Acer berjalan laju, mencari bilik pembedahan. Qairel di belakangnya hanya mengikut dengan tenang. Namun dalam hati, terbit juga rasa risau melihat adiknya itu.
Sampai sahaja di ruang menunggu bilik pembedahan, langkah kaki Acer mati apabila terlihat Fei yang sedang menangis sambil ditenangkan oleh saudaranya.
"Alif."
Acer berpaling ke belakang sebelum dia memeluk tubuh milik ayah Fei itu, "Uncle, semoga semuanya baik-baik sahaja!"
"Terima kasih, Alif. Terima kasih," ucap Encik Fadzli, sedikit sebak.
"Macam mana Fahmy boleh..."
"Polis bagitahu yang Fahmy mungkin cuba nak potong sebuah treler tapi tak sempat nak potong, treler tu rempuh kereta Fahmy sebab nak mengelak kereta yang tiba-tiba meluncur laju di lorong kecemasan," beritahu Encik Fadzli, "Akibatnya, kereta Fahmy terhimpit ke divider."
"Allahuakbar. Fahmy sekarang macam mana uncle?"
Encik Fadzli menggelengkan kepalanya, "Masih dalam OT. Doktor cakap kebarangkalian untuk Fahmy selamat, tipis!"
Acer tergamam dengan kenyataan itu. Encim Fadzli pula tiba-tiba berlari bila terlihat Fei meraung.
Qairel yang sedari tadi memerhati Acer, menarik Acer ke salah sebuah kerusi di ruangan menunggu, "Abang, kawan kau kuat! InsyaAllah!"
"Benda ni jadi semua sebab aku, along! Kalau aku yang pergi Johor, Fahmy takkan... dia takkan..."
"Benda ni bukan dalam kawalan kau, bang! Ni semua takdir Allah. Kau kena terima," pujuk Qairel, perlahan.
"Fei..." Acer pandang Fei yang masih lagi sedang ditenangkan oleh ahli keluarganya, "Fei tengah mengandung, along! This will be too hard for her."
"Dia ada keluarga dia. Ada kau, sebagai kawan dia. Dia ada Allah. She is not alone."
"Semua salah aku, along..."
Qairel peluk bahu Acer yang sedang teresak-esak, "Kau tak boleh macam ni, bang! Kau kuat."
"Macam mana aku nak hadap muka semua orang, along? Benda ni jadi puncanya aku! Sebab aku..."
"Bukan salah kau. Ini semua takdir Allah. Bukan salah kau."
Acer tekup muka. Mengingatkan pesanan Fahmy semalam buat dia bertambah sebak!
Bunyi raungan di depan pintu bilik pembedahan buat Acer dan Qairel serentak berdiri. Dari jauh Acer nampak si dia melurut jatuh sebelum sempat disambut ahli keluarga yang lain. Doktor yang menyampaikan berita kelihatan sugul
Acer terasa kakinya lembik. Allahuakbar!
Keesokkan harinya,
Piqa ukir senyum pada salah seorang pekerja butik pakaian pengantin yang ditempah Sara.
"Cik nak fitting dulu atau nak tunggu tunang cik sampai dulu?" Tanya pekerja itu sebaik sahaja dia meletakkan segelas air untuk Piqa.
"Saya tunggu tunang saya sampai dulu. Thank you, ya."
Pekerja itu menganggukkan kepalanya sebelum berlalu ke tempat lain. Piqa hela nafas sebelum telefonnya diambil dari beg tangan. Nama Acer dicari dari log panggilan sebelum dia menekan skrin, untuk membuat panggilan.
Percubaan kali pertama, tidak berangkat.
Dia cuba kali kedua, masih sama. Kali ketiga mencuba, dia rasa nak menyumpah!
Semalam Acer dah janji akan datang untuk sesi fitting baju. Tapi hampir setengah jam menunggu, bayangnya masih tak kunjung tiba.
Dengan perasaan sebal, dia mendail nombor telefon Amie.
Tak sampai tiga deringan, panggilannya bersambut, "Helo, Amie. Mana..."
Mati terus amarah Piqa bila mendengar esak tangis Amie di talian sana, "Amie... kenapa ni?"
"Kak Piqa..."
Hati Piqa berdegup kencang. Allah, janganlah sesuatu terjadi pada Acer...
"Abang Fahmy kemalangan. Dia... dia dah..."
Piqa pejam mata. Innalillahiwainnailaihirojiun...
Piqa pandang Acer yang kelihatan sugul. Sejak dia sampai ke hospital, sikit pun lelaki itu tidak memandangnya. Bagaikan dia tidak wujud di depan lelaki itu.
"Sejak semalam dia macam tu!"
Tersentak Piqa bila setin Wonda Coffee dihulurkan kepadanya. Dia panggung kepala sebelum dia ukir senyum pada lelaki itu. Tin kopi itu dicapai, "Thank you, Along Qai."
Qairel cuma senyum nipis sebelum dia duduk di sebelah Piqa, "Along Qai dah tak tahu macam mana nak pujuk Alif."
"Fei macam mana?"
"Worst," ujar Qairel sebelum dia berdiri, "Help me, Piqa."
"Ya?"
"Cuba bercakap dengan Alif. Along Qai nak check keadaan Fei."
Piqa angguk kepala. Langkah Qairel yang menjauh dipandang sebelum dia berdiri. Perlahan-lahan dia mendekati Acer dan dia bertinggung di depan lelaki itu.
"Hai, tunang saya!"
Acer panggung kepala. Matanya yang bertembung dengan Piqa, terus berkaca! "I'm sorry. I tahu I dah janji dengan you tapi..."
"Hei, tak apa! Fitting baju tu, bila-bila masa kita boleh buat," pujuk Piqa sebelum dia hulurkan tin minuman tadi kepada Acer, "Are you okay?"
Acer pejam mata dan terus air matanya gugur kesekian kalinya. Perasaan bersalah, terkilan, tertekan semuanya bercampur, "I jahat, Kachu. I yang... tak... kalau bukan sebab I minta Fahmy gan... ganti tempat I..."
"You tak jahat, Acer. Fahmy pergi sebab Allah takdirkan begitu. Bukan sebab you penyebabnya."
"I'm sorry you are stuck with me, Kachu. I'm a sore loser."
"No, you are not! You pembaris tapi you bukan loser."
Acer tersenyum tawar sebelum dia kembali teresak-esak. Melihat wajah Piqa, dia teringatkan pesanan Fahmy.
Dia tidak mahu melukakan hati wanita yang sedang bertakhta di hatinya ini. Itu adalah perkara terakhir yang dia mahu lakukan.
"Acer, janganlah nangis macam ni!" Pujuk Piqa perlahan, "You buat I rasa nak nangis sekali. Acer..."
Tak sempat Piqa habiskan kata, Acer tiba-tiba jatuhkan kepalanya di bahu Piqa. Mendengar esakkan Acer, Piqa gigit bibir. Tak sampai hati nak menolak, Piqa biarkan saja Acer melepaskan tangisan di bahunya.
Bersambung...
#teamQairel 😂😂😂
YOU ARE READING
BLIND DATE (TERBIT)
RomanceUntuk menutup mulut mak cik bawang, Piqa bersetuju untuk berkenalan dengan seorang lelaki yang tidak dia kenali. Blind date yang diaturkan mengenalkan Piqa dengan Acer, si jejaka serius dan 'pembaris' bak kata Piqa. Bagi Acer pula, dia cuma berkenal...