6

31 2 5
                                    

Aku meletakkan dua gelas di atas pantri. Kotak jus dikeluarkan dari peti sejuk lalu dituangkan isinya ke dalam gelas tersebut.

"Jimmy?"

"Apa sayang?" Jimmy balas dengan nada mengusik tanpa mengangkat pandang dari skrin telefon. Dari tadi masuk bertandang ke rumah, dia sudah mengambil tempat atas sofa panjang. Elok 'landing' atas tu macam biasa. Macam ini rumah dia yang punya semenjak dulu lagi. Kalau Mama ada dalam rumah, anugerah lelaki paling sopan bolehlah dihadiahkan kepada manusia bernama Khairul Azim ni.

'Kadang-kadang kita kena jadi hipokrit jugak dalam hidup ni.' Selamba dia balas bila aku bahan dia.

Haikal melabuhkan duduk. Tangan menahan kuap. Sudah beberapa hari, dia terjaga dari tidur dengan situasi yang sama berlayar dalam kepala.

Dia pasti, itu hari dimana dia 'tumbang' dek dehydration.

Suara aneh yang menggemakan 'Aku hadiahkan ini untuk kau.'

Tubuh yang jatuh dihadapan mata sebelum dia dipaksa bangun dari lena.

Dengan keadaan yang berpeluh-peluh meskipun rumah ditetap pada suhu normal. Tidur pun tiada selimut yang menyelubung.

Puas sudah dibelek segala jenis muka artikel sejak dua tiga hari dia pengsan, namun sebarang klu pun dia tidak jumpa. Yang memenuhi surat khabar kebanyakkannya tentang politik sedangkan dia hanya mahu tahu ada atau tidak insiden yang berlaku seperti dalam mimpinya itu.

Someone might commit suicide. And that someone, mungkin ada kaitan dengan suara yang didengarnya itu.

Gelas dibawa ke bibir, diteguk jus epal itu dua tiga kali. Fikiran mula berkira-kira sama ada mahu melepaskan simpulan dalam kepala yang berselirat atau dibiarkan saja seperti yang selalu dibuatnya.

Mahu di lepas namun mengingat kan mimpi yang membuatkan dia tidak lena tidur dek kerana takut mimpi yang sama menghantuinya, dia mengalah.

"Waktu aku tumbang haritu, ada benda lain tak yang jadi dekat situ?"

Jeda. Senyap. Tiada apa yang keluar.

"Jims?"

Pergerakannya terhenti buat beberapa saat sebelum tangan kembali laju menaip di skrin. "What?"

"Ada apa takjadi dekat tempat aku pengsan haritu?"

Dia lontar perlahan, "Takde apa selain daripada kau yang pathetically pengsan."

Bola matanya kini fokus ke arah aku, barangkali dapat mengesan yang mata ini sudah mencerlung tajam ke arahnya.

"What?"

Jimmy bangun. Telefon pintar dimasukkan ke dalam poket belakang jeans hitam yang dikenakannya. Tangan mengapai satu lagi gelas panjang yang masih berisi penuh.

"Kau nak tipu aku agak-agak lah."

Jimmy angkat kening. "Whoa, chill." Dia duduk dihadapan aku. Tudung saji dibuka, tangan cepat saja mencapai popia goreng yang Mama buat untuk minum petang sebelum dia keluar. Mamat ni memang lah, hantu makan!

"Kau sedar kan kau takreti menipu?" Aku angkat kening sebelah.

"Mana ada." Jimmy cakap selepas mengunyah habis. "Mungkin kau je kot yang tak kenal aku." Muka habis toya.

"Kan aku dah kata takde pape. Kau je yang pengsan haritu."

Aku mendengus. "Look, aku cuma tanya ada apa-apa tak berlaku haritu? Takde apa worth it untuk kau sorok pun." Jengkel. Tak faham betul kenapa nak juga menipu bila jelas-jelas aku boleh baca tidaknya. Riaknya juga. Dia pasti tahu.

Jimmy bangun, bunyi kerusi terseret dengan lantai menunjukkan tuannya yang menolak kasar. Dah apesal nak naik angin tiba-tiba ni?

Lepastu dia gelak.

"Apesal muka kau lawak sangat?!" Ketawanya malah bersambung takberhenti.

He. Freaking. Laugh.

Dia menarik kerusi semula sebelum duduk dengan ketawa yang masih bersisa.

Aku meraup wajah, "Hesh, perangai."

"You just sound like mad girlfriend yang refuse nakdengar jawapan lelaki even bila dia cakap benda yang betul." Jus diteguk dua tiga kali. Dia pandang muka aku yang masih tak berubah reaksi – muka aku yang sedang mencerna situasi – dan gelak lagi.

"Why so serious? Kau sendiri yang cakap dengan aku, tak payah fikir benda-benda yang takde kaitan dengan kita, boleh jadi toksik. Which is benda terakhir yang kita nak." Jimmy pasang sengih sarkastik di hujung mulut. Gaya menang ah bila boleh quote balik apa yang aku cakap.

"Masalahnya, kau nampak tak ni?" Dua jari aku tunjuk ke arah lingkaran gelap bawah mata. "Ikutkan, aku pun malas nak amik tahu." Lepastu aku sambung je cerita tentang mimpi 'indah' yang menganggu aku setiap malam dan semua perkara yang berlaku sejak hari aku pengsan. Niat asal malas nak endah terpaksa ditepis guna power smash.

Lee Chong Wei pun boleh menangis tengok aku punya skil.

"Dahtu, kalau nak tahu kau pergi jelah tempat kau tumbang haritu. Apa yang susah? Atleast staf bakeri tu mesti tahu kalau benda tu jadi depan bakeri dorang." Jimmy angkat kening double jerk.

"Lagipun, aku takrasa pelik pun kalau berita macam ni takmasuk dalam paper dah. Society dah letak standard picisan untuk kes suicide, orang mana nakpeduli. Kita pun, kalau benda ni takde kaitan dengan diri. As long as we live, tu je yang penting. Apathetic." Mode serius Jimmy dahkembali.

Aku merehatkan sebelah siku atas pantri, menongkat dagu "Tapi kita lupa yang hidup ni satu kitaran simbiosis, we need each other. We affect each other even with a slight bit of action from our part."

Senyap. Masing-masing ada sesuatu dalam fikiran sebelum suara Jimmy memecah suasana.

"Rasa macam nakjatuh cinta dengan kau lah."

"Aku lempang kau karang!"

LacunaWhere stories live. Discover now