BAB 21

2.4K 278 63
                                    

"Abang, perut abang dah okey ke?" Amie duduk di birai katil Acer.

"Okey dah sikit lepas makan ubat tadi. Amie, ada kak Piqa call abang tak?"

Amie angguk kepala, "Tadi dia call abang tak angkat, dia call Amie. Amie bagitahu abang sakit perut, cirit-birit."

"Cakap jelah abang sakit perut. Tak payah bagitahu yang cirit tu!" Rengus Acer.

Amie juihkan sikit mulut, "Eleh, nak malu apa. Nanti dah kahwin, kentut depan muka juga. Bukan lari kentut dalam almari."

"Memanglah..." Rengus Acer lagi, "Ada siapa lagi call abang waktu abang tidur tadi?"

"Abang Fahmy. Dia pesan kalau abang dah okey sikit, call dia."

Acer angguk, "Mama mana, Amie?"

"Mama keluar."

Acer jungkit kening sikit, "Pergi mana?"

Amie geleng kepala tanda tak tahu, "Dah! Amin nak baca novel. Ni ada bubur, ubat dengan air masak. Nanti makan."

"Amie, ambilkan telefon abang nanti. Abang nak call Fahmy."

Amie mengikut saja. Telefon yang ada di atas meja kerja Acer dicapai sebelum diletakkan di tepi bantal, "Nanti ada apa, roger Amie!"

"Thank you, sis!"

"Rehat!" Amie memberi arahan sebelum dia keluar dari bilik Acer.

Acer terus mencapai telefon pintarnya sebelum nombor telefon Fahmy di dail. Selepas seketika, panggilannya bersambut!

"Helo? Kau call aku ke tadi, Fahmy?"

"Helo! Ha, aku call tadi. Teruk ke cirit birit kau?"

"Okey sikit dah! Wei, sorry terpaksa susahkan kau gantikan tempat aku hari ni. Nanti kau balik, aku belanja kau makan!"

Fahmy di talian ketawa, "Tak payah susah-susah belanja aku makan. Hari ni hari kau, esok lusa kalau aku kesusahan, kau tolong aku pula."

"InsyaAllah tak ada hal!"

"Acer..."

"Ya?"

"Cakap pasal tolong ni, boleh tak kau tolong aku lepas kau sihat?"

"Eh, boleh je!" Laju Acer membalas, "Nak tolong apa?"

"Kau tolong aku jaga Fei."

"Hah?"

"Tolong jagakan Fei waktu aku tak ada. Aku risaukan dia," luah Fahmy, perlahan.

"Bukan kau tinggal dia dengan family dia ke sekarang? Kau nak risau apa?"

"Entah! Biasalah. Aku kan tak pernah tinggal dia sejak kita orang kahwin," Fahmy ketawa sikit, "Jagakan dia untuk aku?"

"InsyaAllah. Dia kawan aku, insyaAllah aku jaga dia."

"Oh, Acer..." Fahmy berhenti seketika.

"Ya?"

"Maaf sebab pernah jadi penghalang kau dengan Fei sebelum ni."

"A... apa maksud kau ni?"

"Selama ni, aku tahu kau suka Fei tapi aku pun jatuh suka pada dia. Aku pikat dia... aku tikam kau dari belakang."

Acer hela nafas sebelum menggelengkan kepalanya, "Fahmy, tak ada istilah kau tikam belakang aku. Dah tertulis jodoh Fei dengan kau, bukan aku. Lagipun, kalau kau tak dengan Fei, aku mungkin tak jumpa tunang aku yang sekarang."

"Kau masih sayangkan Fei?"

"Sayang," jawab Acer laju sebelum dia ketawa kecil, "Aku sayangkan Fei sebagai kawan aku. Sama macam aku sayang kau."

Fahmy di talian sama ketawa, "Thanks wei. Aku sayang kau juga! Dan kalau kata aku tak balik ikut waktu yang sepatutnya, tolong... tolong bagitahu Fei aku sayangkan dia."

"Kau buat aku risau, Fahmy!"

"Aku sunyi kat sini, wei!" Fahmy ketawa besar, "Tak sabar nak balik, nak peluk cium Fei!"

