(2 tahun selepas perkahwinan)
"SEMUA ORANG TANGKAP DIA CEPAT!!! "
Jeritan Lucas menguasai istana itu mengarahkan semua pengawal menangkap anaknya yang tengah berlari bogel itu
Lucas mahu mandikan anaknya tetapi anaknya enggan mandi dan disebabkan itulah anaknya berlari berkejaran di istana itu dengan keadaan tidak berbaju
"kenapa ni? " suara lembut terdengar dari belakang membuatkan Lucas berasa gementar kerana dia tahu kepunyaan suara itu
Lucas menoleh perlahan-lahan dan matanya bertemu dengan mata isterinya Liya. Liya memandang tepat ke mata Lucas dengan muka serius
"s-sayang em tak ada apa-apa pun j-jadi" tersekat-sekat suara Lucas kerana dia sangat takut dengan isterinya jika isterinya dapat tahu yang anaknya sedang berlari tidak berbaju sekarang ini
"MOMMMYYY!! " Jeritan halus bergema di koridor istana menandakan makhluk kecil itu sedang berlari ke arah mereka berdua
"oh shit-" kata Lucas dengan nada perlahan kerana dia tidak sangka anaknya boleh muncul dengan cara sebegini. Habislah dia...
Liya dan Lucas memandang ke arah anaknya yang sedang berlari tanpa sehelai benang menutupi badan makhluk kecil itu ke arah mereka berdua. Anak kecil itu mendepakan tangan dengan senyuman lebar meminta ibunya mendukungnya
Liya dengan reaksi terkejut melihat keadaan anaknya yang tidak berbaju itu tetapi apabila anaknya senyum Liya automatik senyum juga dan menyambut anaknya di tangannya sendiri
"kenapa bogel ni anak mommy" tanya Liya sambil mencubit perut anaknya sedikit lalu Liya menoleh ke arah Lucas dengan wajah serius
"you dah mandikan dia ke belum? " tanya Liya dengan nada suara yang agak menggerunkan. Lucas mengusap leher belakangnya dengan wajah tidak senang
"b-belum lagi s-sayang" jawab Lucas sambil senyum sinis janggal
"i baru je keluar beberapa minit lepas, dah huru-hara istana ni" kata Liya sambil mengurutkan dahinya dengan wajah penat dia itu
Lalu Liya beredar dari situ sambil membawa anaknya ke bilik air untuk mandikan anaknya. Nampaknya mulai sekarang dah tidak boleh mengharapkan suaminya lagi untuk menjagakan anak dia lagi
Selepas Liya beredar sahaja dari situ, muncul lah 3 orang pengawal dengan tidak cukup nafas dan berpeluh-peluh seakan baru lepas berlari marathon
"kami terlepas dia tuanku... " kata salah seorang daripada pengawal itu. Lucas menoleh ke arah mereka dengan wajah tenang
"tak apa mommy dia dah jumpa dia" kata Lucas membuatkan 3 orang pengawal itu terkejut kerana mereka tahu bagaimana reaksi Liya jika Liya tahu yang anak dia buat hal
"tuanku okay ke ni? Ada sakit dekat mana-mana? " kata salah satu daripada pengawal itu dengan wajah risau
"buat masa ini saya hidup lagi tetapi saya risau masa akan datang je" kata Lucas sambil mengeluh perlahan dan beredar dari situ
xxx
Lucas membuka pintu bilik mereka dan pandangan di hadapannya amat menyenangkan dia membuatkan Lucas senyum lebar
YOU ARE READING
VAMPIRE'S HEART ✔️
VampirKARYA PERTAMA MOMMYPOTATO "salah ke kalau kita sayang dekat orang yang tidak sepatutnya? " "tak salah kalau orang itu boleh bahagiakan kita... " Semua character dalam ni bukan orang islam‼ malay story mature content⚠️