"Pabila ku pandang bintang berkelip nun jauh di sana~"
"Ewah, seronok pula dia nyanyi!"
Sehun menoleh lalu melihat Chanyeol yang sedang sibuk memotong lada benggala di atas papan pemotong. Mangkuk diletakkan berdekatan dengan tempat abangnya sambil mata ralit memerhatikan perlakuan abangnya itu.
Hari ini, hati Sehun sangat senang apabila melihat abangnya begitu ceria dan sudi untuk membantu ibunya memasak di dapur hari ini.
"Aku tak pandai masak nasi so kau je lah yang masak okay?"kata Chanyeol kepada Sehun.
Sehun memandang abangnya dengan pandangan yang jengkel.
Para pembaca yang dikasihi sekalian, marilah kita bersama-sama mendoakan agar abang kepada Sehun iaitu Park Chanyeol ini akan berkahwin dengan gadis Sabah kerana gadis Sabah semuanya lawa-lawa dan pandai masak nasi.
"Yalah, aku pergi masak luks,"Sehun mengambil periuk nasi itu lalu berjalan ke arah karung beras yang diletakkan di sudut dapur itu lalu mengisinya dengan penuh hemat.
Sedang mereka berdua sibuk dengan urusan masing-masing, Jongin datang dengan membawa semangkuk daging segar.
Tiba-tiba sahaja Jongin menyanyi.
"I'm that bad type, make your mama sad type, make your girlfriend mad tight, might seduce your dad type."
"I'mma bad guy~"suara Sehun semakin merendah.
"Duh!"laung Chanyeol.
"Teret tereteret tet teret tereteret tet!"
Dan akhirnya semua menyanyi dan menari mengikut irama lagu Bad Guy nyanyian Billie Eilish yang dimainkan dalam telefon Jongin.
"Awokawokawokawokawok!"kata Sehun sambil menari tarian Raver di tengah-tengah ruang di antara Jongin dan Chanyeol.
"Oh yeah yeah~ Oh yeah yeah~"Chanyeol pula memegang sebotol minuman coke yang diambil dari meja makan.
"Imma bad guy~"
Dalam keasyikan mereka semua menari bagaikan orang mabuk itu, Seungwan tiba-tiba datang dengan keadaan bercekak pinggang.
"Kenapalah aku patut berhadapan situasi begini?"katanya sambil menggulingkan mata.
"Yak oyak! Yak oyak! Oyeak! Oyeak! Hiok hiok!"Sehun mula menggeliang-geliut bagaikan sotong.
Seungwan hanya menepuk dahinya sambil memandang mereka semua dengan wajah 'mengapa-aku-harus-hidup-bersama-mereka?' itu selama tiga saat.
Chanyeol yang menyedari kehadiran adik perempuannya segera mendesus ke arah Jongin untuk menghentikan muzik itu pada telefonnya.
"Shut! Shut! Jongin! Off cepat! Off cepat!"kata Chanyeol sambil menggoncangkan tubuh Jongin.
Jongin mendongakkan sedikit kepalanya ke arah Chanyeol.
"Apahal?"
"Seungwan ada kat sini!"
Dengan sepantas kilat, Jongin segera mematikan muzik itu lalu menoleh ke belakang. Kelibat Seungwan yang berwajah kosong itu membuatkan Chanyeol dan Jongin memasang senyuman palsu pada bibir mereka.
"Hai Seungwan..."kata Chanyeol sambil melambai kearahnya.
Seungwan hanya membalas lambaian dengan selamba sahaja. Kepalanya diangkat-angkat untuk mencari kelibat seseorang.
"Mana Sehun?"
"Sehun?"kata Chanyeol dan Jongin serentak.
Mereka berdua terus menoleh ke belakang lalu melihat Sehun yang masih menari tarian sotong itu.
"Yak oyak! Yak oyeah! Oyak oyak! Hiok hiok! Okakakakakak!"
Mata mereka bertiga terbuntang apabila melihat satu kejadian berlaku di luar jangkaan.
Sehun sedang asyik bermain tepung yang diambilnya dari kabinet atas sehingga pakaiannya habis kotor dengan tepung-tepung yang ditabur itu.
"Matilah..."gumam Jongin dengan suara yang mendecit.
Chanyeol dan Seungwan masih memerhatikan Sehun dengan wajah yang tergamam.
"Haaaaaaaa..."mulut Seungwan ternganga.
"Meninggallah kita semua..."kata Chanyeol.
Sehun memandang mereka dengan wajah yang hairan.
"Kenapa?"tanya Sehun.
"Sehun..."
Mulut Seungwan pula masih ternganga manakala Jongin terus membundarkan matanya sebesar duit syiling 50 sen.Chanyeol semakin menggelabah apabila lelaki itu terpandang sesuatu yang membuatkan seluruh tubuhnya menggeletar.
"Tepung is ohsem nguehehehehe,"kata Sehun sambil meniup tepung itu.
"Ni bukan isu tepung..."
Riak wajah Seungwan dan Jongin juga berubah sama seperti Chanyeol.
"Waeyo?"kata Sehun yang semakin hairan."Chan-ssi? Jongin-ssi? Seungwan-ssi?"
Dengan tangan yang terketar-ketar, Chanyeol menudingkan jarinya ke arah belakang Sehun.
"Eo..."ayat Chanyeol tergantung di situ.
Jongin melopongkan mulutnya manakala Seungwan terus terkaku di situ.
Sehun dengan penuh tidak sabar terus memusingkan kepalanya ke arah belakang.
Dengan serta-merta, matanya terbuntang.
"Andwae..."kata Sehun.
"Uh-oh..."kata Chanyeol.
"Mati lah nak..."Seungwan mengundurkan diri.
Puan Park yang baru sahaja pulang dari membeli sayur di pasar muncul di muka pintu belakang rumah itu. Riak wajahnya yang begitu terkejut membuatkan Sehun dan adik-beradiknya yang lain tergamam.
Bukan kerana perlakuan mereka yang menari di dapur itu tadi tetapi kerana Sehun yang sudah mencemarkan dapur itu dengan tepung yang ditaburnya sehingga dirinya juga menjadi comot.
"Apakah..."gumam Puan Park.
Semua orang masih lagi membulatkan mata dan mengangakan mulut mereka akibat perbuatan Sehun itu tadi.
Sehun pula hanya bersiul riang sahaja sambil menunjukkan aksi selambanya.
"Hurmm...apa salah Sehun? Main tepung kan ohsem."
Puan Park terus menggetap giginya sambil menggenggam kuat beg plastik itu.
"SEHUNNNN! KAMU DAH KOTORKAN DAPUR NI!"
Sehun memandang tepung yang dimainnya lalu tersenyum sehingga menampakkan gigi.
"Maaf omma, maaf Chanyeol, maaf Jongin, maaf Seungwan. S-Sehun pergi dulu!"
Sehun segera mengatur langkah seribu dari dapur itu.
"OH MY SEHUNN!"kata Puan Park bersama tiga orang anaknya itu sambil menepuk dahi.
YOU ARE READING
(C) Weird | OSH
FanfictionIkuti kisah Park Sehun, seorang lelaki berwajah tampan yang mempunyai perangai hiperaktif mengalahkan segala spesies monyet di zoo. Bermula dari keluarga, sekolah dan mencari pasangan hidup, dapatkah Sehun menjadi normal seperti yang lain? GENRE: C...