Pohon selasih tumbuh melata,
Untuk makanan si anak rusa,
Mungkin ini rasanya cinta,
Setiap bertemu gundah terasa.Jam menunjukkan pukul tujuh pagi. Aku cepat-cepat bersiap. Memang begitu rutin harianku jika ada tetamu yang menginap di homestay kami. Pagi-pagi sarapan akan dihantar kepada tetamu yang menginap, begitu juga dengan makan tengah hari dan makan malam. Mungkin lain orang, lain pengendaliannya. Tapi untuk tetamu kami, papa mahu layanan begitu diberikan kepada tetamu.
Aku mengetuk pintu yang ternyata masih berkunci. Beberapa kali mengetuk pintu, barulah daun pintu terbuka. Rery masih dalam keadaan kusut masai dan muka bantal.
"Breakfast, sir," kataku. Aku berjalan ke dapur dan meletakkan sarapan yang ku bawa di atas meja makan.
"Lupa, Be? Panggil aku Clay," aku tersengih.
"Okey, Clay. Sarapan ada di atas meja."
"Wait, jangan pulang dulu. Aku mandi, kemudian kita bersarapan bersama," Rery memberi isyarat dengan tangannya agar aku tidak ke mana-mana.
Aku hampir terlupa jika semalam Rery sudah memberitahuku dia tidak suka makan sorang-sorang.
Aku mengeluh tetapi tetap duduk menunggunya di meja makan. Sementara menunggu Rery selesai mandi, aku keluar ke halaman. Ku petik beberapa kuntum bunga ros punk dan putih untuk ku letakkan di dalam vas.
"I'm ready, Be," aku terkejut nendengar suara Rery hingga aku terdorong ke belakang dan terlanggar dada bidangnya.
"Oh, my god! Kamu membuatku terkejut," aku mengurut dada. Nasib baik vas kaca yang ku pegang tidak terlepas dari tanganku.
"Aku lapar, Be. Apa sarapan yang mama masak hari ini?" tanyanya yang kini sudah duduk, menunggu aku menghidangnya.
"Mama?" Mungkinkah telingaku salah dengar.
"Hmm.. Mama kamu, mamaku juga," katanya dengan muka bersahaja.
"Cantik mulut," aku mencebikkan bibir membuat Rery tertawa galak. Aduh, ketawanya pun terdengar merdu. Senyumannya jangan dikata.
"Waw..nasi goreng Cina," katanya.
"Kamu tahu ini nasi goreng cina?"
"Ini bukan kali pertama aku datang ke Sarawak, Be," katanya. Aku mengangguk-anggukkan kepala. Patutlah dia boleh berbahasa Melayu dengan lancar. Dan tidak hairanlah jika dia boleh makan nasi dan juga lauk-pauk seperti orang Malaysia.
"Kamu tak makan?" kali ini aku menggelengkan kepala. Dia mengangkat sebelah alisnya melihat gelenganku.
"Why, Be?"
"Aku tak suka nasi goreng," jawabku. Aku memang bukan penggemar nasi goreng. Aku tak berapa suka menu goreng-goreng seperti nasi goreng, mi goreng atau kuetiaw goreng.
Rery menyuap nasi goreng, tetapi matanya mengamatiku. Dari wajahku hingga turun ke dadaku. Aku perasan matanya lama singgah di situ. Aku menyilangkan tangan, menutup dadaku. Maklumlah, hari ini aku mengenakan baju T putih yang agak nipis.
"Kenapa ditutup? Bukankah wanita suka jika asetnya itu dipuja lelaki?" katanya dengan celupar. Aku menjeling tajam kepadanya. Dia baru mengenalku dua hari tetapi sudah sangat berani mengusikku.
"Bagi kami wanita Timur, aset kami hanya untuk dipuja oleh orang yang mencintai kami," Eh, betulkah apa yang aku katakan? Ah, lantaklah, dia orang putih, dia bukannya faham sangat apa yang aku katakan.
"Jadi, kalau aku mencintaimu, aku boleh memuja asetmu, Be?" pertanyaannya hanya sekadar untuk mengusikku, tetapi cukup membuat pipiku merona. Dadaku terasa berombak kencang. Sial, mungkin ini efek kerana terlalu lama hidup membujang hingga aku merasa begitu sensitif berdekatan dengan lelaki seperti Rery.
" Jangan bergurau. Nanti masin mulut tu."
