THREE🌹

48 2 0
                                    

"GOOD MORNING, mummy daddy." Ucapnya pagi itu dengan nada yang mendatar.

"Good morning too, son. Sleep well?" Tan Sri Syed Haris bertanya sambil menghabiskan sisa nasi gorengnya di dalam pinggan.

Tidak menjawab, Syed Hayden hanya mengangguk. Rasanya, untuk tahun 2020 ni, ini kali pertama dia tidur di Vila Endréa kerana kasihan akan mummy yang kesepian. Ialah, dia anak tunggal dan mummynya itu tidak mampu mengandung lagi kerana komplikasi yang dialaminya. Nak ambil anak angkat, mummy tak mahu.

Puan Sri Syarifah Aleeya menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan untuk anak terunanya itu.

"Apa plan Hyde hari ni?"

Mendengar soalan itu, Syed Hayden hanya ketawa kecil. "You know me, mummy. Kerja of course. Nak ke mana lagi? Ke mummy nak Hyde teman mummy ke mana-mana?"

"Mummy dah agak! Hidup kamu memang bosan. Your life isn't colourful macam Si Qayra tu. Kerja and kerja. Mummy nak pinjam Sherri hari ni. Bagi dia cuti eh?" Pinta Puan Sri Syarifah Aleeya penuh mengharap.

Kasihan pula dengar mummy merungut dan meminta macam tu.

"Bukan Hyde tak nak my. Si Sherri tu tengah sibuk dengan pelancaran koleksi baru dia. But, you can ask her first. Confirm dia nak bodek mummy belikan dia Dior punya handbag."

Puan Sri Syarifah Aleeya termenung sekejap. Bukan pasal anaknya itu beritahu yang Sherri suruh belanja Dior, dia tidak kisah semua itu kerana sudah dianggap Sherri itu macam anak kandungnya sendiri. Tapi, bila dengar Si Sherri nak launch koleksi baru takkanlah dia nak kacau pula, kan.  Sebenarnya, banyak cerita dia nak kongsi dengan Sherri pasal percutiannya di London minggu lepas. Haih, gadis itu ibarat teman gosipnya. Jujur dikatakan, dia lebih selesa dengan Sherri yang agak mulut murai berbanding Syarifah Qayra yang sentiasa mengekalkan keanggunannya.

Selesai bersarapan, Syed Hayden menyalami kedua-dua orang tuanya. Dan berjalan ke arah Mercedes AMG GT63S hitam kepunyaanya. Sebaik sahaja memasuki kereta mewah tersebut, iPhone nya dicapai dan nombor Sherri didail.

"Hello..?" Suara serak Sherri menyapa. Macam baru bangun tidur aje.

"Sherri... Where are you?"

"Kondo I lah."

Syed Hayden raup muka. "Seriously, Sherri? Are you still sleeping? It's almost 9 a.m Sherrina! Kalau bukan you ni kesayangan mummy I, dah lama I pecat you dari House of Blue Wings!"

Sherri hampir menangis mendengar ayat Syed Hayden. Kejam betul! Tidak tahukah lelaki itu yang dia agak sensitif?

"Yalah, I nak pergi siaplah ni. Setengah jam lagi I sampai,"

"No need. I give you excuses from your work today. Mummy needs you. Maybe, she wants to shower you with Dior. Kerja-kerja you just leave it to your staff. Sorry okay sebab tengking-tengking tadi." Suara Syed Hayden mengendur.

Dengar je Syed Hayden sebut Dior, bersinar matanya yang lembam baru bangun tidur itu. "You're not joking right, Hyde? She wants to shower me with Dior? OMG! Okey, I siap sekarang." Ujarnya penuh bersemangat.

"You kena teman dia all day hari ni. My mom is quite lonely and she needs you. Ok, bye. Have a nice day." Terus panggilan dimantikan dan kereta mewah itu perlahan-lahan meninggalkan kawasan vila empat tingkat itu.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"What's my plan today, Jen?" Soalnya sambilmemerhati outfit yang dipilih Jenny untuknya. Hanya kemeja putih dan pencil skirt nude pink dipadankan dengan heels nude pink juga. Simple dan dia mengenakan solekan peachy look serta rambut perang gelapnya disanggul dengan gaya messy bun. Nice and elegant. Taste Jenny dalam soal pemakaian memang tidak pernah mengecewakan.

"We'll go to measure your weight and height first. Ini arahan CEO Sherri Hill and you gotta choose your own outfit for the collection because you're the main model. They give the specialty to you. Oh, one more thing, you kena attend meeting for the shooting place."

Bella hanya mengangguk. Kemudian, dia berpaling ke arah Jenny dan melihat gadis itu sudah siap dengan dress paras lutut serta rambut hitam pekatnya yang dilepas bebas.

"How do I look?"

"Perfect, babe!"

"Jom! Meeting pukul berapa?" Beg tangan Guccinya yang berada di atas meja kopi itu dicapai.

"Pukul 11. Sekarang ni, baru 9 a.m. We should go somewhere else first."

"Breakfast dulu la, Jen. I lapar,"

"Let's go!" IPad Pro yang berada ditempat sama dengan beg tangan Bella dia ambil lalu dibawa seperti buku.

The Billionaire's Lost LoveWhere stories live. Discover now