xxx
Lucas pergi ke istananya kerana ayahnya panggil untuk membincangkan urusan penting dengannya
Lucas menjejak kakinya ke ruang makan dan disitulah dia nampak Encik Dario, Puan Selene dan Lisa sedang berbual sakan dengan ayahnya di meja makan
"nampak gembira, ada berita gembira ke? " tegur Lucas menyebabkan suasana meja menjadi sepi dan semua perhatian menghadapnya
Lucas bergerak setiap langkah dengan perlahan ke ayahnya dan duduk di sebelah ayahnya sambil menghadap Lisa di hadapannya
Lisa sedang senyum jahat kerana dia tahu apa yang akan terjadi selepas ini
"Lucas.....kamu akan berkahwin dengan Lisa pada bulan hadapan" ayah Lucas bersuara meliputi suasana sepi tadi membuatkan Lucas terkejut dan matanya menjadi merah kerana dia terlampau marah dengan pernyataan mengejut itu
"APA?! MANA BOLEH AYAH, LUCAS MASIH TIDAK BERSEDIA UNTUK KAHWIN! " jerit Lucas menyebabkan semua orang di ruang makan itu terkejut termasuk pembantu-pembantu rumah itu
"ENOUGH LUCAS! AYAH DAH TUA DAN AYAH INGIN MELIHAT KAMU BAHAGIA SEBELUM AYAH KEMBALI KE NERAKA, JIKA KAMU INGKAR ARAHAN AYAH....JANGAN MIMPI NAK AMBIL ALIH TEMPAT AYAH... " jeritan ayah Lucas bergema ke seluruh istana membuatkan semua orang dalam istana boleh dengar kerana mereka tahu bagaimana rupa ayah Lucas ketika naik angin
Lucas hanya menundukkan kepalanya dan menahan marah kerana dia juga takut dengan ayahnya ketika ayahnya sedang marah
Lucas bangun dari kerusi dan beredar dari situ secepat mungkin kerana dia tidak mahu membantah ayahnya lagi sebab dia tahu ayahnya tidak mahu dengar penjelasan dia
Ayah Lucas yang berada di ruang makan sedang sesak nafas kerana pergaduhan tadi membuatkan hatinya berdebar-debar. Dia tidak menyangka dia akan bergaduh dengan anaknya kerana mereka tidak pernah bertengkar
Lisa yang ingin mengambil hati ayah Lucas melangkah ke arah ayahnya dan mencuba tenangkannya. Ayah dan emak Lisa hanya melihat gelagat anaknya dengar senyuman jahat kerana mereka bangga anaknya bijak mengambil hati mertua
xxx
Lucas pergi ke rumahnya untuk berjumpa Liya tetapi semasa dia membuka pintu rumahnya. Dia ternampak....
Amir sedang mencium Liya...
Lucas terkaku di situ. Hatinya remuk dan sakit. Perasaannya bercampur baur, ada sakit, marah, sedih dan sebagainya. Tetapi marah mengambil alih dirinya membuatkan mata Lucas merah kemerahan dan mukanya berwarna pucat lesu, sayap hitamnya keluar dari badan Lucas. Lucas tidak dapat mengawal dirinya lagi
"Lu-Lucas ini bukan yang you pikirkan" jawab Liya untuk menenangkan Lucas kerana takut Lucas akan menyerang Amir atau risau Amir akan membongkarkan rahsia Lucas ke orang ramai
"apa yang kau fikirkan itu betul Lucas. Aku dan Liya bersama sekarang. Aku sudah tahu lama yang kau bukan manusia dan kau tidak layak untuk dapatkan manusia macam Liya. Balik lah kau ke dunia kau dan jangan kacau kami lagi"
Apa yang Amir mengarut ni. Kenapa dia keruhkan keadaan lagi? Kenapa dia menipu? Aku dengan dia tidak bersama...
(15 minit sebelum kejadian, di rumah Lucas)
Aku sedang menonton TV sementara menunggu Lucas pulang. Lucas berkata dia ada urusan dengan ayahnya sebab itu dia keluar rumah awal pagi ini
Setelah beberapa jam aku melihat TV tiba-tiba ada bunyi loceng di pintu menandakan ada orang datang. Aku fikirkan Lucas sudah pulang jadi aku pon segera membukakan pintu
YOU ARE READING
VAMPIRE'S HEART ✔️
VampireKARYA PERTAMA MOMMYPOTATO "salah ke kalau kita sayang dekat orang yang tidak sepatutnya? " "tak salah kalau orang itu boleh bahagiakan kita... " Semua character dalam ni bukan orang islam‼ malay story mature content⚠️