7

17 1 0
                                    

"Java chips with whipping cream, satu." Senyum.

"Cake?" Aku bergerak ke kiri, kearah cakes display. Semua nampak sedap macam seru aku untuk bawa diorang keluar.

'Haikal ambila saya,' something like that.

"Sir?" Tersedar. Aku lempar sengih sambil jari telunjuk menunjuk kearah kek dari barisan kedua. "Choco banana crepe, satu and the another one...." Jari menunjuk kearah baris teratas. "Red velvet. That all"

Setelah selesai membuat pembayaran, dibawa tray yang terisi dengan cakes dan air ke meja yang berada di penjuru kedai mengadap cermin yang boleh tengok orang orang lalu lalang di luar. Dibawa keluar blok lukisan yang berkulit keras berwarna hitam. Hanya ada initial H dibawah hujung muka kulit. Bak kata Jimmy, blok lukisan aku dah serupa death note yang bezanya aku penuhkan dengan lukisan dan tak ada lagi mati sebab lukisan aku.

Atau sebenarnya ada...

Sikit sebanyak aku termakan juga idea Jimmy. Aku pergi melawat kawasan yang terkedekat dengan tempat aku 'landing'. Bermula dengan bakeri ni. Sweet bakery. Tipikal bakeri, masuk masuk dah disambut dengan bau fresh baked bread. Ada serve coffee juga. Tak ada yang abnormal pun. Aku tarik kembali blok lukisan. Dibuka terus pada halaman kosong. Dicapai pensel kayu. Mulanya aku hanya buat random sketches, melakar gambar cactus yang terhias cantik diatas kaunter kemudian melakar gambar awan yang berarak di dada langit.

"Boleh duduk sini?" aku angkat muka. Kening sebelah terangkat.

Macam boleh baca fikiran aku dia buka mulut. "Saya nampak awak. Sorang. Saya pun sorang."

"Maka?" pensel dijari dipusing-pusing.

"Nak minta tolong?" tak dijemput dia tarik keluar kerusi, ambil tempat dihadapan aku. Mulanya aku tak dapat tangkap siapa dia kalau bukan sebab scarf yang setia melilit lehernya sehingga menutup mulut. Scarf yang aku bagi dia.

"Hanya awak sorang je boleh tolong saya." Mukadimah yang sangat straight foward. Aku tarik badan, bersandar pada kerusi. Manusia yang berada dihadapan aku ni tergolong dalam persoalan yang mengasak kepala otak aku. Punca eyebag aku. Entah macam mana lakaran wajah dia boleh berada dalam blok lukisan aku. Nak cakap orang lain yang melakarnya, tak. Aku kenal lukisan aku. Memang aku sendiri lukis tapi aku tak ingat.

"Bagi saya sebab kenapa saya kena tolong awak? Macam mana awak boleh main aci redah minta tolong kat stranger."

"Tapi saya tahu nama awak." Fakta.

"Awak tahu nama saya. Yes sure, orang lain pun tahu. Tapi awak tak kenal saya ni macam mana. Buatnya saya ni pembunuh bersiri. Awak terang terang serah diri kat saya macam tu je" ni kalau Jimmy dengar mahu dia gelak bertahun lamanya. Pembunuh bersiri? Aku nak bunuh lipas pun tak berani apatah lagi manusia.

"Awak orang baik." Dia senyum.

"Macam mana tahu?"

"Sebab awak sorang je boleh nampak saya."

LacunaWhere stories live. Discover now