10 | little talk

90 15 15
                                    

𝐒𝐞𝐡𝐮𝐧'𝐬

Alisha Henry?

9A 1B?

SMK Lok Yuk?

Bukan beshe-beshe perempuan kat sebelah aku ni!

Aku memandang Alisha semula sambil memikirkan bagaimana untuk berkawan dengan budak baru ni. Tau-tau je lah ramai yang cakap aku ni pelik sangat sampai semua orang pun duk heran je dengan aku.

Aku berdehem seketika. Gadis itu memandang aku.

"Kenapa?"tanya Alisha dengan selamba.

Pertanyaannya membuatkan aku terkejut.

"Oh, tak ada apa-apa! Err, awak okay juga kan?"

"Mestilah okay,"kata Alisha dengan senyuman yang dileret.

Fuh, nasib baik dia okay.

"Err..."aku terdiam apabila Alisha terus memandangku.

Matilah nak. Apa aku nak tanya lagi ni?

"A-awak-"aku tergagap seketika sebelum Taehyung memanggilku.

"Wei, Sehun!"panggil Taehyung.

Aku pantas menoleh lalu mengangkat sedikit kepalaku.

"Kau dah siap tesis Kimia ke?"tanya mamat rambut biru itu.

Aku mengangguk sekilas.

"Wah, tak sangka juga kan kau dah siap!"puji Min Yoongi yang duduk di hadapan aku.

Aku tersenyum bangga sambil menyilangkan kedua belah tangan pada dada.

"Of course!"kataku.

Sebenarnya aku kena paksa siapkan tesis tu. Tapi aku tak nak bagitau kat korang nanti spoil.

Alisha yang duduk di sebelahku hanya terus tersenyum sahaja.

Aku memandang gadis itu lalu membalas senyumannya.

"Kenapa awak sekolah kat sini?"tanyaku kepadanya.

"Sebab saya dapat tawaran dari pihak pentadbiran sekolah ni. Lagipun,keputusan saya bagus."

"Oh..."kataku."Eh, awak tak pergi sambung belajar kat luar negara kan?"

"Iya,"katanya dengan loghat Sabah yang begitu pekat sekali.

"Mula-mula, saya dapat tiga tawaran. Satu dari University Seoul, satu dari universiti di Singapore sama satu lagi dari sekolah ni."

"Last-last awak pilih sini?"

"Iya, saya pilih di sini."

"Oh I see..."aku mengusap daguku.

Alisha mengetuk jarinya pada meja.

"Oh ya, memandangkan awaklah orang pertama yang saya kenal di sini...bolehkah kalau awak jadi guide saya nanti?"

Aku terdiam sejenak.

(C) Weird | OSHWhere stories live. Discover now