3 YEARS AGO.
TALI pinggang keledar yang melilit di tubuhnya digenggam kemas. Pandangannya lebih ditumpukan ke arah jalan raya yang lengang. Sesekali, liur ditelan. Takut sebenarnya."Karl, can you slow down, please?" Hayra bersuara juga walaupun takut-takut. Untuk keselamatan mereka juga.
Syed Hayden tidak mempedulikan rayuan teman wanitanya itu. Tajam mata helangnya fokus pada pemanduan.
"Karl..." Hayra cuba pula dengan suara lembutnya. Dia tahu, jejaka itu akan mudah cair dengan suaranya.
"Shut your mouth, Hayra! I'm driving!"
Ternaik bahunya mendengar jerkahan itu. Sudah hampir 2 tahun usia percintaan mereka, ini kali pertama Syed Hayden menaikkan suaranya. Matanya sudah bergenang. Bila-bila masa sahaja, air matanya akan menitik.
"You know what, Hayra. You are the only person that I used to love and cherish the most after my mom. I warning you awal-awal, i'm a jealous man. Seeing you chatting with that guy while laughing is really killing me. Qayra is right, I should choose her instead of you."
Hayra menggelengkan kepalanya. "I've told you many times, Karl. Rafael is my cousin. I dah anggap dia macam abang I sendiri. You know what, our relationship is not worth at all. You dengan your possessiveness over me, and itulah sebab you tak percayakan I. You percayakan perempuan tu yang jelas-jelas tak suka I..."
Belum sempat dia habis berbicara, tengkingan Syed Hayden benar-benar meruntun hatinya.
"Jaga mulut you, Hayra! That woman that you mentioned is, my cousin. You tak ada hak nak kata dia tak suka you. It's exactly you yang tak suka dia. At least, she knows me better than you, Hayra." Keras suaranya menyembur wanita cantik itu biarpun air mata sudah menuruni pipi gebu Hayra.
Hayra kesat air mata yang kian lebat mengalir. "You tak sedar, she's the one who ruin our relationship..."
PANG!!!
Hayra senyap. Pijar terasa pipinya berbekas tamparan Hayden. Makin lebat air matanya yang jatuh turun.
"Kau tak layak nak kata macam tu dekat Qayra. The slap, you deserve it, girl. Nanti pergi mintak maaf dekat dia sampai dia maafkan kau balik. If she doesn't forgive you, don't ever come to me."
Hayra tarik nafas dalam-dalam. Rasanya, inilah penamat hubungannya dengan Syed Hayden. Dia janji, dia akan pergi dari sisi lelaki itu buat selama-lamanya.
"Hayden, I'm giving up."
BAAMM!!
Syed Hayden buka matanya. Kabur-kabur sahaja pandangannya waktu itu. Otaknya cuba menganalisa kembali keadaan sekeliling. Dapat dirasakan cecair hangat yang laju mengalir turun. Dibawa tangannya ke sisi kepala. Ada darah yang membuak keluar.
Dia berpaling ke tepi mencari si pelengkap hidupnya, TIADA! Mana Hayra dia? Kenapa seat sebelah kosong? Dengan susah payah, Syed Hayden meliarkan pandangannya ke sekeliling jalan raya yang kosong itu. Sebaik sahaja menemui susuk tubuh yang dikenali, dia cuba untuk membebaskan dirinya namun tersepit. Kakinya tersepit.
Pilu hatinya melihat Hayra tersadai di tepi jalan dengan kepalanya yang berdarah teruk dan hampir seluruh tubuh itu dipenuhi darah.
"HAYRA!!!"
Syed Hayden hanya mampu menjerit di dalam hatinya. Suaranya seolah-olah tidak memberikan kerjasama waktu itu. Pandangannya mula berbalam-balam. Seluruh dunianya mulai gelap.
YOU ARE READING
The Billionaire's Lost Love
RomanceSYED HAYDEN RAYKARL, Kehilangan si 'dia' , membuat si jutawan kacak ini tidak senang duduk. 3 tahun, Syed Hayden menanggung dendam rindu yang menyeksa dirinya. Dia nekad, jika ditakdirkan dirinya akan bertemu si 'dia', akan ditebus silapnya yang du...