Lucas?...
Mata Lucas kelihatan merah seakan warna darah. Dia memegang tangan perempuan itu dengan kuat sambil memandang perempuan itu dengan wajah serius seolah dia mahu membunuh perempuan itu di situ juga
Aku disini dengan keadaan kaku dan takut kerana aku berasa perempuan ini sudah gila! dan Lucas pula seakan bukan dirinya lagi dan dari situ baru aku sedar bahawa Lucas adalah bukan manusia...
Dia vampire....
"apa yang kau cuba lakukan Lisa? " kata Lucas sambil menahan marah kerana pada masa itu bila-bila sahaja dia boleh meletus dan masa itu juga dia tidak akan fikir apa-apa selain membunuh Lisa sahaja
Nampaknya perempuan yang bernama Lisa itu sudah dalam keadaan ketakutan kerana rahsianya sudah terbongkar dan paling malang sekali Lucas yang mengetahuinya...
"i nak tunjuk dekat perempuan ni dimana asal usulnya" jawab si perempuan yang bernama Lisa itu. Aku tahu dia takut dengan Lucas tetapi dia cuba menutupinya dengan wajah selamba seakan dia tidak takut dengan Lucas
"pergi kau dari sini sebelum aku tak teragak-agak untuk bunuh kau" jawab Lucas sambil melepasi tangan perempuan itu
"kau tak boleh bunuh aku Lucas, kalau kau bunuh aku.....kau tak boleh jadi raja" jawab Lisa dengan wajah bangga kerana dia tahu gelaran 'raja' itu memang cita-cita Lucas dari kecil. Lucas memang sudah lama mahu menjadi raja seperti ayahnya
Lucas terdiam seketika lalu secara tiba-tiba Lucas melempang tepat ke muka Lisa dengan kuat sehingga Lisa terbaring ke lantai
"itu sebagai balasan sebab kau sentuh milik aku" jawab Lucas dengan matanya merah menyala seperti dia punya kemarahan itu sudah sampai ke puncak dan tunggu untuk meletus sahaja
Lisa memandang aku dan Lucas secara bergilir dengan reaksi tidak puas hati
"kau tunggu Lucas, nanti kau akan menyesal dengan perbuatan kau dan jangan lupa kerana aku akan dapat apa yang aku nak" kata-kata Lisa itu langsung tidak membuat Lucas takut atau gelisah tetapi membuatkan Liya berasa lemah kerana dia tahu perempuan itu akan cuba buat apa sahaja untuk dapatkan Lucas
Dengan sekelip mata Lisa sudah hilang dihadapan mata Liya dan Lucas. Liya hanya terkaku di tempatnya kerana dia tidak tahu hendak membuat apa. Badannya bergetar dalam ketakutan. Dia bukan sahaja takut dengan Lisa malahan dengan Lucas juga. Dia takut Lucas melepaskan marahnya ke dia.
Tiba-tiba dia berasa seseorang memeluknya dengan erat seolah tidak mahu melepaskan dia. Dia memandang ke arah orang itu ternyata Lucas sedang memeluknya dan kepala Lucas diletakkan di lehernya. Dia dapat merasa Lucas mencium lehernya dengan lembut tetapi dia biarkan sahaja kerana dia masih sakit dengan kelakuan Lucas pagi tadi
"i'm so sorry babygirl... Please don't leave me like that... I risau tentang you tau. I cari you seluruh rumah and call you-" aku potong ayatnya dengan mencium Lucas dengan penuh kasih sayang. Aku tahu Lucas sayang kepada aku dan aku yakin Lucas ada sebab kenapa dia meninggalkan aku keseorangan pada pagi tadi
"i dah maafkan you Lucas tapi please explain dekat i dari awal sampai akhir... " ucap aku sambil memandang tepat ke mata Lucas yang sudah kembali normal itu.
"i akan cerita pada you... " ucap Lucas sambil melepaskan pelukannya dan memegang kedua belah tanganku sambil menatap kedua-dua mataku dengan penuh kejujuran dan kasih sayang
Lucas menceritakan semua ceritanya dari kisah dia menjadi vampire sehingga ayahnya mahu dia menetap di istana ayahnya. Tetapi ada satu Lucas tertinggal untuk menceritakannya... Siapa perempuan tadi?
YOU ARE READING
VAMPIRE'S HEART ✔️
VampirKARYA PERTAMA MOMMYPOTATO "salah ke kalau kita sayang dekat orang yang tidak sepatutnya? " "tak salah kalau orang itu boleh bahagiakan kita... " Semua character dalam ni bukan orang islam‼ malay story mature content⚠️