SEVEN🌹

58 2 0
                                    

AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT.

BELLA membuka sliding door kaca vila yang ditempah khas untuknya dan Jenny setelah meletakkan beg-beg diatas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BELLA membuka sliding door kaca vila yang ditempah khas untuknya dan Jenny setelah meletakkan beg-beg diatas katil. Menikmati angin laut yang segar sambil duduk di kusyen yang empuk yang disediakan dan mengamati panorama senja. Oh my, so refreshing! Lagi lengkap sekiranya ada segelas jus.

Jenny pula awal-awal lagi sudah tewas dengan katil empuk bagi melegakan sendi- sendinya yang lenguh kerana hampir 4 jam lebih memandu ditambah pula dengan jalan raya yang jammed.

Selepas mendengar azan maghrib, Bella mengambil keputusan untuk membersihkan dirinya. Sliding door itu ditutup lalu dia mengambil bagasinya dan diletakkan diatas katil. Beg toiletries dikeluarkan bersama tuala. Bathrobe yang disediakan dibawa masuk sekali ke dalam tandas.

Setengah jam mengambil masa untuk mandi, badannya terasa segar dan dia pula tidak boleh solat. Kesempatan ini dia ambil untuk berehat dibawah gebar yang gebu dan suhu aircond yang menyenangkan.

9.00 MALAM.

"Bella, wake up! Go get ready. Kita ada BBQ malam ni. Miss Sherri ada tau. She wants to see all the models tonight." Bahu Bella yang terdedah akibat aksi tidurnya yang buas, Jenny goncang perlahan. Bella ni kalau dah tidur, mana nak sedar ada bom meletup kat sebelah. Mujurlah dia tersedar pukul 8.30 tadi dan tak pasal-pasal terbabas maghrib dan isyak.

Dengan masih bertelekung, bahu itu disentuh dan digoncang berkali-kali. "Belle, bangunlah!"

Bella bergerak-gerak. Dahinya berkerut sedikit. "What, Jenny? Is it morning already?"

"Morning hotak kau! Pergi bersiap. You have 15 minutes to get ready." Seusai berkata, Jenny berlalu pergi ke biliknya.

Bella menenyeh matanya yang sedikit berair dan pedih sambil menyandar pada katil. Cuba untuk menganalisis persekitarannya. Yeah,, Avani. Gebar diselak. Robe yang sudah banyak mendedahkan sebahagian tubuhnya itu dibetulkan. Langkah diatur menuju ke wardrobe.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

GAMBAR-GAMBAR yang terpampang didepannya dipandang benci. Qayra memeluk tubuh. Nampaknya, usaha dia seperti sia-sia sahaja.

Bermacam-macam usaha dilakukan agar Syed Hayden berputus asa menjejaki Hayra, tetapi dengan adanya figura dihadapannya ini, rancangannya untuk memiliki jejaka itu semakin tipis.

Think Qayra, think! Is it true she is Hayra? Atau hanya perempuan yang sama? Atau Hayra yang sebenar menyamar? Resah dia memikirkannya.

Gambar-gambar itu ditenung lagi. Ada gambar gadis itu di airport, di tempat awam dan Starbucks. Qayra gigit bibirnya. Penumbuk dikepal kuat. Aku kena hapuskan dia sebelum Hayden jumpa dia. Hayden kena pandang aku sorang je! Dia berdialog sendirian. Badan disandar kasar pada kerusi empuknya.

💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮

"KAU nak datang Malaysia?" Syed Hayden tercengang ketika memasukkan pakaiannya ke dalam beg.

"Yeah,, seems like Evelyn really don't like me. I forced her into this marriage. Aku cari dia merata, Karl." Keluh Jericho kuat. Hanya dia, Hayra dan Dayren yang memanggil Syed Hayden dengan panggilan 'Karl' .

Syed Hayden tersenyum sinis. Dah namanya jodoh, larilah sejauh mana pun akan bertemu jua. Dia pasti, Sherri akan tuduh dia nanti. Dia yakin itu.

"Datang ajelah. Kau dialu-alukan. Mummy pun selalu tanya kau bila nak balik Malaysia."

"Seriously? Rindu rendang mummy." Jericho ketawa kecil bagi menutupi kekecewaanya. Tapi memang dia rindu pun akan Puan Sri Syarifah Aleeya yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri. Dia berhajat untuk bercuti dari kerjanya buat sementara waktu dan Malaysia adalah pilihan yang tepat. Mungkin, apabila pulang ke London nanti, dia akan uruskan penceraiannya dengan isterinya itu.

Hampir sejam berbual, mereka mengambil keputusan untuk menamatkan panggilan. Tentang Sherri, dia malas nak sentuh biar Jericho jumpa wanita itu sendiri di sini nanti. Dia kenal Jericho, seorang yang bukan senang nak mengalah lagi-lagi melibatkan sesuatu miliknya iaitu Sherri.

Duffel bag Louis Vuitton itu dizip kemas dan dicampakkan ke suatu sudut biliknya. Badan dihempas ke atas katil. Siling yang terukir indah itu ditenung. Mata dipejam. 'Wish you were here, my love.'

The Billionaire's Lost LoveWhere stories live. Discover now