BAB 6

2.3K 229 19
                                    

"Sedap betul kek yang Piqa buat ni. Tak menyesal lah Kak Mas order. Kalau Kak Mas nak promote dalam group taman boleh, Piqa?"

Piqa senyum lalu dia mengangguk, "Boleh sangat Kak Mas. Terima kasih tempah kek saya untuk birthday Haikal."

Wanita yang dipanggil Kak Mas itu menganggukkan kepalanya, "Moga makin murah rezeki Piqa sekeluarga."

"Amin, insyaAllah!" Piqa bersalaman dengan Kak Mas sebelum dia meminta diri untuk pulang ke rumah.

Dalam perjalanan nak ke rumahnya, Piqa tersenyum sendiri bila teringat 'pergaduhan mulut' antara dia dan Acer semalam, di kedai menjual bahan membuat kek.

"You pandai buat kek apa?"

"Kek yang simple je. Yang extravaganza I tak pandai sangat," jawab Piqa sambil mencapai cip coklat.

"Cip coklat nak buat apa?"

"Chocolate chip cookies," jawab Piqa sebelum dia memandang Acer, "You mengekor I macam anak kucing nak susu ni kenapa?"

"Habis takkan nak I ikut mak cik sana tu. I bukan kenal dia. I kenal you so I ikut you la," balas Acer, selamba sebelum dia mencapai sepeket lagi cip coklat dan diletakkan di dalam raga yang dipegang Piqa.

"Eh, banyak-banyak buat apa?"

"I nak tempah chocolate chip cookies dengan you."

Piqa jungkit kening, "I thought you tak makan benda manis."

Acer jungkit bahu, "I bukan tak makan langsung. I kurang makan tapi I makan juga. Kadang-kadang ada masa I teringin nak makan chocolate chip cookies."

"You nak bila?"

"You boleh bagi bila?"

"I tanya you dulu, kan? Nak bila?"

"You boleh bagi bila? I ikut masa you boleh bagi."

"Er... excuse me! Abang, kakak nak gaduh hal rumahtangga kat tempat lain, ya? Saya nak ambil barang pun susah!" Tegur seorang gadis muda, bersahaja sebelum dia berlalu ke lorong lain.

Piqa dan Acer berpandangan sebelum mereka serentak ketawa! Aduh, malunya!

"Sengih-sengih ni... teringat orang semalam ke?"

Terkejut Piqa bila disergah Sara! Wajahnya dicemberutkan sikit, "Kak long jangan macam-macam, eh?"

"Macam-macam tu macam mana?" Giat Sara lagi. Suka betul hatinya bila tengok adik iparnya yang seorang ini.

"Bye, kak chik nak mandi! Malam ni nak buat cookies pulak," ujar Piqa sebelum terus berlalu masuk ke dalam rumah.



"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam," jawab Piqa. Tak tahu kenapa wajahnya terasa panas bila Sara yang sedang membancuh kopi jungkit-jungkit kening padanya.

"Busy?"

"Tak. Tengah tunggu cookies masak."

"Wah, my cookies?"

"Tak. You tak cakap you nak cookies tu bila."

"Bila-bila je you boleh bagi, Piqa! I tak kisah."

Piqa tersenyum, "I tengah bakar cookies you ni. Esok boleh bagi dah."

"You ajak I date ke esok ni?"

"Eh, mana ada!" Laju Piqa membantah!

Acer ketawa di talian sana, "Piqa, keluar kejap."

"Nak buat apa?"

"Keluarlah kejap," gesa Acer.

Piqa merengus sikit namun dia tetap keluar, mengikut arahan Acer! "Hah, I ada kat luar dah ni."

"Tengok langit!"

Piqa mendongak dan dia terpaku seketika. Bulan penuh, dikelilingi bintang! "Subhanallah! Cantiknya!"

"Malam bulan dipagar bintang, tambah seri cuaca malam," tiba-tiba Acer menyanyi di talian sana, "... murni sungguh ciptaan Tuhan, bulan bintang lampu alam..."

Terdiam Piqa seketika. Suara Acer perlahan saja namun cukup merdu di telinganya.

"Terpaku dengar suara I yang sedap ni?"

"Mana ada!"

Acer ketawa mendengar bentakkan Piqa, "You tanya I semalam kan... I pernah jatuh cinta, tak?"

Piqa ambil tempat di bangku panjang yang ada di ruangan belakang rumah mamanya, "Hmm...?"

"I pernah jatuh cinta dan I rasa I masih cintakan dia."



Piqa pandang dirinya sendiri di dalam cermin. Pengakuan dari Acer semalam buat dia kaku sendiri. Selepas pengakuan berani mati dari Acer itu, dia dan Acer sama-sama diam sampailah Sara memanggilnya memberitahu yang cookies-nya sudah siap dibakar.

Sebelum berpamitan, Acer sempat memberitahu yang dia nak cookiesnya hari ini dan mereka patut keluar makan malam bersama.

"Tak siap lagi?"

Piqa pusing belakang memandang Sara yang dah duduk di birai katil, "What should I wear, kak long?"

"Pakai macam biasalah."

"Kak chik kan..." Piqa hela nafas, "... entahlah, kak chik rasa nak pakai cantik-cantik keluar dengan Acer malam ni. Tak tahu kenapa kak chik nak bagi dia nampak yang kak chik ada depan mata dia."

Berubah wajah Sara sebelum dia tekup kedua-dua belah pipi Piqa dan ditarik memandang dia, "Do you like him, Afiqah Atira?"

"Tak tahu!" Jawab Piqa dalam keadaan pipinya ditekup. "Padahal kita orang baru kenal."

Sara senyum sebelum pipi Piqa dilepaskan, "First time kak long tengok kak chik macam ni. Lost in love kata orang."

"Mana ada in love. Lost mungkin. In love belum lagi," balas Piqa sebelum dia tekup wajahnya pada bantal.

"Kak long kenal kak chik sejak sekolah lagi and I am proud to say you are my prodigy as budak nakal sekolah. You don't give a damn pasal lelaki dulu walaupun kawan-kawan kak chik semuanya galak bercinta!"

"Kak chik mana reti berkawan dengan lelaki, romantically. Kak chik ni kalau kawan dengan lelaki mesti jadi bro dengan dia orang!" Balas Piqa, separa mengeluh.

Masuk universiti, perangai Piqa dah kurang kasar tapi masih lagi dia susah nak berkawan dengan lelaki. Dia mana reti nak bercakap lembut-lembut. Dia bukan tomboi tapi dia cuma susah nak berkawan dengan lelaki.

"Dengan Acer?"

"Entah! Rasa macam bro jugak tapi..." Jawab Piqa sebelum dia letakkan kepala pada bahu Sara, "Tapi dia buat Piqa rasa macam perempuan dan bukan bro. Kak long faham tak?"

Sara angguk kepala, "You really like this guy, huh?"

"Mana ada suka," gumam Piqa, "Crush sikit je!"

Sara ketawa, "Just don't fall to deep, kak chik."

Piqa diam saja namun dia tahu, dia sudah 'jatuh' sangat dalam...

Bersambung...

BLIND DATE (TERBIT)Where stories live. Discover now