"Ha? Kamu mengatakan apa? Mulutku masin? Tapi aku belum menciummu, Be. Macam mana kau tahu rasanya?"
Aku bersabar saja. Nanti kalau betul mulutnya masin, baru dia tahu. Kalau dia betul-betul jatuh cinta dengan Beatarissa, baru padan muka dia.
💕💕💕
Aku sebenarnya malas untuk menemani Rery membeli keperluan dapurnya. Tetapi siapa aku untuk membantah arahan papa dan mama. Aku hanya anak yang sentiasa menurut perintah.
"Mama tidak takut si Rery menggoda Be?" tanyaku pada mama.
"Kamu tu tak laku, sayang. Orang Sarawak ni lagi tak mahu kamu, jangankan Rery. Orang putih tak berguna dengan orang macam kita untuk dijadikan isteri, Be," sahut mamaku panjang lebar.
"Kalau suatu hari nanti dia jatuh cinta pada Be macam mana, ma?"
"Jangan nak perasan, Be. Sudah, cepat pergi. Hati-hati bawa kereta tu," mama mendorong tubuhku ke arah kereta Myvi milikku. Rery sudah tersengih duduk di kerusi pemandu.
Aku terfikir juga, mengapa mama berani menyuruhku keluar berdua dengan lelaki orang putih ni. Mama aku tak takut ke jika dia berbuat yang tak baik kepadaku.
"Do you have a boyfriend, Be?" Rery tiba-tiba mengajukan soalan cepumas. Boyfriend? Dulu-dulu ada, tapi aku malas hendak mengenang lelaki yang sudah menorehkan luka di hati aku. Lima tahun sudah berlalu, rasanya saat ini dia sudahpun bahagia dengan keluarganya.
" Sebenarnya kamu dari negara mana, Clay?" tanyaku mengalihkan pertanyaannya. Dia menatapku seketika, namun seketika kemudian mengalihkan pandangannya pada jalan di hadapan kami.
Aku menggigit bibir bawahku, menahan rasa malu kerana dia tidak kunjung menjawab pertanyaanku. Aku memalingkan wajah ke tepi. Aku merasa menyesal mahu menurut arahan mama menemani Rery ke pasar hari ini. Tapi, mengapa aku cepat terasa bila dia mengacuhkan pertanyaanku? Aku dan dia bukan sesiapa. Kekasih bukan, teman juga bukan. Hanya anak adam dan hawa yang bertemu secara kebetulan.
"I'm the Canadian, Be," Rery menjawab setelah beberapa minit mendiamkan diri. Aku mendengar, tetapi tidak menoleh ke arahnya.
"Beatarissa..," dia memanggil namaku. Aku masih tidak menoleh. Aku lebih rela memerhati pemandangan di sebelah kiriku.
"Are you sulking, Be?" Tetap aku tidak menjawabnya. Melihatku tidak meresponnya, Rery menepikan kereta.
"Beatarissa, hey, look at me," dia meletakkan kedua tangan di atas bahuku.
"Look at me," aku memandang ke wajahnya. Memerhati mata biru dan rambut perangnya.
"Kita baru kenal dua hari, Beatarissa. Tapi kenapa, ya. Aku merasa seakan kita berdua sudah kenal lama," dia tersenyum. Dan aku baru menyedarinya. Lelaki ini punya lesung pipit pada pipi kanannya.
Aku macam orang bodoh. Jatuh ke dalam pesona seorang Rery. Benar katanya, aku baru mengenalnya dua hari. Tetapi kenapa rasanya dia seperti teman yang sudah lama ku kenal.
Tika ibu jarinya mengusap bibirku, aku hanya mampu memandangnya, memandang pada bibir merahnya.
"Sorry," aku mendengarnya mengucapkan kata maaf dan menjauhkan tangannya. Sial, aku memaki diriku dalam hati. Apa yang terjadi pada diriku? Begitu mudahnya aku membenarkannya menyentuh bibirku, meski hanya dengan jemarinya?
Vote dan komen.
Selamat membaca.Tbc....
Stay safe, stay at home.
Bau24April2020
YOU ARE READING
My Dear Lover ( ✔️ Complete )
Romance*** Untuk bacaan dewasa sahaja. Menceritakan kisah cinta antara Beatarissa dan Rery Clayton. Saksikan bagaimana anak gadis seorang pemilik sebuah homestay di sebuah desa jatuh cinta kepada seorang pemuda Barat. Mampukah mereka meraih cinta mereka...