NINE🌷

36 1 0
                                    

BUNYI desir angin dan ombak, buat matanya berat untuk dibuka. Lebih lebih lagi, angin yang meniup lembut pipinya buat dia tenggelam dalam kantuknya.

Baru sahaja ingin dibuai mimpi, bunyi ringtone iPhonenya cukup menganggu membuatkan dia mendengus kasar.

Tanpa melihat nama si pemanggil, Bella menjawab panggilan tersebut.

"Hello...?"

"Hi, babe. Don't wake up yet? Habit you tak berubah daripada dulu. Sleepy head. Suka tidur..."

Dan panjang lagilah si pemanggil itu membebel kepadanya. Bella jauhkan telefon daripada telinganya ingin melihat gerangan pemanggil.

Namun, unknown number.

"Heii,,, wrong number." Dalam mamai, Bella matikan panggilan tersebut. Telefonnya dimatikan. Kesempatan ini harus diambil sebelum shoot dia start pukul 5 petang nanti.

                              ...........................

"Hyde!"

Dengar sahaja suara yang cukup familiar padanya, terus sahaja dia berpaling ke arah suara itu.

"Qayra?"

Qayra berjalan merapati jejaka idamannya itu. Rambut panjangnya disisip ke celah telinga bagi menyerlahkan keayuannya.

"You buat apa kat sini?" Syed Hayden bertanya perlahan. Menyesal pula lalu dekat lobi. Niatnya untuk bertanya di receptionist tentang bilik Bella, tapi lain pula jadinya.

"Saja, bercuti. How about you?" Tunak matanya memandang sepupunya itu. Padahal, dia yang ikut lelaki tersebut kesini. Dia tahu, pasti Syed Hayden mengetahui tentang kewujudan Hayra disini. Dan dia, harus menghentikan semua itu!

"I teman Sherri. She asked me then. Sambil-sambil rehatkan minda."

"You dah breakfast?"

"Err..."

"Mesti belum kan? Jom pergi cafe. I heard that they have their own signature breakfast! Let's try!" Belum sempat Syed Hayden menjawab, lengan sasanya dirangkul erat terlebih dahulu tanpa kerelaannya.

                                ........................

"Belle, nak makan apa?" Jenny bertanya sambil meneliti menu ditangan.

"Prosperity ada?"

Pap!

"Auch! Sakitlah, Jen." Digosok lembut lengan mulusnya yang sedikit merah akibat dihempuk dengan buku menu yang tebal itu.

"Jangan nak mengarut eh. Apalah makan burger pagi-pagi macam ni! Ingat, you tu one of the main model!"

Bella mendengus. "Apa je ada? I'm sleepy, Jen!" Monyok dia pagi-pagi begini apabila Jenny paksa dia untuk bersarapan. Jam baru menunjukkan pukul 10 pagi. Dia tiada mood untuk makan pada waktu sekarang.

Jenny tersenyum sendiri apabila menatap buku menu itu. "I know what's good for you, girl." Tanpa menghiraukan pandangan Bella, dia memanggil waiter.

"Whatever. Jen, I nak ke toilet. I wanna wash my face."

Punggung diangkat malas dari kerusi dan dia berjalan menuju ke tandas yang berada agak jauh dari tempat duduk mereka.

Langkahnya diatur sebaik mungkin ke arah lokasi yang dituju.

Tiba-tiba...

"Auch..." Berkerut-kerut dahinya menahan keperitan. Sakit woi terhentak punggung!

"Hey, girl. Are you blind?!"

Panas telinga dia dengar ayat tak beradab itu.

"What's wrong Qayra?"

Nampak sahaja langkah Syed Hayden menghampirinya, terus sahaja dia buat muka kesian. "Hyde! Look at this woman. Tak jalan elok-elok! Habis tumpah air kat baju I!"

Tercengang Bella mendengar pekikan perempuan itu. Ya, dia tahu dia salah. Berjalan dalam keadaan mamai. Tapi, tolonglah dia yang tak boleh bangun ni.

Syed Hayden cuba untuk melihat gadis tersebut, tetapi gagal apabila gadis itu jatuh membelakanginya dan rambutnya yang panjang mengurai itu menutup sebahagian wajahnya. Macam kenal...

"Miss, are you okay?"

Datang dua pekerja resort kearahnya. Cuakla tu. Macam mana lantai ni boleh licin? Perlahan-lahan dia bangun dengan sokongan staf-staf tersebut.

Bella berpaling untuk menghadap pasangan itu. Yang lelaki pun, tak gentleman langsung. Sikit pun tak tolong dia!

Keyakinan yang dibina tadi runtuh serta merta apabila wajah yang paling ingin dielaknya berada dihadapannya sekarang.

Buntang mata Qayra melihat gerangan di hadapannya. Dia berdehem seketika. Ton suara dibaiki sedikit.

Bella kaku. Tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Apa yang dia tahu, dia nak pergi dari situ. Tak jadi nak ke tandas untuk basuh muka sebab mukanya sudah segar dengan tiba-tiba lebih-lebih lagi apabila lelaki semalam pandang dia semacam. Tajam betul.

Syed Hayden galak merenung wajah itu. Wajah yang dirinduinya setiap hari. Makin lama makin cantik. Ingin sahaja diheret Bella ke tok kadi hari ini juga. Ingin diikat wanita itu disisi untuk selamanya.

"Cik, cik okey ke? Kalau tak, kami boleh bawa ke klinik resort."

Teguran pekerja itu membawa Bella ke realiti.

Tanpa menjawab, Bella segera mengangkat kakinya. 'haraplah tak jumpa dah lelaki tu.'

The Billionaire's Lost LoveWhere stories live. Discover now