EIGHT🌹

27 1 0
                                    

"SO, you Bella?"

    Bella telan liur. Kesat. Kena tanya macam tu oleh CEO syarikat terkenal memang nervous dia. Perlahan-lahan dia angguk. "Yes, I am." Rambut panjangnya disisip kecelah telinga.

    "Ohhh... Nice to meet you, girl. Well, I'm just kidding, okay? You can call me Sherri." Sherri tergelak sendiri dengan gurauannya. Rasa nak guling-guling pun ya juga bila lihat Bella yang termangu-mangu itu. Cute!

     Bella ikut ketawa sama. Awkward. Dia menyiku Jenny yang sepi di sebelah. Memberi isyarat untuk gelak sama. Ketika itu, dahi Jenny sudah berkerut kerut tak faham kenapa dirinya disiku.

     "By the way, Bella, Jenn. Enjoy the BBQ tonight. You guys need to work hard for tomorrow. Wish for Sherri Hill can go far okay?"

     "Yeah, for sure. Sherri Hill will go far. You such an independent woman, Sherri." Bella turut memuji wanita yang anggun dengan dress tanpa lengan itu. Cantik sekali dengan wajah campurannya. Persis Barbara Palvin.

     Sherri senyum. Walhal, dalam otak dia, tengah jalankan misi. Mana pulak si Hayden ni? Lama pulak nak sampainya. Mata hazel nya meliar ke sekeliling. Mencari tubuh tegap yang berketinggian 176 cm itu.

     "Sorry, Sherri. I'm late."

      Dengar sahaja deep voice yang dikenali, pantas dia berpaling. "Hah, Hyde! Sampai pun. I ingatkan you sesat tadi. Oh, I nak kenalkan you dengan someone. Bella..." Ketika kepalanya dipusing ke kiri, matanya disapa dengan sekolompok manusia yang sedang bergelak ketawa. Eh? Mana Bella?

     "Kali ni siapa pula, Sherri? You jangan main-mainlah.  I'm not interested." Syed Hayden mengeluh. Penat nak layan kerenah Sherri. Ada sahaja lagaknya. Rasanya kali ini tak boleh kira berapa kali wanita itu cuba untuk memperkenalkannya dengan gadis-gadis.

      Sherri mencebik. "Whatever. You dah makan ke belum ni? Jom makan. I tunggu you lama tau. Boleh gastrik I nanti." Terus lengan tegap itu dipaut dan ditarik ke kawasan bufet.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Bella tenyeh mata kuyunya. Inilah kesan tidur waktu maghrib tadi. Kesannya sampai sekarang. Untuk keberapa kalinya dia tidak tahu, dia menguap besar. Walaupun ayam bakar di depan nampak sangat menggoda untuk orang yang bernafsu makan yang besar seperti Bella, angin pantai yang bertiup manja lebih pandai menghasutnya untuk beradu di atas katil empuk.

Jenny pula sibuk berbual dengan siapapun dia tidak kenal. Yang pasti, matanya sudah berair. Jus peach diambil lalu diteguk. Ahh, so fresh!

"Jen, I nak pergi toilet kejap." Pintanya dan berdiri setelah Jenny mengangguk.

Bella mula berjalan tanpa arah tuju. Dia hanya ikut naluri sahaja. Kalau sesat, cari sahaja pekerja resort. Matanya makin lama makin memberat. Kalau boleh, atas lantai resort ni jugak dia nak tidur.

"Miss, are you okay?"

Dengar sahaja suara, mata Bella membulat. Masa untuk tanya tandas. Dengan pantas, rambutnya di flip, ingin menghalang daripada berkomunikasi dengan pekerja resort yang bertanya itu.

Syed Hayden tergamam. Agak lama mereka berpandangan. Matanya dikelipkan beberapa kali sebelum bibirnya naik menguntum senyum.

The Billionaire's Lost LoveWhere stories live. Discover now