"Lili!"
"Lili, I have a good feeling this time." Tak endah.
"Lili, aku tahu dia boleh tolong aku." Nada Hara naik satu oktaf, defensif.
"Aku tak faham apa yang kau cuba buat sebenarnya. You know that you shouldn't mingle around human beings kan?" Dia berpaling.
Hara mendengus. Tubuh dipeluk. "Pastu kau bukan manusia ke?" Masih lagi defensif. Bahasa tubuh Hara yang satu ini - seolah tidak ada sekelumit rasa bersalah lah yang membuatkan kemarahan dalam diri dia ni semakin membara.
"Nope." Mata sengaja dibulatkan. Tabiat bila kepala rasa berapi. Dia bingkas bangun dari cangkung, usai mengunci pintu kafe tempat kerjanya.
"Aku ni monster." Sambungnya lagi, separuh menjerit. Terasa kelat apabila lidah melontar perkataan 'ngeri' itu.
"Hey, it's not like I'm gonna harm him." Dia menjawab. Hara tak faham kenapa Lili is so against dia daripada kenal dengan Haikal.
Lili angkat pandang, mencerlung tajam pada Hara. Terasa ada hembusan dejavu yang berlalu dalam kotak memori.
Nafas ditarik panjang, gugus kunci dimasukkan dalam beg sling-nya. Satu persatu perkataan disusun "Aku tak pernah salahkan kau over what happened to Aris."
Jeda.
"But looking at this whole current situation - maybe I should instead? Baru kau berhenti buat benda-benda bodoh yang akan menyusahkan orang lain. So that, it knocks some sense on you." Lili terus angkat kaki.
Hara terpinga. Terkejut, dengan dingin suara itu. Dingin, lagi dingin dari kesejukan yang menjalar tubuhnya sendiri. The next thing she knew, dia dah berada di luar tingkap bilik Haikal. Pagar yang tak berkunci membuatkan dia berani saja masuk. Dia berjalan ke arah tingkap bilik Haikal yang terletak di sisi belah kiri lapangan rumah itu.
Macam mana dia tahu?
Ini semua kerja dua minggu yang Lili tidak berkenan tadi.
Haih, Lili - kau tak faham...
Kalau aku tetap ikut perangai aku dulu - yang tak pentingkan diri sendiri - aku akan stay dan stuck dekat sini sampai bila-bila. At this point, I just wanna move on to the next phase. Bukan dekat sini lagi. Aku dah penat. Stuck dekat sini, cuma menambah sesak di dada.
Sangat. Menyesakkan.
Dan kalau aku perlu jadi selfish untuk itu - who cares?
Dua jam dia berdiri di luar tingkap Haikal. Sekejap-sekejap dia duduk mencangkung, lepas tu bangun. Lepas tu duduk semula. The same cycle.
Lampu bilik terbuka, tanda ada orang masuk. Namun, lelaki itu segera landing atas katil. Mahu tidur sudah barangkali? Dari pengamatannya, Haikal memang jenis yang tidur tak tutup lampu.
Seperti mana dia tidak sedar kaki dah dibawa ke halaman ini, seperti itu jugalah di bawah sedar tangannya sudah naik mengetuk tingkap kaca itu berulang kali di. Tangan melambai beberapa kali, ingin menarik perhatian lelaki itu. Entah apa yang difikirnya.
Namun Haikal pegun, tak bergerak. Sebenarnya, terlalu pegun.
Kaku.
Itu maknanya satu, dia perasan tapi tak mahu aku perasan.
Aku mendengus, ni lagi sorang nak ignore aku jugak.
"Haikal! Haikal! Haikal!"
"Baik kau bukak sebelum aku masuk sendiri!"
Sebenarnya tak pasti dia dengar atau tidak. Namun, Haikal angkat tangan dari menutupi mata. Dia bangun, duduk lama di sisi katil sambil menghadap dinding. Aku pula seolah mengerti, giliran aku untuk kaku.
Dia pandang aku sekilas, tepat dua anak mata singgah sebelum dia memberi isyarat ke pintu utama rumahnya, menyuruh aku ke sana barangkali?
Treating me like a human being I supposed?
Takkan masih tak tahu?
Ataupun...
Hara sengih.
What a weird coping mechanism?
Menarik.
////////
author:
hi reader(s), sorry semalam memang terlupa update eventho i already set reminder hahahahah. this week akan ada double update because of ahad ni tak dapat update macam biasa. so enjoy!
YOU ARE READING
Lacuna
RomanceBahagian kosong yang disengajakan antara celahan buku atau manuskrip... 'fenomena' yang di namakan 'lacuna'. Kalau bahagian kosong yang tiba-tiba saja ada dalam celahan memori ini - harus dipanggil apa pula? -Haikal- Benda terakhir yang diingatnya...