Piqa jungkit kening pada Acer yang sedang bersandar pada keretanya.
Terkejut beruk dia tadi bila mamanya bagitahu Acer ada di luar rumah, menunggunya.
"Nak apa?"
"Assalamualaikum..."
Piqa julingkan mata, "Waalaikumussalam. Kenapa datang rumah I?"
"You datang rumah I, boleh je. Kenapa I datang rumah you, you marah."
"I datang berjemput. You jemput diri sendiri datang!" Ujar Piqa, geram! "Serius, kenapa datang?"
Lepas makan malam hari itu, Piqa tak ada mesej Acer. Acer pun senyapkan diri. Tapi tiba-tiba saja, hari ini Acer muncul depan rumahnya!
"I nak ajak you keluar. You free?"
"Kenapa tak mesej dulu?"
Acer jungkit bahu, "Sebab dah lama tak mesej, I awkward."
"Pun boleh," Piqa menggeleng perlahan, "You nak ajak I keluar pergi mana?"
"You ada nak pergi mana-mana?"
"Aik, I tanya you. You tanya I balik."
"You nak pergi mana, I bawakan hari ni. Tanda I minta maaf kes hari tu," Acer ukir senyum.
"Amboi, Piqa! Dah pandai keluar dating sekarang," suara jiran sebelah rumahnya buat Piqa ukir senyum plastik.
"Ni ke makcik bawang yang you cakap tu?"
Piqa geleng kepala sebelum dia berbisik, "Ni antara bala tentera bawang. Ketua bawang duduk rumah depan ni."
Acer angguk kepala, tanda faham! "Ketua bawang duduk rumah depan ni? Patutlah..."
"Patutlah apa?"
"Tadi waktu mama you tegur I, ada orang tegur mama you. Tanya I siapa," jawab Acer, perlahan! "Dia datang dari rumah depan tu lah!"
"Percaya tak nanti akan keluar gosip terbaru. Anak Aisyah keluar dating dengan lelaki bukan mahram depan rumah. Lepas tu adalah yang akan tokok tambah, nampak tengah bercumbulah, berpeluklah, begitu, begini. Tersebar semua dalam group Whatsapp taman ni."
Acer baru nak mengangguk bila dia ternampak jiran Piqa sedang mengambil gambar dia dan Piqa, "Maaf mak cik, saya minta mak cik padam gambar yang mak cik tangkap tadi!"
"Eh, mana ada aku tangkap gambar! Memandai je."
Piqa berpaling memandang jirannya itu, "Cik Ana, apa yang Cik Ana dapat sebar gambar saya dengan kawan saya ni."
"Mana ada aku tangkap gambar!"
"Kalau mak cik tak padam gambar tu, saya akan dakwa mak cik kat mahkamah. Sekarang ni kita ada Akta Anti Berita Palsu mak cik! Tambah yang disebarkan melalu Whatsapp. Mak cik get ready untuk masuk dalam, ya?" Nada tenang Acer buat jiran Piqa yang digelar Cik Ana itu gelabah.
"Ya, aku padam! Aku padam!" Tertunduk-tunduk Cik Ana menekan skrin telefon pintarnya.
Piqa pandang Acer lalu ibu jari diangkat. Acer balas dengan senyuman nakal!
"Nak ambil barang apa lagi?" Acer pandang Piqa yang sedang membelek senarai barang dapur yang dipegangnya.
Bibir Acer perlahan-lahan mengukir senyum, melihat Piqa yang sedang mengira barang yang ada dalam troli.
Tak dia sangka, dalam banyak-banyak tempat, Piqa mengajaknya ke Tesco. Mahu membeli barang dapur dan dia, tanpa bantahan mengikut saja.
"Kenapa you senyum-senyum dekat troli? Minat ke?"
Acer geleng kepala. Mulalah tu, "Nak beli apa lagi ni?"
"Kita pergi bahagian buah-buahan. Rasa nak buat fruit salad, nak makan sambil tengok Running Man," Piqa dah terpejam-pejam mata, membayangkan salad buah-buahan yang sedap tu. Marvellous!
"Alif?"
Serentak, Acer dan Piqa mengalihkan pandangan mereka pada orang yang menegur Acer.
Wajag Piqa berubah terus. Senyuman dia tadi mati terus.
"Buat apa dekat sini?" Tanya wanita itu dengan senyuman manis, "Ni Piqa, kan?"
Piqa senyum nipis. Tak manis namun tidak juga pahit, "Fei. Sihat?"
Fei angguk kepala sebelum dia pandang Acer, "Sekarang susah nak jumpa you. I mesej pun you susah nak balas."
"Ada apa you cari I?" Tenang saja suara Acer namun Piqa nampak tangan Acer menggenggam kuat troli.
"Sajalah! Rindu nak lepak dengan you. You sibuk je sekarang," balas Fei dengan wajah sedikit masam seolah-olah merajuk dengan Acer.
"You tu tunang Fahmy, Fei! Takkan nak melepak macam dulu-dulu lagi?"
"Lah, apa salahnya? Fahmy kenal you," Fei pura-pura marah sebelum dia tersenyum, "Lepas ni, you guys ada nak pergi mana-mana? Jom kita makan sekali."
Acer kerling Piqa yang dah berubah wajahnya. Teringat balik kata-kata Amie supaya buka mata, pandang orang yang ada di depannya, "Sorry, maybe next time! I dah janji nak dating berdua saja dengan Piqa."
Piqa laju berpaling memandang Acer. Mata Piqa bersinar. Macam Pikachu!
"Oh, okay..." Suara Fei mengendur sikit. Dia pandang Acer dan Piqa, "Korang ni, couple ke?"
Baru Piqa nak buka mulut, Acer dah tarik lengan Piqa dekat dengannya! "Ya."
Sekali lagi Piqa pandang Acer tak percaya. Ni taktik nak bagi Fei cemburu ke apa?
"Jangan pandang I dengan mata macam tu," bisik Acer, perlahan.
"Mata macam mana?" Tanya Piqa, polos.
"Mata macam Pikachu tu!"
"Hah?"
Fei yang memandang mereka berdua, ukir senyum. Dia gembira Acer dah move on daripadanya tapi kenapa... hatinya terasa ngilu?
Bersambung...
p/s; nah, mata Piqa pandang Acer. Macam ginilah rupanya 🙈
YOU ARE READING
BLIND DATE (TERBIT)
RomanceUntuk menutup mulut mak cik bawang, Piqa bersetuju untuk berkenalan dengan seorang lelaki yang tidak dia kenali. Blind date yang diaturkan mengenalkan Piqa dengan Acer, si jejaka serius dan 'pembaris' bak kata Piqa. Bagi Acer pula, dia cuma berkenal...