xxx
BIP... BIP... BIP
Bunyi alarm yang sangat tidak digemari oleh orang ramai telah berbunyi di telefon bimbitku menandakan matahari sudah terbit. Nombor terpapar di skrin telefon bimbit itu menunjukkan sekarang pukul 7:00 pagi. Aku bergegas mengerakkan tanganku untuk menutupi bunyi yang sangat tidak menenangkan itu.
"ugh malasnya nak bangun"
aku terbaring di atas katilku selama 5 minit sambil merenung siling aku yang bagiku nampak menawan buat masa ini tiba-tiba aku teringat sesuatu...
"alamak adik aku!!"
Aku bergegas ke bilik air aku untuk mandi dan buat rutin pagiku sebelum turun ke dapur membuat sarapan untuk adik kesayangan aku
xxx
Setelah selesai masak sarapan untuk adik aku, mula lah aku menjerit memanggil adik aku turun.. Budak ni dah la susah nak bangun haih...
"RAYYANNNN!! BANGUNNN!! TURUN MAKAN!!! NANTI AKU HABISKAN MAKANAN KAU BARU TAHU!! "
Ya kami memang adik beradik tetapi kami berbual dengan panggilan 'aku dan kau' kerana kami lebih selesa dengan panggilan itu(anyone yang pakai panggilan macam ni dengan adik beradik diorang? Hehe sebab i pon sama)
Terdengarlah bunyi hentakan kakinya berlalu turun anak tangga itu dan cepat-cepat dia duduk di kerusi kerana takut makanannya lesap dalam perut kakak dia
"kau jangan macam-macam eh" katanya
Aku hanya senyum sinis kerana suka lihat reaksi mukanya yang macam meme itu
"tahu takut lain kali bangun awal, penatlah aku nak jerit hari-hari untuk kejut kau"
Adikku pandang ke arah aku dengan mata yang tajam yang boleh menusuk mataku hingga keluar kepala
"lepas makan ni pergi siap cepat aku hantar kau pergi sekolah hari ini" ucap aku lembut
"eh kau tiada kelas ke harini? " dia bertanya dengan dahi berkerut
"ada tetapi kelas petang jadi aku plan nak keluar date dengan Daniel" ucap aku sambil senyum seperti kerang busuk kerana malu apabila sebut nama lelaki aku sendiri
Sunyi....
"woi Rayyan kau dengar tak?! " aku lambai tanganku depan mukanya kerana dia pandang aku dengan muka tak puas hatinya
"berapa kali aku nak cakap Daniel tu tak elok untuk kau.. Aku dapat rasa yang dia bukan lelaki ter-" aku potong katanya
"enough Rayyan...kau tak kenal dia" ucap aku dengan suara mendatar dengan tanpa reaksi di muka aku
Sejak aku kenalkan dia dengan Daniel dia selalu cakap buruk tentangnya membuatkan aku rasa bengang dan tidak puas hati... Yela siapa suka bila ada manusia memburukkan orang yang kita sayang kan?
"suka hati kau lah aku penat nak bebel dekat kau nanti kalau apa-apa masalah jangan pula menangis depan aku" ucapnya sambil bangun dan membawa pinggan kotornya ke singki lalu membasuhnya
xxx
Aku parkir keretaku di depan pagar sekolah Rayyan lalu aku menoleh kepalaku menghadap Rayyan..kenapa dia senyap je sepanjang perjalanan ini? Selalunya dia lah paling bising dalam kereta sambil menjoget dan menyanyi lagunya di radio
"kau okay tak ni? " ucap aku lembut
"kau betul ke nak pergi date dengan jantan tu? " ucap dia dengan suara mendatar
"Rayyan please bagilah peluang untuk dia" merayu aku
Tetapi dia hanya berdiam kan diri sahaja dan keluar dari perut kereta aku lalu menghempas pintu kereta dengan kuat.. Omg rosak la pintu kereta aku ni haih
Aku mengeluh kecil lalu bergerak meninggalkan tempat itu dan bergegas ke tempat yang dijanjikan oleh Daniel untuk berjumpa dengan aku
xxx
Sebelum aku menjejaki ke pintu masuk cafe itu mata aku meliar untuk mencari Daniel akhirnya aku jumpa juga dia tetapi.... Dia dengan seorang perempuan? Mungkin kakaknya... Tetapi dia tiada adik beradik perempuan?
