KARYA PERTAMA MOMMYPOTATO
"salah ke kalau kita sayang dekat orang yang tidak sepatutnya? "
"tak salah kalau orang itu boleh bahagiakan kita... "
Semua character dalam ni bukan orang islam‼
malay story
mature content⚠️
Liya dan Lucas sudah sampai ke rumah Liya. Mereka berdua mengemaskan rumah bersama-sama. Tiba-tiba air mata Liya mengalir dengan perlahan. Dia berasa sedih apabila memikirkan tentang adiknya Rayyan mati dan kawan baiknya Amir pula sudah ditukar ke makhluk yang tidak dikenali. Lucas nampak keadaan Liya sedang sedih lalu dia terus memeluk tubuh badan Liya dengan erat sambil mengusap belakang Liya dengan perlahan
"it's okay... I ada... I akan jaga you sampai bila-bila... Sebab you adalah vampire's heart"
Setelah beberapa saat yang berharga akhirnya Liya sudah tenang daripada tangisannya dan teruskan melakukan pembersihan di rumah
Setelah selesai tugasan mereka. Liya mengajak Lucas tidur di rumahnya kerana dia mahu meluangkan masa buat kali terakhir bersama Lucas. Jujur Liya tidak berasa yakin yang Lucas akan menjaganya sampai bila-bila tetapi dia hanya mendiamkan diri sahaja kerana yang penting sekarang ini dia perlu menggunakan masa 2 hari yang berharga ini untuk bersama dengan Lucas buat kali terakhir...
xxx
Setelah 2 hari berlalu dengan cepat. Lucas perlu pergi ke istananya untuk bersiap untuk hari perkahwinannya. Lucas sudah merancang sesuatu tetapi dia tidak mahu memberitahu Liya. Sebelum Lucas keluar dari rumah Liya, Lucas memberitahu sesuatu kepada Liya membuatkan Liya berasa pelik dan tertanya-tanya
"please datang ke majlis perkahwinan i dan jangan lupa memakai pakaian lawa-lawa kerana i nak tengok bakalisteri i yang lawa ini" kata Lucas sambil mengenyitkan matanya dan keluar daripada rumah itu
Liya hanya terkaku di tempatnya untuk memproses kata-kata Lucas tadi. Akhir sekali Liya berputus asa untuk fikirkannya dan terus bersiap untuk pergi ke majlis perkahwinan Lucas
xxx
Liya sudah sampai di majlis perkahwinan Lucas dan dia melihat ramai orang sedang memerhatinya seperti dia adalah mangsa dan tetamu di situ adalah pemangsa. Dia berasa takut tetapi dia menguatkan dirinya untuk mengikut kata-kata Lucas
Semasa upacara perkahwinan itu sedang berlaku. Lagu perkahwinan sedang berkumandang dan semua tetamu berdiri untuk menunjukkan rasa hormat ke atas pengantin. Lucas dan ayahnya sedang berjalan di karpet marah menuju ke paderi yang sedang menunggu kehadiran pengantin untuk melangsungkan perkahwinan mereka
Liya menepuk dadanya dengan perlahan kerana dirinya semakin lemah apabila melihat Lucas akan bakal berkahwin dengan orang lain selain dia....
Ayah Lucas memberi Lucas kepada paderi tersebut lalu muncul lah Lisa bersama ibu bapanya sedang berjalan di karpet merah menuju ke arah Lucas. Lisa sempat memberi senyuman jahat ke Liya kerana dia tahu Liya tidak boleh buat apa-apa untuk menghentikan perkahwinan dia dengan Lucas
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ibu bapa Lisa memberikan Lisa ke paderi tersebut untuk melangsungkan perkahwinan Lisa dan Lucas. Akhirnya impian mak ayah Lisa tercapai juga untuk menjadikan anaknya Lisa sebagai permaisuri vampire. Mereka hanya mahu kehidupan di raja sahaja supaya mereka dapat menguasai semua vampire sepuas-puasnya
Paderi itu meneruskan upacara mereka dengan menanyakan kepada Lisa bahawa dia setuju atau tidak untuk menjadi isteri Lucas selamanya. Lisa memandang Liya dengan senyuman jahat dan berpaling semula ke Lucas dengan mengatakan "saya setuju"
Paderi menandang Lucas dan menanyakan soalan yang sama seperti ditanyakan kepada Lisa tetapi jawapan Lucas membuatkan semua tetamu di majlis itu terkejut termasuk ibu bapa mereka juga
"saya tak setuju" kata Lucas dengan mata merah. Lucas mahu turun daripada pentas perkahwinan itu dan menuju ke arah Liya tetapi langkahnya terhenti apabila Lisa bersuara...
"kalau aku tak dapat kau maka tiada siapa boleh dapatkan kau" Liya berkata dengan matanya bertukar warna merah darah dan sayap hitamnya muncul keluar dari badannya.
