24 | his feeling

57 11 44
                                    

𝐒𝐞𝐡𝐮𝐧'𝐬

Hari ini tampak biasa bagiku. Semua yang berlaku hari ini hanya begitu biasa. Semuanya amat biasa. Sini biasa, sana biasa, situ biasa. Sudah biasa diriku ditinggalkan~

Entah apa yang aku tiberkan sekarang.

"Sehun! Bila kau nak turun dari bilik tu? Nanti lambat karang, kau stay je kat sini,"laung Tao dari luar sambil memusing-musingkan kunci kerera dengan jari telunjuknya.

"Yalah yalah!"

Nak tak nak, aku terpaksa turun tangga dan keluar dari rumah setelah bersalam dengan omma dan appa. Kalau diikutkan, hari ini aku tak patut datang sekolah sebab aku malas gila.

Tetapi disebabkan peperiksaan IB, aku terpaksa hadir. Kalau tak, memang memalukan keluarga Park lah aku ni jadinya.

"Segak nampak. Kau nak jumpa awek ke ni?"tanya Tao dengan nada sarkastik.

"Aku bukan nak jumpa aweklah! Hari ni aku ada exam."

Mulut Tao melopong kecil.

"Faham-faham,"katanya sambil menjenguk seketika ke dalam kereta.

Jungkook dan Chaeyoung pula sudah masuk ke dalam kereta semasa aku masih lagi sempat melayan mimpi di atas katil. Dengan langkah yang longlai lagi malas, aku masuk ke dalam kereta dengan wajah yang dicemberutkan.

Pintu terkatup rapat. Tao menoleh ke arahku sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Kau dah kenapa, Sehun? Lain macam je aku tengok ni."

"Malas nak pergi sekolah nye ny-"

PAKK!

Akibat sifat kurang ajar yang ada pada diriku telah menyebabkan si abang tiri menampar kuat mulutku yang sengaja dimuncungkan seperti itik.

"Jangan banyak songeh,"kata Tao dengan tajam sebelum menghidupkan enjin keretanya.

Kereta terus dibawa keluar dari perkarangan rumah lalu menghantar kami bertiga ke sekolah. Apabila sudah sampai, aku memisat-misat mataku yang kian mengantuk lalu memandang abangku dengan wajah jengkel.

"Bye, adik~ Jawab betul-betul~"kata Tao dengan nada menyanyi.

Muka yang lebih jengkel dilemparkan sambil pintu dikatup kuat sehingga menyebabkan kereta itu bergegar.

"Oi, kereta aku ni oi!"marah Tao dari dalam.

Aku menjelir lidah ke arahnya lalu berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah setelah kereta Tao sudah berlalu pergi dari situ.

Semasa dalam perjalanan menuju ke kelas, tiba-tiba aku terserempak dengan Alisha yang sedang memeluk sebuah buku pada dadanya.

"Hai Sehun,"teguran gadis itu membuatkan aku menoleh.

Satu senyuman manis diukir pada bibir gadis itu seraya pipinya mula merah. Aku semakin hairan apabila Alisha kelihatan tidak mahu membuat eye-contact dengan aku.

"Kau sudah kenapa ni Alish-"

"Tiada apa-apa,"pintas Alisha lalu berjalan cepat meninggalkan aku.

(C) Weird | OSHWhere stories live. Discover now