"Sudah! Kau nak melepas rindu dendam, kau call Fei! Jangan buang tebiat dekat aku pulak!" Ujar Acer sebelum tawanya dengan Fahmy bergabung.

"Perut you dah okey ke?"

"Dah," jawab Acer sebelum menongkat dagu.

"Tak cherry dah?"

"Cherry? Bila I makan cherry?" Tanya Acer pelik.

Piqa hela nafas sebelum dia geleng kepala, "Maksud I, you dah tak cirit birit dah ke?"

"Oh!" Acer tertawa sendiri, "Dah okey dah tapi I tak berani nak makan yang bukan-bukan. Takut sakit balik."

"Haaaa!" Piqa angkat jari telunjuk, dengan wajah ceria sebelum dia membawa keluar mangkuk tingkat dari beg kertas yang dia bawa dari rumah tadi, "Tadaaaa!"

Acer ketawa dengan telatah Piqa, "You bawa apa?"

"Bubur kosong dengan sup ayam."

"Susahkan you je. I boleh je suruh Amie buatkan untuk I. Mama pun ada buat bubur juga," ujar Acer sebelum mangkuk tingkat itu ditarik dekat dengannya, "Thank you, Kachu!"

Amie yang keluar rumah sambil menatang dulang jag air bersama gelas ketawa sini, "Kak Piqa jangan percaya cakap abang tu! Mama dengan Amie masak mana dia nak makan. Dok ulang tak lalu, tak lalu. Ingat kita tak tahu yang dia nak makan masakan Kak Piqa."

Piqa ketawa sebelum dia pandang Acer, "Iya ke?"

Acer buat muka pada Amie sebelum dia buat gesture menghalau Amie, "Shuh! Shuh! Jangan kacau abang nak dating!"

Piqa ketawa saja bila Amie menjelirkan lidahnya pada Acer, "Biarlah Amie join kita borak!"

"Ala, biar dia duduk dalam teman mama! Nanti dia kat sini, bekal you ni habis dekat dia je!"

"I heard that, abang!" Amie yang berdiri di muka pintu bersuara kuat.

Piqa ketawa besar saat Amie membaling seliparnya pada Acer. Entah kenapa, hatinya terasa lapang melihat pemandangan itu.

Terpisat-pisat Acer menenyeh matanya saat telefon pintarnya berdering sejak tadi.

Sempat dia melihat jam dinding. Pukul 2.30 pagi! Telefon yang berbunyi segera diambil, "Helo?"

"A... Alif..."

"Fei?" Mata Acer terus cerah mendengar suara Fei yang jelas seperti sedang menangis, "Kenapa ni?"

"Fahmy... Alif..." Fei teresak-esak di talian sana, "Fahmy kemalangan..."

"Allahuakbar! Bukan Fahmy patut balik esok ke?"

"I tak tahu... dia tak bagitahu pun... dia nak balik bila..." Fei dah sungguh-sungguh menangis, "Polis telefon I... suruh pergi hospital. I takut..."

"Fei, jangan nangis macam ni! Kita jumpa di hospital, ya? You jangan menangis macam ni, you tengah mengandung. Kesian baby."

"Alif, he will be okay, kan?"

"InsyaAllah. He will!" Ucap Acer sebelum dia mematikan talian. Sejurus selepas itu, terus saja dia mendail nombor Qairel!

"Wei, abang! Aku baru nak lelap mata. Kacaulah kau ni."

"Along, tolong aku!"

"Apahal ni?" Suara Qairel berubah bila sedar suara Acer yang bergetar

"Aku tak berani nak drive. Aku... aku takut, along!"

"Kenapa ni?"

"Husband Fei..."

"Yang ganti kau pergi Johor dua hari lepas?"

Acer mengangguk walaupun dia tahu Qairel tidak nampak anggukkannya, "Dia... accident! Sebab aku!"

Qairel di talian sana tergamam. Innalillahiwainnailaihirojiun...

Bersambung...

😔😔😔😔😔


BLIND DATE (TERBIT)Where stories live. Discover now