam mana? Tak pasal pasal Naura yang tanggung malu!"

Kepalaku yang tidak gatal ku garu. Betul jugak apa yang umi cakap.

"tapi baguslah kalau suami Naura nanti pandai masak! Tak payah susah susah Naura nak masak, kan?"

Balasku pula tidak mahu kalah. Umi pula hanya tergelak kecil melayan karenahku. Nak buat macam mana? Aku memang dah macam ni kan? Haha..

"hek eleh! Tak payah susah susah nak masak konon! Adik rasa akak kena cerai dari dulu lagi! Heh! "

Sampuk Nabila yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam dapur. Jelingan tajam ku hadiahkan kepadanya tetapi tidak dihiraukannya.

Gelas yang berada di atas meja aku capai lalu air di dalamnya aku teguk. Kemudian pandangan ku alihkan semula ke arah umi. Lalu masakan yang sedang dihidangkan oleh umi aku pandang. Keningku mula bertaut.

"umi, kenapa banyak sangat umi masak?"

Soalku yang baru perasan akan kuantiti makanan tersebut. Apesal banyak sangat?!

"laa.. Naura tak tahu lagi ke...?"

Kepala aku geleng laju. Memang sekarang ni aku tak tahu apa apa langsung!

"malam ni kita solat maghrib dekat sekolah abi sebab ada majlis. Umi pun tak pasti majlis apa, so umi masak jelah banyak banyak. Dapat pahala lebih.."

"ouh.."

Aku mengangguk perlahan. Bingkas aku bangun daripada kerusi. Nak duduk dekat sini lama lama pun bukannya boleh buat apa! Kemudian kakiku sudah mahu berganjak daripada situ sebelum..

"Naura!"

Langkahku kakiku terhenti. Kemudian wajah umi ku pandang. Kedua belah kening ku angkat.

"kenapa?"

"alang alang Naura takde kerja, Apa kata kamu tolong gosok baju jubah untuk malam ni?"

Cadang umi. Kepala ku angguk laju.

"okay!!"

Ps: sory kalau story ni agak bosan and lambat update. Kalau korang suka jangan lupa vote tau!! 😝




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love Sacrifice Where stories live. Discover now