(Rayyan sayang....) kata perempuan itu sambil melangkah ke arah makhluk kecil itu
Rayyan menoleh ke arah suara itu dan nampak seorang perempuan cantik memanggilnya
Rayyan senyum manis terhadap perempuan itu
Rayyan memetik bunga ros merah di taman itu lalu memberikan kepada perempuan itu
"nah, mommy kata kalau nampak perempuan cantik kena bagi bunga" kata Rayyan sambil menghulur bunga ros itu ke perempuan itu dengan senyuman lebar
"aww dia comel tetapi sayang kena hadap benda ni sebab mak ayah dia" kata perempuan itu dalam hati sambil senyum jahat
"Rayyan nak jumpa mommy? " kata perempuan itu sambil merendahkan dirinya supaya mata mereka sama paras
"bukan ke mommy dekat sana? "kata Rayyan sambil menunjuk jari telunjuknya ke arah istana
Perempuan itu senyum dan geleng kepala. Lalu perempuan itu berdiri dan pegang tangan Rayyan
"tak sayang... Mommy dalam tu... " kata perempuan itu sambil tunjuk ke arah hutan tebal itu
"mommy dalam tu? Mommy buat apa dekat situ? " kata Rayyan sambil mengerut dahi
"aish banyaknya budak ni tanya" jerit perempuan itu dalam hati tetapi dia terpaksa senyum juga untuk memperdayakan budak kecil itu
"kalau nak tau mommy buat apa Rayyan kena la ikut dulu" kata perempuan itu dengan senyum paksa kerana dia risau saja dia punya kemarahan akan meletus
Rayyan menganggukkan kepalanya dengan teruja kerana tidak sabar untuk tahu apa yang mommynya buat di dalam hutan dia
Dan akhirnya mereka berdua melangkah ke hutan itu dan hilang dari bayangan
xxx
"MACAM MANA BOLEH TERLEPAS?! KORANG JAGA KE TAK?!! " jerit Lucas dengan mata merah kerana dia tidak sangka pengawal yang dia harapkan telah menghilangkan anaknya sendiri
Liya sedang menangis teresak-esak kerana risau terhadap anaknya. Dia takut anaknya akan meliar ke dunia manusia dan anaknya akan hilang kawalan atau...
Anaknya kena culik dengan orang lain?....
Tiba-tiba Liya berdiri dari tempat duduknya. Liya berlari ke arah Lucas untuk tenangkan suaminya kerana dia mahu membincangkan sesuatu dengan suaminya
"a-abang sini kejap... " kata Liya dengan perlahan sambil menarik baju Lucas sedikit
Jeritan Lucas terus terhenti dan menoleh ke arah Liya dengan muka risau. Lucas terus memeluk Liya dan air matanya mengalir setitis demi setitis
Semua orang di istana itu terkejut kerana Lucas tidak pernah menangis dan mereka baru sedar bahawa Lucas amat menyayangi Liya dan Rayyan(yela siapa tak sayang anak dan isteri kan? -author)
"kenapa sayang? " kata Lucas sambil mengusap belakang badan Liya dengan perlahan
"i nak cakap sesuatu... " kata Liya dengan perlahan sambil membalas pelukan Lucas
Lucas menganggukkan kepalanya dan menarik Liya ke bilik mereka berdua.
