MDL 35

8K 129 6
                                    

"Bahagia hanya pinjaman. Jika kamu tidak lagi mencintaiku, maka aku memilih untuk pergi," - Beatarissa

Broken heart! Sakit rasanya. Aku sudah melabuhkan hati pada Rery. Dan saat ini, aku memilih pergi sendirian. Aku meninggalkan suamiku, pergi tanpa mengucapkan 'selamat tinggal'.

Saat aku mendengar Rery mengatakan akan menghantarku pulang ke Malaysia, aku sudah memutuskan untuk pulang tanpanya. Untuk apa dia pulang bersamaku, jika setelah itu dia hanya mengucapkan selamat tinggal dan membiarkan aku menangis menatap kepergiannya.

'Meninggalkan lebih baik daripada ditinggalkan'. Aku berpegang pada prinsip itu. Aku memilih meninggalkan Rery daripada aku ditinggalkannya.

Rery mungkin punya alasan mengapa dia mengambil keputusan untuk hidup terpisah denganku. Biarlah, bahagia hanya pinjaman. Hakikatnya aku tetap bukan Selene dan Rery bukan Drake.

Bagiku, kebahagiaan tidak datang menjemput kita. Sebaliknya kebahagiaan itu perlu dijemput. Kebahagiaan perlukan perjuangan. Namun jika perjuangan untuk meraih kebahagiaan itu terlalu payah, menyerah adalah pilihan terbaik.

Aku mengusap perutku. Anak-anakku akan lahir tanpa seorang ayah. Tanpa keluarga kerana mereka bukan cucu yang diinginkan. Ibu Rery pernah cuba melenyapkan bayiku. Papaku juga pernah mengatakan tidak akan pernah mengakui darah daging Rery yang ku kandung sebagai cucunya.

"Malang sekali nasib kalian," hatiku berbicara. Suatu hari nanti entah apa yang harus ku katakan jika mereka menanyakan ayah mereka.

"Aku mencintaimu, Be," kata-kata Rery terngiang. Cinta? Aku tersenyum miris. Cinta tidak punya mata untuk melihat sebanyak mana air mataku jatuh kerana patah hati. Cinta cuma satu rasa, yang boleh berubah dalam sekelip mata. Lihatlah, suatu hari nanti Rery pasti menemui cinta barunya dan lupa bahawa dia pernah mencintaiku.

💕💕💕

Akhirnya kakiku sekali lagi berpijak di Bumi Kenyalang. Tubuhku terasa amat letih.  Perjalanan pulang bersendirian ternyata begitu menyakitkan.

"Ahh," Aku mendesah lega saat membaringkan tubuh di atas tilam empuk di bilik hotel yang ku sewa. Hawa dingin dari alat penggawa dingin di sudut bilik membuat mataku terasa kian berat untuk dibuka.

"I missed you so much, Be," bisikan itu menusuk gegendang telingaku.

"Clay?"

"Hmm, It's me, honey." Aku senyum.

"Akhirnya kamu menyusulku, Clay."

" Yeah, I really missed you," diikuti sapuan nafas panas pada sekujur leherku. Aku mengeliat.

"I love you, Clay. So much," aku mengalungkan tangan pada lehernya.

"I love you too, Be. More than you do, " bibirnya menyapu bibirku, basah dan kenyal. Bibirnya mengulum bibir bawahku, yang ku sambut dengan ghairah yang sama.

"Aku merindukan semua yang ada padamu, Be," aku tidak membuka mataku. Tapi aku dapat mendengar bunyi Rery membuka bajunya dan menurunkan zip jeans yang dipakainya. Aku cukup hafal dengan bunyi itu.

"Boleh aku buka, sayang?" aku mengangguk. Tubuhku tidak berpakaian lagi. Aku menggigil kesejukan tetapi aku biarkan sahaja. Aku sengaja tidak mahu menarik selimut. Biar nanti Rery yang akan memberiku kehangatan.

