"Satu-satunya perkara terbaik yang ku lakukan dalam hidupku adalah memberikan hatiku kepadamu, kerana ku pasti kamu takkan pernah mengembalikan hatiku" - Beatarissa
Aku tidak dapat melelapkan mata lagi setelah terjaga dari mimpi bertemu Rery. Mimpi itu terasa amat nyata hingga setiap sentuhan Rery masih terasa pada kulitku. Tidakkah dia merinduiku? Mengapa hingga detik ini dia tidak menghubungiku?
Aku mengeluarkan telefon bimbitku dari beg tanganku. Hati kecilku masih berharap agar Rery menghubungiku, meski hanya dengan menghantar sepotong pesanan.
"Shit!" Aku memandang kesal pada skrin yang terlihat gelap. Telefon bimbitku masih dalam keadaan off. Aku menggelengkan kepala. Rupanya setelah landing tadi aku lupa menghidupkan semula telefon bimbitku.
Ada berpuluh panggilan tidak dijawab. Semuanya panggilan itu datang daripada Rery. Terdapat satu pesanan daripada Rery yang berbunyi, "Please, Be. Jawab panggilanku, atau setidaknya kamu balas pesananku."
Aku memejamkan mata. Rery masih memikirkan diriku. Tapi kami sudah berpisah. Rery tidak mungkin menyusulku ke sini. Aku juga tidak mungkin menyusulnya ke sana. Meski aku ingin, keadaan tidak memungkinkan.
Kehadiranku sebagai menantu dalam keluarga Rery tidak diinginkan. Lagipun dengan keadaanku yang hampir sarat, terlalu berisiko untuk aku melakukan perjalanan jauh. Biarlah, jika takdir menyatukan, kami pasti bersatu lagi nanti.
Aku membuka tingkap bilik. Pemandangan di luar terang benderang. Dari tingkat lima hotel yang ku diami, aku dapat melihat kereta masih lalu-lalang meski jam sudah menunjukkan hampir pukul sebelas malam.
Manusia sentiasa melakukan pencarian. Ada yang mencari wang. Ada yang mencari ketenangan. Ada yang mencari kepuasan dan tidak kurang yang mencari teman. Sama juga sepertiku. Aku juga sedang melakukan pencarian. Yah, aku sedang mencari destinasi.
Tidak mungkin selamanya aku akan tinggal di hotel. Tidak mungkin juga aku akan pulang ke rumah papa dan mama. Jika aku pulangpun, mereka tetap tidak menerimaku dan the twins. Mungkin suatu hari nanti aku akan pulang, setelah papa dan mama memaafkanku dan mahu mengakui anak-anakku sebagai cucu.
Esok aku akan mula mencari rumah sewa untuk aku dan anak-anakku yang akan lahir dalam beberapa bulan lagi. Setelah menemukan rumah sewa barulah aku akan mencari pekerjaanku untuk menyara hidup kami bertiga nanti.
💕💕💕
Rery Clayton's POV
Sudah dua hari aku mendatangi rumah mertuaku. Aku merendahkan diri, merayu dan memujuk ibu dan bapa mertuaku agar memberitahuku di mana Beatarissa berada. Namun, tetap hanya kehampaan yang ku dapat.
"Cari anakku sampai dapat. Kalau kau gagal membawa anakku kembali, aku cincang kau, Rery," papa Beatarissa melemparkan pandangan tajam kepadaku.
Aku meninggalkan rumah mertuaku. Tubuh rasa remuk kerana letih dan kurang tidur. Aku menetapkan waktu sebulan untuk mencari Beatarissa. Jika Beatarissa tetap menolak semua panggilanku dan memilih untuk bersembunyi dariku, maka aku akan mengalah.
Aku kembali ke bandar Kuching, menuju ke hotel yang dulu aku dan Beatarissa tempati sebelum aku membawanya pulang ke Kanada. Sejak dua hari yang lalu di hotel inilah aku menginap, mengutip semula kenangan aku dan Beatarissa.
"Mahu ambil kunci, encik?" seorang pekerja hotel menghampiriku yang bersandar pada sofa di lobi hotel.
"Nanti," kataku, mengangkat sedikit cermin mata hitam yang ku pakai.
YOU ARE READING
My Dear Lover ( ✔️ Complete )
Romance*** Untuk bacaan dewasa sahaja. Menceritakan kisah cinta antara Beatarissa dan Rery Clayton. Saksikan bagaimana anak gadis seorang pemilik sebuah homestay di sebuah desa jatuh cinta kepada seorang pemuda Barat. Mampukah mereka meraih cinta mereka...