Setelah mereka sampai ke bilik mereka. Lucas membukakan pintu untuk Liya dan Liya melangkah masuk dan terus duduk di atas sofa
Lucas melabuhkan punggungnya di sebelah Liya sambil memegang sebelah tangan Liya
"nak cakap apa sayang? " kata Lucas sambil memandang tepat ke mata Liya. Akhirnya mata Lucas kembali normal setelah dia mengeluarkan kemarahannya terhadap pengawal yang tidak berharap itu
"i rasa Rayyan kena culik... " kata Liya sambil menundukkan kepalanya kerana dia berasa air matanya akan mengalir sekali lagi
Lucas agak terkejut dengan tekaan isterinya kerana dia tidak terfikir sampai tahap itu pun
"kenapa you rasa macam tu? " kata Lucas sambil mengelap air mata Liya yang sedang mengalir setitis itu
"you lupa ke yang mak ayah Lisa datang balik? Mungkin mereka cuba untuk balas dendam terhadap kita dengan menggunakan anak kita sebagai umpan? " kata Liya dengan yakin sekali
Lucas mengeluh besar kerana dia pun setuju dengan tekaan isterinya itu
"i akan bincang dengan ayah dulu" kata Lucas sambil bangun dari tempat duduknya tetapi Liya halang
"kalau ayah you tak tahu nak buat apa.... I akan pergi ambil anak i sendiri" kata Liya sambil memandang tepat ke arah mata Lucas
xxx
(di bilik ayah Lucas)
Lucas mengetuk pintu bilik ayahnya dengan perlahan lalu dia melangkah masuk apabila dia dengar suara ayahnya memanggil masuk
"ada apa ni Lucas? " tanya ayah Lucas sambil beristirehat di takhtanya
"mak ayah Lisa... Mereka dah melampau! " kata Lucas dengan nada suara tinggi sedikit kerana dia sedang mengawal kemarahannya
"mereka buat apa? " tanya ayah Lucas dengan wajah tenang
"mereka culik Rayyan" kata Lucas sambil mengigit bibir bawahnya kerana dia sedang menahan air matanya turun
Ayah Lucas terbangun daripada takhtanya dengan reaksi terkejut. Secara tiba-tiba ayah Lucas berlari keluar daripada biliknya
Lucas mengejar ayahnya tetapi sudah terlambat kerana ayahnya sudah menghaibkan dirinya
Sekarang ini dia tidak tahu bagaimana mahu menceritakan ke isterinya kerana dia sendiri pun tidak tahu ayahnya mahu melakukan apa. Jika dia memberitahu isterinya yang dia tidak tahu apa-apa mesti isterinya akan keluar sendirian untuk mengambil Rayyan dan dia sangat tidak setuju tentang itu
xxx
(di istana mak ayah Lisa)
"DARIO! DARIO! SELENE! SELENE! MANA KAU" jeritan ayah Lucas menguasai istana tersebut membuatkan semua pembantu dan pengawal istana itu terkejut dan tidak dapat buat apa-apa kerana itu adalah raja
Tiba-tiba muncul seorang wanita muda menuruni tangga dengan senyuman jahat
"wah.. wah tengok siapa disini... Raja vampire yang orang selalu takutkan tetapi sayangnya mempunyai titik kelemahan iaitu cucunya sendiri... " kata perempuan itu sambil ketawa jahat
Ayah Lucas mengerut dahi kerana dia tidak pernah lihat perempuan ini selama dia kenal dengan Encik Dario dan isterinya
"kau siapa? " tanya ayah Lucas
"aww kau tak kenal aku? Sedihnya... " kata perempuan itu sambil membuat muka sedih
"dah lupa isteri Dario ke? " tanya perempuan itu sambil senyum jahat
"Selene? Kau ke tu? " tanya ayah Lucas
Perempuan itu angguk kepala dengan bangga
"macam mana kau boleh jadi muda? " tanya ayah Lucas kerana masih terkejut dan tidak percaya
"aku pun tidak tahu kenapa... tetapi aku dapat rasa yang budak itu bukan budak biasa.. Kerana setiap kali aku dekat dengan budak itu aku terus menjadi muda" kata perempuan itu dengan bangga sekali
"kenapa libatkan Rayyan? Kenapa tak libatkan aku saja?!" kata ayah Lucas dengan nada suara tinggi kerana dia tidak boleh membiarkan Rayyan hidup dalam keadaan bahaya
"aww Domenico... Kau dah lupa janji kita ke? " kata perempuan itu...
HI GUYS! okay tak part ni? Jangan lupa drop comment dan vote tau! Thank you!
Love you guys
YOU ARE READING
VAMPIRE'S HEART ✔️
VampireKARYA PERTAMA MOMMYPOTATO "salah ke kalau kita sayang dekat orang yang tidak sepatutnya? " "tak salah kalau orang itu boleh bahagiakan kita... " Semua character dalam ni bukan orang islam‼ malay story mature content⚠️