"Sehun! Cepatlah bersiap tu, nanti lambat karang,"kata Tao sambil memanaskan enjin keretanya.
Sehun hanya melongo sahaja sambil menyarungkan stokin bercorak kartun Spongebob Squarepants di muka pintu itu. Tao yang memandang adiknya hanya tersengih sahaja sambil meletakkan sebelah tangan pada kereta.
"Sehun...Sehun..."
Sehun menapak keluar sebaik sahaja lelaki itu selesai memakai kasut hitamnya. Pandangan matanya tertancap pada Tao yang tidak henti-henti memandang lelaki itu dengan sengihan sinis.
"Apa yang kau nak?"tanya Sehun dengan nada yang sedikit kasar.
Mata Tao membundar saat Sehun mula meninggikan suaranya pada pagi itu. Seketika, lelaki itu menggaru kepalanya sambil berjalan masuk ke dalam kereta SUV Honda BR-V berwarna perak miliknya.
Pintu ditutup kemudian pandangan mata memandang ke arah Sehun yang duduk di sebelah lelaki itu. Seterusnya, dia memandang ke arah Jungkook dan Chaeyoung yang masih tertidur pada awal pagi itu.
"Kau okey ke?"suara Tao memecahkan keheningan di dalam kereta itu.
Bunyi enjin kereta automatik yang dipanaskan semakin kuat menderam.
Sehun hanya diam membisu.
"Okaylah...kalau kau tak okay. Tak apa. Aku tak nak kacau kau,"Tao menggerakkan gear jalan pada keretanya.
Kereta terus dibawa pergi lalu keluar dari perkarangan rumah banglo keluarga Park yang begitu luas itu. Apabila kereta itu sudah sampai di persimpangan, Sehun mula menggumam sendiri lalu bersuara.
"Tao?"
"Hm?"
Sehun memandang Tao yang masih fokus dengan pemanduannya.
"Kau bencikan aku tak?"
Pertanyaan Sehun membuatkan Tao tersentak.
"Tak..."
"Habis tu, kenapa Chanyeol cakap yang dia bencikan aku?"
Genggaman pada stereng dikuatkan. Tao menghela nafas berat sambil melepaskan keluhan yang berbaur sebak.
"C-Chanyeol stress sangat masa tu...faham-fahamlah,"kata Tao sambil menahan bibirnya yang bergegar.
Sehun hanya menggumam sahaja sambil meletakkan kepalanya pada cermin.
Tidak lama kemudian, mereka akhirnya sampai di pintu pagar IPS tepat pukul 6:00 pagi. Tao terus membangunkan dua orang adik-adiknya yang lain apabila Sehun sudah keluar dari kereta itu.
"Tao,"kata Sehun sambil menghulurkan tangan kanannya kepada Tao.
Tao menyambut huluran tangan adiknya. Sehun terus menyalam abangnya lalu melambai ke arahnya.
"Bye! Belajar rajin-rajin tau,"kata Tao sambil menyambut huluran salam Chaeyoung dan Jungkook.
Setelah mereka berdua berlalu pergi, Tao hanya mendiamkan diri. Tidak serta-merta, air matanya gugur membasahi pipi mulusnya.
YOU ARE READING
(C) Weird | OSH
FanfictionIkuti kisah Park Sehun, seorang lelaki berwajah tampan yang mempunyai perangai hiperaktif mengalahkan segala spesies monyet di zoo. Bermula dari keluarga, sekolah dan mencari pasangan hidup, dapatkah Sehun menjadi normal seperti yang lain? GENRE: C...