BAB 7

2.1K 224 14
                                    

"Hai, sorry! Lama tunggu? Along I lah, kalut nak tanya itu ini!"

Acer tersentak sikit bila Piqa tiba-tiba muncul di depannya. Dia senyum sikit sebelum menggeleng, "Tak sampai setengah jam pun I tunggu."

"Nah, cookies!" Sebuah beg kertas dihulurkan pada Acer, "Kalau sedap, sila promote ye. Tak sedap, pm tepi."

Beg kertas itu bertukar tangan. Acer senyum sikit, "So, are you ready for our date?"

"Sure!" Piqa senyum senget, "What are we going to eat?"

"You ada rasa nak makan apa?"

"I teringin nak makan pasta dekat restoran yang kita pergi hari tu."

"You sure?"

Piqa diam, memikir! "I ada rasa macam nak makan burger tepi jalan juga."

"Amboi, macam-macam nak makan ni!"

Piqa tersenyum, "I lapar!"

"Okey! Jomlah kita, lewat kita pergi lewat kita balik!" Acer membuka pintu kereta, menjemput Piqa untuk masuk.

Piqa angguk kepala, bersetuju sebelum dia masuk ke dalam perut kereta Acer.

Acer juga cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta dan memulakan perjalanan.

"Nak makan apa ni?"

Acer angkat muka dari menu, memandang terus pada gadis yang bertanya, "Kata nak makan pasta."

"Itulah! Tadi rasa nak pasta tapi tengok lamb chop dia macam best! Meatballs pun, menggoda!"

Acer ketawa, "You ni... sebiji macam adik perempuan I. Kejap cakap lain, kejap lagi cakap lain!"

Piqa mencebik sikit sebelum dia senyum, "You nak order apa?"

"Entah. You?"

Piqa sengih, "I order untuk you. You order untuk I. Macam mana?"

"Pulak dah! Ikut suka you lah, Piqa!" Acer senyum nipis, "Tapi kalau you order makanan yang tak kena dengan selera I macam mana?"

"Kalau makanan tu tak kena selera you, kita tukarlah."

Acer angkat bahu sebelum mengangguk.

Usai membuat pesanan, mereka berdua berbual kosong sehinggalah tiba-tiba bahu Acer ditepuk orang, "Acer!"

Piqa panggung kepala melihat si orang yang menegur Acer. Acer sendiri sudah memandang ke orang yang menepuk bahunya. Senyuman yang tadi terukir untuk Piqa kelihatan pudar tiba-tiba, "Fei!"

"Wah, rancak berbual. Siapa ni? Tak nak perkenalkan dekat I ke?" Gadis yang bernama Fei itu menjungkitkan keningnya pada Acer.

Acer senyum tanpa perisa, "Fei, this is Piqa and Piqa, ini jiran I sejak kecik, Fei!"

Fei mengerutkan dahinya sedikit sebelum mengukir senyum pada Piqa, "Fellisha but you can call me Fei."

Piqa senyum kembali, "Afiqah. Piqa for short."

Acer senyap tak bersuara. Lidahnya bagai kelu. Kenapalah Fei mesti ada di sini? "You datang dengan siapa, Fei?"

"Fahmy tapi dia ke restroom kejap. Eh, alang-alang kita jumpa ni, apa kata kita buat double date? The more the merrier kan?" Ujar Fei, ceria.

Acer kepal penumbuk di bawah meja. Fei, tak cukup lagi ke kau seksa hati aku?

Piqa yang menyedari perubahan wajah Acer menghela nafas, "Bukan kami tak nak, Fei tapi next time kot. Kami nak berbincang pasal hubungan kami. Privately."

Wajah Fei berubah, "Oh, I'm sorry! I tak sangka pulak. I..."

"It's okay. It's nice meeting you, by the way."

Fei mengangguk, "I gerak dululah ye, sorry kacau you all punya discussion."

Piqa dan Acer sama-sama mengangguk.

Saat Fei sudah menjauh ke meja lain, Piqa pandang Acer, "She is the one, kan?"

Acer tercengang. Nafas dihela panjang, "Ya."

"She didn't know, kan?"

Acer menggeleng, "She knew..."

"She rejected you?"

Acer angguk kepala namun matanya memandang Fei yang duduk di meja lain, "Sakit Piqa, bila cinta tak berbalas."

Piqa pegang dada sendiri. Ya, sakit...

Piqa hela nafas. Lepas ditegur Fei, dia dan Acer sama-sama diam. Mood dia tak ada, mood Acer pula hilang entah ke mana.

Piqa bangun dari baringnya lalu telefonnya dicapai. Aplikasi Whatsapp dibuka lalu nama Jannah dicari. Butang voice call ditekan.

"Kachu?"

"Janeee..."

"Are you okay? Kau jarang telefon aku malam-malam buta macam ni, Kachu!"

"Kau ingat tak blind date yang mama aku aturkan?"

"Wei, kau still jumpa dengan mamat tu?" Suara Jannah kedengaran terkejut.

"Kenapa suara kau macam tu?"

"Tak sangka kau still jumpa dia. Aku ingat date kau hari tu one time thing je," Jannah bersuara, separuh mengusik, "So apa problemnya sekarang?"

"Jane, aku rasa aku suka dia!"

"OH MY GOD, KACHUUUUU!!!!"

"Wei, kau nak kejut roommate kau ke?"

"Kachu finally suka lelaki! Aku gembira, ngek!"

"Banganglah, Jane!" Piqa bersuara, separa geram, separa malu!

"So what is he like?"

"Ada benda lagi penting dari tu, Jane!"

"Apa?"

"Aku suka orang yang suka orang lain, Jane."

"Wait, aku tak faham."

Piqa kembali berbaring memandang siling, "Dia confess dekat aku. Dia suka orang lain."

"What? Kachuuu...! Kenapa kau suka orang macam ni?"

"Aku tak tahu, Jane! Aku tak jangka nak suka dia seawal ni. Aku tak jangka dari blind date, aku boleh selesa berkawan dari dia."

"Apa kau nak buat sekarang?"

"Aku tak tahu!" Piqa mengeluh, "Orang yang dia suka dah ada buah hati. Aku rasa sebab tu dia setuju nak pergi blind date."

"Kachu..." Panggil Jane.

"Ya?"

"Aku rasa... aku tahu apa kau boleh buat cuma kau kena pilih kau nak buat atau tak."

"Maksud kau?"

"Kalau kau buat, ada dua kemungkinan. Sama ada kau akan lebih terluka atau kau akan bahagia akhirnya."

"Kau nak suruh aku buat apa?"

Bersambung...

BLIND DATE (TERBIT)Where stories live. Discover now