Aku berjalan ke arah mereka berdua lalu menegur mereka
"hey Daniel! Lama tunggu i? " ucap aku sambil senyum manis selagi boleh
Daniel memandang ke arah aku tetapi dengan riak muka yang tidak dapat aku jelaskan
"hey liya, ha duduklah i nak cakap something dengan you ni" kenapa aku berasa kata-kata yang akan keluar daripada mulut Daniel akan menjadi tidak baik?
Aku melabuhkan punggungku ke kerusi itu dan tunggu kata-katanya sambil senyum
(play the song dekat atas)
"i nak break up" ucapnya dengan selamba
senyumku terus pudar dan air mataku yang berharga sudah mula bertakung di mataku...dia serious ke?
"are you serious? After kita dua lalui semua cabaran dalam hubungan ini? You nak lepaskan hubungan 4 tahun kita macam tu je? Why?!" kemarahan aku sudah mula membiak ke seluruh tubuhku yang membuatkan muka aku menjadi merah kemerahan kerana kemarahan aku
"i dah bosan dengan you Liya, i dah tak boleh bersama dengan you...perempuan ini adalah girlfriend baru i... Please i nak kita berpisah dalam keadaan baik" ucap dia lembut
"fine Daniel kalau you rasa you boleh bahagia dengan perempuan ni pergi lah jangan risaukan i.. Sekarang i nak balik" aku ambil beg tangan aku dan bangun dari kerusi itu tetapi sebelum aku keluar dari cafe itu aku menoleh ke arah Daniel
"thanks for the bitter and sweet memory, hope you guys kekal selamanya"
Aku berlari keluar daripada cafe itu kerana air mata aku sudah mula nak mengalir tetapi aku tak nak menangis di depannya kerana itu akan menunjukkan yang aku ini lemah untuk dia
Aku jalan kaki meninggalkan kereta aku kerana aku hendak menghidup udara segar untuk melegakan fikiranku
xxx
Sudah lama aku berjalan tanpa arah tuju sehinggalah malam...
habis semua kelas aku ponteng kerana aku tiada mood untuk hadir ke kelas tersebut, aku seolah tiada hala tuju kerana aku hanya berjalan sahaja selagi ada jalan di depan mata aku sehinggalah aku berhenti di lorong gelap
(stop the song)
Ya aku tahu lorong itu berbahaya lagi-lagi dengan kes vampire atau pontianak yang sudah menjadi bualan orang ramai di kawasan ini. Apabila fikir tentang itu membuatkan bulu roma aku meremang
Aku teruskan berjalan tiba-tiba aku ternampak sesuatu? Aku cuba mendekatinya sambil mengenyitkan mata aku sedikit untuk melihat dengan jelas
Aku nampak....
Sepasang lelaki dan perempuan sedang make out.. Eeuuww gross kenapa mesti make out dekat public?!
Aku pusing balik kerana aku tidak mahu bertembung dengan mereka berdua tetapi sebelum aku berpusing balik aku terdengar suara perempuan itu?
"t-tolong a-aku..."
HI GUYS!! Ok tak part ni? Jangan lupa drop comment korang ye hehe jumpa korang dekat next part!! Love you guys💜
YOU ARE READING
VAMPIRE'S HEART ✔️
Про вампировKARYA PERTAMA MOMMYPOTATO "salah ke kalau kita sayang dekat orang yang tidak sepatutnya? " "tak salah kalau orang itu boleh bahagiakan kita... " Semua character dalam ni bukan orang islam‼ malay story mature content⚠️