6 | chase and chasing

88 15 17
                                    

𝐒𝐞𝐡𝐮𝐧'𝐬

PAPP!

"Eaaa! Kuat nangis pula anak ayam ni,"sindir Tao sambil menampar punggungku.

"Diamlah kau!"kataku sambil menendang kaki Tao manakala tangan mengusap semula punggung yang ditampar itu.

Tao hanya terkekeh sambil menjelirkan lidahnya. Mentang-mentanglah dia ni jarang sangat nak kenakan orang, selalunya diam je memanjang macam tunggul.

"Gudbabai! Aku nak tidur dulu,"Tao menutup pintu biliknya.

Dengusan halus aku keluarkan sambil kaki melangkah longlai masuk ke dalam bilik.

Pintu dikatup rapat lalu suis lampu dimatikan. Aku merebahkan tubuh di atas katil sambil mata memandang tepat ke arah siling.

Kipas yang berpusing membuatkan mataku berguling mengikut pergerakan kipas itu.

"Haish...kenapa semua orang benci aku? Aku ni weirdo ke?"

Aku menggumam sendiri sambil memerhatikan kipas yang berpusing itu sekali lagi. Segala kemusykilan mula berlegar dalam kotak fikiran sehingga memeningkan kepala.

Semakin lama mataku semakin terlelap. Keheningan malam membuatkan aku semakin mengantuk dan lena dibuai mimpi.

Namun, sesuatu menggangguku.

Tok! Tok! Tok!

"Sehun?"

Ah, suara tu macam aku kenal!

"Sehun?"

Tok! Tok! Tok!

"Hiyearghh! Apa?"kataku dengan mamai.

Pintu dikuak perlahan lalu menampakkan figura seorang perempuan berambut pendek paras bahu sedang berdiri di hadapan pintu. Wajahnya tidak kelihatan dan dirinya juga seolah-olah diselubungi dengan warna hitam sehingga menjadikan perempuan itu seperti bayang-bayang.

"Kau siapa?"tanyaku dengan mata yang dikecilkan.

"Aku?"

Click!

Lampu dipasang.

Oh, Seungwan rupanya.

"Seungwan? Kau buat apa kat sini malam-malam buta ni?"tanyaku.

"Aku nak pinjam pemadam kau kejap,"tanpa memberi keizinan, Seungwan terus menerjah ke dalam bilik aku.

Tangannya mula berlaga dengan alat-alat tulis yang disimpan di dalam bekas penselku di atas meja belajar. Perlakuannya membuatkan aku annoying sekali lagi sehingga aku terpaksa bangun dari katil lalu menolak sedikit tubuh kakak aku yang berketinggian 155 cm itu ke tepi.

"Weh, aku nak cari pemadam kau lah!"bentak Seungwan kecil.

"Aku takut ada kuman kat alat tulis aku,"kataku dengan sarkastik.

Seungwan hanya mendecit kecil sahaja sambil mencubit lenganku.

"AD-"

(C) Weird | OSHWhere stories live. Discover now