27 | kami kan baik

47 9 29
                                    

𝐒𝐞𝐡𝐮𝐧'𝐬

"Sehun! Bangun,"suara Seungwan mengejutkan lenaku.

Dengan perlahan-lahan, aku memisat biji mataku lalu menggeliat sekuat hati sehingga tanganku hampir terkena muka kakakku. Nasib baik minah tu sempat mengelak.

"Haish, kau ni. Nasib baik jari kau tak termasuk dalam lubang hidung aku tau?"

Aku memandang Seungwan dengan mata yang terkebil-kebil. Rambut yang serabai tidak kupedulikan lalu aku bangun dari katil dan mencecahkan kaki ke lantai.

Seungwan hanya memerhatikan aku sambil mencekakkan pinggangnya.

"Asal kau bangunkan aku awal macam ni?"

"Kita nak sarapan ni. Lepastu bersiap pergi hospital. Harini giliran aku dengan kau yang jaga appa."

"Bukan Junmyeon hyung ke?"

"Junmyeon hyung dah jaga kelmarin, nanti malam abang Jongdae. Dah pergilah bersiap tu,"Seungwan terus meninggalkan aku dengan keluar dari situ.

Aku memisat biji mataku lagi. Dengan diri yang sedikit mamai, aku melangkah keluar dari bilik sambil mengelap air liur basi pada lekuk bibir. Aku meniti tangga turun ke bawah lalu melihat Chanyeol yang sibuk mendukung Changmin sambil menyusukannya dengan botol susu formula.

Chanyeol memandang aku sambil mengangkat wajahnya sekilas.

"Weh, Sehun! Baru bangun?"tegur Chanyeol.

Aku mengangguk.

"Oh...okay,"Chanyeol mengalihkan perhatiannya semula ke arah anak lelakinya yang masih terlena.

"Kakak Alicia kat mana?"tanyaku.

"Dapur."

Aku hanya mengangguk sahaja lalu memandang Jongin yang sedang bermain dengan Ailee sebelum berjalan menuju ke dapur. Kulihat kakak Alicia sedang sibuk memasak bersama kakak Aerin dan kakak Joo Hyun. Omma pula berehat sambil diurut pada bahagian bahu oleh Seungwan.

Aku mengambil tempat duduk bersebelahan dengan omma lalu memegang tangannya.

"Omma okay?"aku melihat omma sedang mengurut kedua pelipisnya.

Omma hanya mengangguk sahaja. Namun, riak wajahnya kelihatan beliau sedang menahan rasa sakit.

"Omma pening sikit je ni,"omma memegang tanganku.

Aku mengeluh resah kemudian mengalihkan pandangan ke arah Seungwan. Seungwan juga mempunyai riak wajah yang sama sepertiku.

"Biar kami yang jaga appa harini,"kata Seungwan.

"Kamu dengan Sehun?"

"Hm,"Seungwan hanya menggumam sahaja.

"Yalah..."omma terus mengurut pelipisnya.

Kakak Alicia yang baru sahaja selesai memasak ayam masak kicap terus menghidangkan makanan tersebut di hadapanku. Aroma yang keluar daripadanya menggugat deria bau sehingga kelenjar liur merembeskan air liur yang hampir keluar dari mulutku.

(C) Weird | OSHWhere stories live. Discover now