7 | istimewa?

86 17 30
                                    

𝐒𝐞𝐡𝐮𝐧'𝐬

Siapa pula yang panggil aku time pagi-pagi ni?

"Sehun! Hyung dah balik ni."

Eh, suara tu?

Aku mempercepatkan langkahku menuju ke arah si pemilik suara yang berada di ruang tamu itu. Derap langkahku terhenti apabila melihat kelibat seorang lelaki yang berketinggian rendah dariku sedang memegang sekotak permainan video terbaru.

Yang aku pasti itu ialah Nintendo Switch.

Namun, wajah lelaki itu tidak kelihatan kerana dia berdiri membelakangi aku.

"Hmm..."gumamku sambil menggaru dagu yang tidak gatal.

"Sehun? Kamu ke tu?"

Lelaki itu mengalihkan tubuhnya lalu memandang aku.

"Oh,Junmyeon hyung!"kataku dengan mata yang membundar.

Junmyeon mengukirkan senyumannya sambil membuat isyarat menyuruhku untuk datang mendekatinya.

"Nah, hyung belikan kamu permainan video yang baru!"katanya sambil menghulurkan permainan itu kepadaku.

Hatiku melonjak gembira apabila Junmyeon memberikan kotak permainan itu kepadaku.

Terasa bagaikan pelangi menyinari hati ini~

"Yeah! Thehun dapat Nintendo Twitch!"aku melompat riang sambil menepuk tanganku.

Namun kegembiraan itu terbantut seketika apabila suara garau milik Chanyeol menganggu ruang percakapan antara kami berdua.

"Sudah-sudahlah dengan game tu Sehun. Kalau kau dapat grade teruk exam nanti, aku patahkan game kau tu karang,"kata Chanyeol sambil memandang aku dengan tajam.

Aku terdiam. Senyuman lebarku kian mengendur dan kepala ditundukkan. Aku memandang Junmyeon yang hanya melemparkan pandangan kosong ke arah Chanyeol sambil meletakkan kedua belah tangan di belakang dengan penuh bersahaja.

Chanyeol berjalan ke arah Junmyeon dengan wajah yang tegang. Kemudian, dia membisikkan sesuatu ke arah Junmyeon sehingga membuatkan aku memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka.

"Kau tak patut buat macam ni Junmyeon. Apa yang kau buat ni boleh buatkan si Sehun tu jadi lebih teruk!"

"Chanyeol,"nada suara Junmyeon bertukar serius.

Kedua belah tangannya memegang bahu adik keduanya yang begitu tegas dan garang itu. Pandangan mata Chanyeol masih lagi dingin tatkala anak sulung dalam keluarga ini mula memandangnya dengan tajam.

"Kau tak patut kongkong hidup Sehun, Chanyeol. Dia istimewa, bukan macam kita."

Istimewa?

Chanyeol hanya mengeluh kasar sambil mengalihkan tangan Junmyeon dari bahu lebarnya.

"Aku tau..."gumam Chanyeol."Tapi...aku tak patut biarkan dia terus jadi macam ni, maksud aku..aku nak dia jadi orang yang behave, orang yang matang sebab aku tak nak dia buat benda yang lebih teruk."

(C) Weird | OSHWhere stories live. Discover now