Dua hari kemudian
Di sekolah
"Weh Yui, aku mengantuk gila harini" kataku.
"Tulah kau,layan movie sampai pagi lagi. Kan dah ngantuk. Padan muka. Dah tau harini sekolah, kalut nak layan movie lama-lama." Kata Yui."Dah movie tu best" kataku sambil menguap.
"Ok semua diminta senyap. Harini kita ada seorang pelajar baru. Dia exchange student dari Jepun. Yuto, kamu boleh masuk sekarang." Kata cikgu kelas.
Yuto pun berjalan masuk ke kelas.
"Weh Sara, tengok student baru tu." Kata Yui kepadaku."Apa? Aku nak tido weh. Jangan kacau aku." Kataku.
"Ish kau ni, tu lelaki yang study group dengan kita haritu. Orang Jepun tu." Kata Yui.
"Kau jangan main-main dengan aku." Kataku sambil melihat kedepan. "Omg! Yuto!" Kataku separuh menjerit.
"Sara,awak kenal Yuto?" Tanya cikgu kepadaku. "Haha ya" kataku
"Okay Yuto, perkenalkan diri kamu." Kata cikgu kepada Yuto.
"Nama saya Agami Yuto. Boleh panggil Yuto. Saya baru sahaja tiba di Malaysia minggu lepas."
"Eh? Dia boleh cakap Melayu?" Tanyaku kepada Yui. "Ha tulah, aku pun terkejut ni." Kata Yui.
"Okay Yuto, kamu boleh duduk di belakang Sara. Kata cikgu kepada Yuto. Kamu tahu kan, Sara yang mana?"
"Ya cikgu,saya tahu." Kata Yuto sambil berjalan kearahku.
Sebaik sahaja Yuto duduk dibelakangku. Aku terus memandang dia. "Weh,kau boleh cakap melayu?" Tanyaku kepada Yuto.
"Ya,mestilah boleh. Dah mak aku melayu." Kata Yuto sambil ketawa. "Habistu,kenapa kau tak cakap melayu je time study group tu?" Tanyaku.
"Oh,time tu. Aku saja je nak kenakan kau. Dah diorang semua cakap English dengan aku, so, aku terbawa-bawa lak bahasa tu." Kata Yuto.
"Weh Sara,dah la tu sembang. Cikgu tengah ajar kat depan tu." Kata Yui kepadaku.
"Jap weh. So,kat Mcd tu,kau faham la apa yang aku and Yui cakap?" Tanyaku.
"Sara, datang depan. Jawab soalan yang cikgu tulis ni." Kata cikgu kepadaku. "Eh? ha ya. Baik cikgu" kataku terus berjalan kedepan.
-------------------------------------------------------
Waktu rehat
Semua pelajar perempuan datang ke meja Yuto.
"Hi Yuto,nama aku Sofea, aku Fatyma. Aku pulak......""Ya,hai semua." Kata Yuto
"Yuto,awak ada girlfriend ke? Rumah awak kat mana? Yuto.... Yuto..." Ramai orang bertanyakan soalan kepada Yuto.
"Weh Yuto,kau taknak makan ke?" Tanyaku. "Mestilah aku nak.. tolong aku weh." kata Yuto sambil membuat muka sedih.
"Eh? Ape yang ramai sangat orang kat luar kelas Sara ni?" Kata Zen yang dalam perjalanan ke kelas Sara.
"Sara! Kau okay? Kenapa ramai sangat orang kat sini?" Tanya Zen yang tiba-tiba ada dihadapanku. "Oh, Zen! Aku okay je. Ni ha,sebab Yuto famous sangat. Tu yang ramai orang kat sini." Kataku.
"Yuto? Eh kau! Kau sekolah sini?" Tanya Zen terkejut. "Ya,aku sekolah sini" kata Yuto.
"Dah la tu sembang. Aku and Yui lapar dah ni" kataku.
"Oh, lupa pulak. Dah jom makan" kami berempat makan bersama-sama.
Sepanjang waktu makan, Zen dan Yuto tidak bercakap langsung. Mereka hanya memandang wajah masing-masing. "Alahai,apalah masalah diorang ni" kataku dalam hati.
Bersambung~
YOU ARE READING
Aku Cantik ?!
Teen FictionKisah seorang remaja perempuan yang sering menggunakan rupa artis untuk mempunyai teman lelaki di media sosial.Tiba-tiba mukanya berubah menjadi artis tersebut!