4 | mekdi aye aye

108 18 38
                                    

𝐒𝐞𝐡𝐮𝐧'𝐬

Derap langkahku semakin laju meninggalkan Jongin yang sudah semakin lelah akibat berlari.

"Mari bah kita tengok siapa yang sampai duluan!"aku terus duduk di atas pemegang eskalator yang membawa kami menuju ke tingkat bawah.

"Woi Sehun, jangan duduk kat situ! Nanti kau tersepit kang,"Jongin terus mengejarku yang sudah semakin menggelonsor laju ke bawah.

Pergerakan yang laju pada pemegang itu membuatkan aku menjerit keriangan sehingga semua orang yang menggunakan tangga bergerak itu memandang aku dengan pandangan yang pelik.

Buat apa nak pelik bagai? Aku kan legend. Hashahahahsha!

"WEI SEHUN! JANGAN BUAT HAL KALAU KAU TAK NAK KENA KECAM WEI!"jerit Jongin sambil mengejarku dengan penuh lelah.

Aku memandang Jongin lalu menjelirkan lidahku seraya aku terus melompat turun dari pemegang itu lalu berlari dengan gaya larian Naruto sekali lagi menuju ke restoran McDonald's.

Tanpa sengaja, aku terlanggar beberapa orang yang berada di sepanjang laluan itu.

"Maaf semua, Park Sehun yang ceria ni nak pergi makan Mekdi dulu!"

Aku terus berlari dengan gaya pusingan kincir angin sehingga masuk ke dalam restoran. Pada masa itu,semua pelanggan sekali lagi memandang tepat ke arahku dengan tatapan yang begitu aneh.

"Annyeonghaseyo! Saya Park Sehun, orang Korea yang dah lama tinggal di Sabah. Okay kayo!"

Aku terus berlari ke arah kaunter lalu membuat pesanan.

"Apa lagi yang kau mau si pelik?"tanya Sherryna, pekerja di restoran itu dengan gaya malas.

Aku memerhatikan setiap menu yang terpampang pada papan billboard itu sambil jari mengetuk kaunter dengan penuh irama.

"Spicy Chicken McDeluxe satu dengan air lemon teh ais."

Tidak lama kemudian, Jongin dan dua orang adikku tiba. Deruan nafas Jongin menunjukkan lelaki itu sangat lelah kerana berusaha mengejarku sehingga ke restoran ini.

"Hufft-hufft-hufft!"

"Ya,Encik Jongin? Ni mesti sebab adik encik yang pelik kan?"kata Sherry.

"Tak payah pedulikan dia, Sher. Dia memang pelik,"Jongin menghela nafas panjang."Saya nak order Chicken McNuggets, McChicken dengan Milo ais."

"Saya nak Big Mac, Coke dengan Hash Brown boleh tak?"kata Chaeyoung.

"Saya pula nak Beefburger, Apple Pie dengan Minute Maid Orange Juice,"kata Jungkook.

"Okay,"Sherry menekan laju butang pada tempat pembayaran itu.

"Makan sini ke take away? Lupa pula tanya,"katanya lagi.

"Makan sini. Tapi saya nak take away Double Cheeseburger, Ayam Goreng McD 3x Spicy, Hotcakes dan Coke. Oh ya! Jangan lupa tapaukan Happy Meal,"kata Jongin.

(C) Weird | OSHWhere stories live. Discover now