MDL 8

11.9K 160 6
                                    

"Kamu istimewa bagiku. Rela ku redah langit biru, rela ku harungi lautan biru, demimu,"

Aku dan Rery tiba di Palm Beach. Rery tersenyum lebar. Tanpa menunggu lama, dia menarik tanganku, membawaku  menuju ke gigi air.

"Clay," aku cuba menarik tangannya agar dia berhenti berlari.

"Cepat, Be. Pantai ini sangat cantik," Rery terus menarik tanganku.

"Clay, stop," kakiku tidak dapat melangkah lagi. Bukan kaki yang sakit, tetapi hatiku yang sakit.

"Why, Be?" Rery memandangku hairan. Tetapi kemudian matanya turut mengekori arah pandanganku.

"Shit, him again," dia mendengus.

Mengapa harus dia lagi? Mengapa selama beberapa tahun ini aku tidak pernah terserempak dengannya? Mengapa sejak beberapa hari ini, sejak aku berkenalan dengan Rery aku bertemu semula dengannya.

"Mahu pulang," Rery berdiri di belakangku. Tangannya berada di pinggangku, melilit pinggangku seakan dia ingin melindungiku daripada lelaki itu.

Saat itu, lelaki yang pernah menyakitiku lima tahun yang lalu mengangkat wajahnya. Pandangan kami bertemu.

"Dia melihat kita, Clay," kataku perlahan. Saat ini aku merasa ingin menyorok pada dada Rery, agar lelaki itu tidak berpeluang melihat wajah kecewaku.

"Tenang, sayang. Ada aku," bisiknya lirih. Sayang? Andai saja aku benar-benar menjadi kesayangannya.

Lelaki itu berjalan menghampiri kami. Tangannya menggenggam erat jemari wanita yang ada bersamanya. Wanita yang sebelum ini ku lihat bersamanya tika aku menemani Rery membeli keperluan dapurnya.

"Hai, Beatarissa," katanya seraya menghulurkan tangannya. Wanita yang berdiri di sampingnya tersenyum sambil memeluk erat lengan Nico. Yah, lelaki bernama Nico ini adalah lelaki yang pernah ku cintai suatu masa dulu.

Dia lelaki yang dulu mengatakan dia mencintaiku. Dia lelaki yang berjanji akan melamarku setelah dia mendapatkan pekerjaan. Namun, dia melupakan semua janjinya. Dia memutuskan mengakhiri hubungan kami, dengan alasan hati dan cintanya sudah beralih arah.

"Hi, I'm Rery Clayton," Rery yang menyambut huluran tangan Nico. Ku lihat Nico tersenyum basi. Meski Rery yang berbicara dengannya, namun matanya terus sahaja memandangku.

Aku meremas hujung rambutku yang ku biarkan lepas. Diperhatikan begitu membuatku tidak selesa. Terlalu kerdil rasanya berhadapan dengan Nico. Apatah lagi kerana isterinya terlihat sangat cantik. Aku bukan apa-apa jika dibandingkan dengan isterinya.

"Kamu menjadi pemandu pelancong, Be? Orang tuamu tahu kamu keluar dengan lelaki asing ini?" Bertubi-tubi pertanyaan Nico. Pertanyaan yang ku rasakan tidak perlu. Siapa dia untuk menyelidiku kehidupanku? Saat dia memutuskan hubungan denganku, dia tidak punya hak lagi ke atas hidupku.

" Beatarissa bukan pemandu pelancong, brother. Dan aku juga bukan pelancong. I'm her boyfriend," Rery menekankan suaranya tika dia menyebut perkataan boyfriend.

"Oh, rupanya mat salleh ni pandai cakap kita, Be. Tapi aku nak ingatkan kau, Be. Hati-hati dengan orang luar. Nanti dia makan kau secara free saja. Bukan tak tahu dia orang ni. Banyak anak haram orang putih di negara kita ni, Be," begitu tajam kata-kata yang dilontarkan Nico.

" Mahu aku hancurkan mulutnya, Be?" Rery sudah menggenggam buku limanya.

" Jangan, " kataku. Rery orang luar, kalau bergaduh nanti besar pula kes. Biarlah. Bersabar sedikit takkan rugi. Tapi ada sesuatu yang ingin ku katakan kepadanya.

