BAB 15

2.3K 256 23
                                    

(Acer's side story)

Acer duduk di atas sofa. Nafasnya dihela panjang. Terngiang-ngiang di telinganya dengan suara Piqa yang mengajaknya bertunang.

"What's wrong, bro?" Keri duduk di sebelah Acer, "Fei datang lagi?"

Acer geleng kepala, "Tak datang dah lepas aku marah hari tu."

"Dah tu, kau kenapa?"

"Piqa..." Acer hela nafas, "Dia ajak aku tunang."

"Whoa! Kau punya blind date itu hari?"

Acer angguk kepala, "Dia tiba-tiba ajak aku bertunang tadi. Dia cakap dia suka aku."

"Dah tu, kau cakap apa? Kau terima ke kau tolak?"

"Tak terima, tak tolak. Aku blah gitu je tadi," jawab Acer sebelum dia tegakkan badannya, "Allah, Keri! Aku tinggal dia gitu je kat kafe tadi!

"Hah?"

"Aku..." Acer bingkas berdiri. Entah kenapa, dia jadi susah hati! "Aku keluar kejap!"

"Wei, kau nak pergi mana?" Keri menyoal kuat sebelum dia menggeleng. Inilah dia, buat satu benda tak fikir. Macam inilah jadinya!


Acer hela nafas! Sampai saja di kafe tadi, bayang Piqa langsung tak kelihatan. Tapi kalau fikir logik, takkanlah Piqa tu nak tunggu dia lagi.  Kan?

Dia melangkah longlai memasuki dapur. Keri dan Ben yang sedang berbual terus senyap.

"Ada ke Pikachu?" Tanya Keri sebaik sahaja Acer duduk di kerusi.

"Tak ada. Dia balik dah."

"Tak call?" Ben pula bertanya. Tadi bila Keri bercerita, ada juga rasa di hatinya nak luku kepala Acer tapi bila nampak muka kusut Acer. Dia jadi serba salah pula.

"Aku tak berani nak call. Entahlah. Aku risau tapi aku..." Acer raup wajah, "... tapi aku tak tahu nak cakap apa dengan dia."

"Kau suka dia?" Tanya Keri, cuba menebak isi hati Acer.

"As a friend, sukalah kot. Aku senang dengan dia. Dengan dia..." raut wajah Acer yang kusut tadi berubah sekejap. Tampak ceria dan bagai tiada masalah, "... aku rasa dunia aku berwarna-warni. Tambah bila dia pandang aku macam Pikachu pandang Ash."

Keri dan Ben saling berpandangan sebelum masing-masing ukir senyum.

"Acer."

"Ya?" Acer pandang Ben. Keningnya dijungkit sikit.

"Kau... masih sukakan Fei?"

Acer diam sekejap sebelum menggeleng, "Aku... tak. Aku rasa aku dah tak sukakan Fei. Sejak dia bertunang, rasa tu macam... hilang."

"Just like that?"

"Dia dah bertunang dan dah nak kahwin pun. Tak elok untuk aku kalau terus sukakan dia."

"Kau tak nak bagi peluang pada Pikachu?" Keri jungkit kening.

"Huh?" Acer diam sekejap.

"Ada orang pernah cakap, lebih baik kita terima orang yang cintakan kita daripada kita terima orang yang kita cinta. Pernah dengar?" Kias Keri pada Acer.

"Hah?"

"Macam ni, Acer..." Ben tepuk bahu Keri. Mamat ni straight! Mana reti kiasan, bingai! "Apa yang Keri maksudkan, tak salah kalau kau bagi peluang pada Piqa tu. Bagi peluang diri kau untuk disayangi orang lain. Kau dah terlalu banyak bazirkan kasih sayang kau pada orang yang tak pernah pandang effort kau."

Acer diam sebelum mengangguk, "Kan? Banyak dah masa aku terbuang sebab nak kejar cinta Fei padahal dia tak pernah bagi aku peluang."

Keri dan Ben sama-sama mengangguk setuju.

BLIND DATE (TERBIT)Where stories live. Discover now