BAB 17

2.5K 282 36
                                    

Piqa melihat dirinya di dalam cermin. Tuhan saja tahu betapa gemuruhnya dia hari ini. Banyak persoalan yang muncul di dalam mindanya.

Adakala dia takut andai Acer tiba-tiba tak mahu bertunang. Dia juga takut kalau tiba-tiba Fei datang menghalang pertunangan mereka.

"Kachu, termenung?"

Piqa berpaling memandang Jannah yang cantik berkebarung hijau tanah! "Jane, aku takut..."

Jannah duduk di sisi Piqa lalu tangan Piqa digenggam, "Kau takut apa?"

Piqa hela nafas, "Kau tak rasa semua ni terlalu cepat ke? Aku takut dia berubah hati!"

"Kau tak yakin dengan perasaan kau?"

Piqa geleng kepala, "Aku tak yakin dengan Acer."

"You have to trust him, Piqa. Kalau dia tak serius, dia takkan hantar rombongan merisik dan dia takkan bersetuju untuk bertunang."

Piqa mengangguk saja. Ikutkan, hatinya masih tak sedap tapi dia iakan saja. Tak nak terlalu memikirkan hal yang tak akan menyenangkan hatinya.

"Eh, majlis tunang kau grand gila kot. Terkejut aku tengok pelamin kau!"

"Kak long akulah. Kononnya sebab dia tak ada adik perempuan. Nasib baik juga kak long aku tu buat bisnes perancang perkahwinan. Itu yang ada pelamin, katering, khemah."

"Itulah. Aku sampai je tadi, terkejut aku. Aku ingat ada majlis kahwin."

"Grand sangat ke?"

Jannah angguk, "Macam kenduri kahwin."

Piqa hela nafas, "Nak buat macam mana, ikut ajelah permintaan kak long aku tu."

"Kachu..."

"Hmm?"

"I'm very happy for you, babe!" Ucap Jannah sebelum dia tarik Piqa ke dalam pelukannya.

Piqa senyum sebelum dia membalas pelukan Jannah, "Doakan aku, Jane!"

"Always, Kachu! Always!"

Piqa ukir senyum pada rakan sekolahnya yang sedang menunggu giliran untuk mengambil gambar di pelamin.

Tadi lepas selesai acara menyarung cincin, pihak lelaki terus dijemput untuk menjamu selera di khemah yang ada di luar rumah.

Selesai saja sesi mengambil gambar, Piqa atur langkah ke luar rumah, mahu mencari Acer.

Tadi dia dengan Acer cuma sempat bermain mata. Tak sempat nak berbual pun.

"Cari siapa tu?"

Tersentak Piqa bila bahunya ditepuk dari belakang. Saat dia berpaling senyuman makin melebar, "Nani!"

"Tahniah, Kachu! Kau dah bertunang!"

Piqa ketawa. Selepas Jannah, ada seorang lagi yang memanggilnya Kachu iaitu Nani, rakan baiknya sejak sekolah.

"Bila kau sampai?"

"Baru je tadi. Aku jumpa Jane tadi. Dia bawak aku pergi makan kat dapur," jawab Nani sebelum dia memandang sekeliling, "Mana tunang kau? Aku nak tengok juga."

"Aku pun cari dia jugak ni!" Piqa tersengih.

"Kau pandai kan, rahsiakan benda ni dari aku!"

"Ala, kau pun sibuk urus rumahtangga! Lagipun aku tak berani nak cerita apa-apa, benda tak pasti lagi kan," Piqa peluk tangan Nani sambil buat muka memujuk.

"Kau jangan nak buat mata Pikachu tu kat aku, tak lut okey?"

Piqa ketawa saja sebelum dia ternampak Acer di satu sudut laman rumahnya. Tawanya mati terus bila ternampak Acer berbual dengan Fei!

BLIND DATE (TERBIT)Where stories live. Discover now