"Kalau dia makan aku secara free, kau rasa rugi tak, Nick? Atau kau yang nak makan aku secara free?" Puas. Aku puas sudah mengatakannya. Dan rasa puas bila melihat muka isterinya yang merah padam menahan marah.

"Sudahlah, Nick. Kau dah ada bini. Dah memboyot pula tu. Jaga saja bini kau," setelah mengucapkan kata-kata itu, aku menarik tangan Rery agar meninggalkan pantai itu.

💕💕💕

"Maaf, Clay. Aku minta maaf," ucapku. Aku menyandarkan tubuh pada kerusi keretaku.

"Jangan minta maat, Be. Aku okey," sahutnya. Dia menarik tanganku, membuka genggaman tanganku dan meletakkan telapak tangannya di atas telapak tanganku. Kemudian perlahan, dia menyelitkan jemarinya di celah jemariku.

"Jangan minta maaf. Aku memang suka pantai. Tetapi aku lebih suka melihat wajahmu yang tersenyum, Be.

Kamu tahu tujuanku petang ini bukan semata-mata kerana aku ingin melihat pantai. Tetapi.. kerana aku ingin mencari ruang untuk berdua denganmu, Be.

Sayangnya, mantanmu merosakkan semuanya," dia tersenyum. Rasa sedihku yang sebentar tadi menerpa, beransur hilang. Ku balas senyuman Rery. Ku benamkan wajah ke dadanya.

" Hey, not like that, honey, " dia menolak lembut tubuhku agar menjauh dari dadanya. Aku termangu. Tetapi Rery tetap tersenyum.

"Let me kiss you," katanya. Tetapi dia belum bergerak seincipun.

"Let me kiss you, Beatarissa," dia mengulang permintaannya. Mahu cium, cium sajalah. Kenapa masih diam membatu, aku menggerutu dalam hati.

"I'm asking you, Beatarissa. Say 'yes' or 'no'," katanya. Oh, rupanya dia minta izin. Mahu jawab 'yes' atau 'no' ni, aku masih berkira-kira. Aku mahu dia menciumku, tetapi aku malu untuk mengatakan 'yes'.

"So?"

"So?"

"Beatarissa, kalau 'yes' angguk saja, ya. Kalau 'no' kamu geleng saja," ibu jarinya sudah berada pada daguku.

"Beatarissa," aku malu menatap matanya, tetapi kepalaku mengangguk perlahan.

Seminit berlalu, barulah aku merasakan lidah Rery menyapu bibirku, membasahinya dengan salivanya.

"Beatarissa... My love," diikuti kuluman pada bibirku. Rery memang a good kisser. Atau aku yang tidak punya pengalaman berciuman dengan lelaki lain. Hanya dia yang pernah menciumku.

Tetapi ku akui ciuman Rery sangat nikmat. Dia sangat pandai membangkitkan nafsuku. Saat dia menciumku, tangannya menjalar ke seluruh tubuhku. Terkadang tangannya mencengkam payudaraku. Terkadang tangannya meraba pahaku yang masih berbalut jeans.

"Jangan memakanku, Clay," pintaku dengan nafas tercungap.

"Aku memang mahu memakanmu, Be. Aku sangat ingin," dia membawa tanganku menyentuh bukti keperkasaannya. Sekali lagi aku menelan ludah yang terasa tersekat di kerongkongku. Dia benar-benar perkasa. Aku tidak dapat membayangkannya.

"Tetapi bukan sekarang, Be. Jika aku ingin memilikimu, aku akan mencari tempat yang paling special untuk kita," lagi-lagi aku menelan ludah. Kata-katanya membuat aku berghairah dan takut secara bersamaan.

"Aku murah, kan Clay? Aku tidak kenal kamu, tetapi lihatlah aku..."

"Murah? No way. Kamu special bagiku, Bea. Jauh-jauh aku datang untuk... ah, lupakan saja, Be," Rery tidak menghabiskan ucapannya. Dia kembali melumat bibirku, menghantar  gelenyar aneh ke seluruh bahagian tubuhku.

Vote dan komen.
Happy reading.

Tbc...

My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Where stories live. Discover now