Dia terbangkan dirinya dan menuju ke Lucas untuk membunuh Lucas tetapi nasib baik Lucas sempat elak daripada serangan Lisa. Mereka berdua menyerang antara satu sama lain membuatkan majlis perkahwinan itu huru hara.
Liya mahu menolong Lucas lalu Liya mengambil sebilah kapak dan baling ke arah Lisa tetapi Lisa sempat menangkapnya. Lisa mahu menyerang Liya tetapi langkahnya terhenti apabila Lucas menarik sayapnya ke belakang untuk menjauhi dari Liya.
Lucas mencengkam leher Lisa dengan kuat sehingga Lisa tidak boleh bernafas. Muka Lisa menjadi pucat lesu akibat penafasannya terhalang oleh cengkaman Lucas. Mak ayah Lisa terkejut dan ingin menolong Lisa tetapi Lucas meletakkan penghalang supaya tiada sesiapa boleh melepasinya. Akhirnya Lisa mati di tangan Lucas...
Ayah Lucas sangat marah dan mahu menyerang Lucas tetapi kata-kata Lucas membuatkan kelakuan ayah Lucas terhenti
"ayah suka tengok anak sendiri tidak bahagia? " kata Lucas tanpa memandang sepenuhnya ke arah ayahnya kerana dia sedang membelakangi ayahnya jadi dia hanya menoleh ke arah bahu dia sendiri sahaja untuk menjeling ke arah ayahnya
"saya dah ada pasangan saya sendiri dan saya hanya mahu dia sahaja. Selagi bukan dia yang menjadi pengantin perempuan saya maka saya tidak akan terima perkahwinan itu sehingga saya mati" kata Lucas sambil memandang Liya seketika lalu menoleh badannya dan memandang tepat ke arah ayahnya dengan tiada reaksi di mukanya
Lucas melangkah ke arah Liya sambil menarik tangan Liya ke arah paderi itu. Lucas sempat membisik di telinga Liya dan berkata "you nampak cantik hari ini... Membuatkan i rasa nak terkam you dekat sini... " kata Lucas sambil mencium telinga Liya sedikit
Ayah Lucas terpegun kerana tidak sangka anaknya bercinta dengan manusia sedangkan itu adalah benda paling terlarang sesekali di dunia mereka
"ayah kena terima hubungan kami kerana Liya telah mengandungkan anak saya" kata Lucas membuatkan semua tetamu itu terkejut kerana mereka semua tidak sangka manusia boleh mengandungkan anak vampire.
Ayah Lucas melangkah dengan perlahan ke arah Liya. Liya berasa agak gementar. Tiba-tiba ayah Lucas bersuara membuatkan semua tetamu di situ lagi tambah terkejut
"ayah terima kerana ayah pernah bercinta dengan manusia juga dan ayah harap Liya jaga Lucas dengan elok dan ayah mintak maaf kerana ayah mementingkan diri sendiri.. Ayah harap Lucas boleh maafkan ayah" kata ayah Lucas dengan nada rasa bersalah kerana dia berasa kesal tidak mengetahui perasaan anaknya terlebih dahulu
"saya maafkan ayah..." kata Lucas sambil memeluk ayahnya dengan erat. Ayah Lucas hanya mampu senyum lebar sahaja kerana akhirnya anaknya telah berjumpa kekasih hatinya yang sebenar dan tidak lama lagi dia akan menerima cucu daripada Liya. Baginya hari ini adalah hari paling bahagia buatnya
"tuan-tuan dan puan-puan, mulai sekarang kamu semua sudah boleh mengadakan hubungan dengan manusia tetapi dengan syarat sila mengawal nafsu darah kamu jika kamu tidak mahu menyakiti pasangan kamu sendiri!! " kata ayahnya membuatkan semua tetamu di majlis itu menyorak gembira
xxx
"Liya, adakah kamu terima Lucas sebagai suami kamu dan akan menjaga dan menyayanginya sehingga ke akhir hayat kamu? " kata paderi
Liya hanya senyum malu dan berkata "saya terima"
Paderi menoleh ke arah Lucas dan menanyakan soalan yang sama dan Lucas berkata "saya terima"
"tahniah! kamu berdua disahkan sebagai suami isteri..." kata paderi sambil menutup kitabnya dan beredar dari situ
Lucas menarik tubuh Liya dan mencium Liya dengan penuh perasaan. Semua tetamu di majlis itu menyorak gembira dan mengucapkan tahniah kepada Liya dan Lucas
Akhirnya mereka bersama...
Tetapi itu tidak kekal lama... Kerana mak ayah Lisa sedang mencuba untuk membalas dendam terhadap pasangan tersebut atas kematian anak mereka...
HI GUYS! Okay tak part ni? Jangan lupa vote tau! Tak susah pon hm...