new school

37 2 4
                                    


highschool lover

"Kim hyerin!!! Bangun la woii, harini kau firstday dekat sekolah baru. Cepat bangun kau  jangan nak menyusahkan aku, bangun cepat aku kena hantar kau pergi sekolah harini." Kata mingyu sambil bercekak pinggang.

"Ermmm kejaplah aku ngantuk lagi ni. Lima minit lagi aku bangunlah."

"Takda-takda kau bangun sekarang juga, bangun pergi mandi lepastu turun bawah breakfast. Cepat sikit nanti aku lambat nak pergi kerja, nak hantar kau lagi. Aku tau lagi 10 minit kau tak turun aku tinggalkan kau. Pandai-pandai kau lah nak ke sekolah macam mana." Bebel mingyu

"Ishh ye ye aku bangun sekarang. Dah stop membebel. Kau pergi turun bawah dulu. 10 minit lagi aku turun." Aku segera bangun dan pergi membersihkan diri. Selesai saja mandi, aku segera bersiap memakai uniform sekolah.

Aku memandang penampilan aku dicermin. Rambut aku dikemaskan dan bangs yang menutupi dahiku disikat kemas. Seterusnya aku mencapai botol minyak wangi dan disemburkan sedikit di bahagian leher dan pergelangan tangan.

Aku melihat penampilan aku buat kali terakhir. Setelah rasa berpuas hati, aku capai iphone 11 aku di atas meja solek. Aku juga turut mencapai bag pack di atas katil. Aku mula mengorak langkah keluar dari bilik dan menuju ke bawah.

Sampai sahaja di bawah, aku segera menuju ke dapur. Aku mengambil tempat duduk di kitchen island. Aku memandang mingyu yang sedang menuangkan susu didalam gelas untuk aku. "Mama dengan papa mana?"

"Papa ada kes pagi ni, mama pulak ada appointment harini so mama kena gerak awal pergi hospital."

"Ohhhh, kau ke yang masak semua ni?" Tanya aku sambil menyuap nasi goreng kimchi kedalam mulut.

"Mestilah aku yang masak, mama tak sempat nak buatkan sarapan harini. Mama mintalah tolong aku. Dah kau makan cepat-cepat sikit aku dah lambat ni."

Aku hanya mengiyakan dan segera menghabiskan nasi goreng kimchi itu.

💃🏻💃🏻💃🏻

Sepanjang perjalanan ke sekolah, hyerin hanya mendiamkan diri. Bukan apa dia hanya termenung memikirkan bagaimanalah keadaan disana, dapatkah dirinya menyesuaikan diri, adakah yang sudi berkawan dengannya?

"Oii adik, menung jauh nampak !! Kau tengah fikir pasal apa tu?"

Aku memandang mingyu lalu mengeluh berat

"Kau kenapa ni, tak nak share dengan aku?" Mingyu mengerling aku sekilas

"Tak ada apa lah, aku okay." Balas aku perlahan

"Yeke okay, aku ni abang kau mestilah aku tau kau okay ke tak. Kau mesti tengah fikir pasal sekolah baru kau kan."

"Hmmm" jawab aku lemah

"Tak payah fikir sangat. Aku tau kau mesti okay dekat sana, kau buang la sikit malu kau tu. Kau tegur jela sapa-sapa manatau boleh jadi kawan. Lagipun muka kau tu cantik silap-silap ada yang nak buat kau jadi girlfriend." Kata mingyu tanpa memandangku.

Aku membiarkan saja apa yang mingyu katakan berlalu pergi.

Setelah beberapa minit, hyerin sampai kesekolahnya. Dia mengeluh berat sebelum keluar dari kereta.

highschool lover Where stories live. Discover now