Aku menunggu dan menunggu Rery menyentuhku dan membungkus tubuhku dengan tubuhnya. Namun penantianku hampa.

"Clay," aku memanggil namanya. Tiada jawapan.

"Clay, please! Jangan membuatku menunggu," aku merengek manja. Aku menggeliatkan tubuh untuk menggodanya. Namun yang ku dapat cuma keheningan dan kedinginan.

"Clay..," aku membuka mata. Sepi. Aku hanya sendiri. Tiada Rery bersamaku.

"I miss you, Clay. I love you,"  air mataku tumpah. Aku merinduinya, namun sudah terlambat. Aku sudah terpisah beribu batu dengannya.

💕💕💕

Rery Clayton's POV

Jika Beatarissa memikirkan aku akan membiarkannya pergi dari hidupku, dia silap sama sekali. Aku Rery Clayton, lelaki yang berpegang pada prinsip ' menikah hanya sekali untuk seumur hidup.' Dia isteriku, statusnya tidak akan pernah berubah.

Lebih-lebih lagi dia pergi membawa bersama bayi kembarku. Omg, Beatarissa tidak tahu bagaimana aku tidak sabar menunggu kelahiran bayi kembarku itu. Aku tidak sabar menunggu mereka memanggilku daddy.

Aku menyusul Beatarissa. Aku mengambil penerbangan yang hanya beza beberapa jam dengan pesawat yang dinaiki Beatarissa.

"Tunggu, Be. Saat kita bertemu nanti, aku akan mendendamu seberat-beratnya," aku berbicara sendiri sambil mengenderai kereta yang aku sewa menuju ke rumah orang tua Beatarissa.

Aku bertekad. Saat Beatarissa aku temukan nanti, aku akan mengurungnya di bawah tubuhku. Aku akan ' bercinta' dengannya hingga dia merayuku untuk berhenti. Ops, mungkin hukuman itu terlalu manis untuknya. Seharusnya aku menggodanya, memancing nafsunya, membawanya ke puncak ghairah. Kemudian aku akan membuatnya merayu untuk pelepasannya.

Aku memakirkan kereta di halaman rumah. Dadaku berdebar kencang. Namun aku kuatkan hati demi Beatarissa.

"Buat apa kamu datang lagi ke mari?" papa Beatarissa menatapku dengan bengis.

"Maafkan saya, pa. Ada salah faham antara saya dan Be. Izinkan saya bertemu dengannya, pa," kata-kataku membuatnya bertambah marah.

"Kamu minta izin bertemu anakku? Kamu sudah membawanya lari. Sekarang kamu datang ke sini untuk bertemu dengannya. Apa yang sudah kau lakukan pada anakku, ha!"

Papa Beatarissa memukulku. Bukan hanya dengan tangan dan kakinya, tetapi tongkat yang ada di tangannya juga singgah di tubuhku. Aku hanya membiarkan. Dia berhak memukulku. Bukankah itu tandanya dia masih menyayangi Beatarissa?

Hampir sepuluh minit papa Beatarissa membelasahku. Tubuhku penuh lebam. Sudur bibirku pecah. Tubuhku sakit. Namun sekeping hati yang ada di dalam tubuhku rasanya lebih sakit lagi. Beatarissa tidak pulang ke rumah ibu bapanya. Jadi ke mana dia pergi?

Aku melihat skrin telefon bimbitku, berharap Beatarissa membalas pesanan yang ku hantar ketika aku masih lagi berada di Kanada.

"Please, Be. Jawab panggilanku, atau setidaknya kamu balas pesananku." Begitu pesanan yang ku hantar kepadanya. Tetapi nampaknya pesanan itu tidak masuk ke telefon bimbit Beatarissa. Beberapa panggilanku juga tidak bersambung.

"Di mana kamu, Be?"

Vote dan komen.
Happy reading.

Tbc...

My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Where stories live. Discover now