BELLA menanti dengan penuh gelisah di bilik mesyuarat itu. Sesekali dia menjeling Jenny di sebelah. Seperti biasa, gadis itu kelihatan tenang selepas membebel panjang apabila berat dia naik 2 kg. Dia memang tak suka diet. Nak-nak pula dia seorang yang tak memilih makan. Asal sedap dan halal, perut dia boleh terima.
Why am I nervous? Entahla. Rasa macam ada sesuatu yang menanti. Selalunya, firasat dia sentiasa betul. Tapi,, apa yang akan terjadi? Bella angkat bahu sendiri. Tangan diketuk-ketuk atas meja panjang itu, menghilangkan gementarnya.
"Why, Belle? You look nervous." Tegur Jenny, menyedari tingkah laku Bella yang tak keruan itu.
Belum sempat Bella menjawab, bunyi pintu kaca yang dibuka dari luar membuat semua yang berada di situ tersentak. Ada dua orang lelaki yang mengambil tempat yang disediakan.
"The meeting will goes on without the CEO cause she has a few matters to settle up and this meeting will be run by me, her trust people. Hi, everyone I'm Qie. Let's start our discussion for today..."
Sepanjang mesyuarat, dia hanya mampu mengelakkan dirinya daripada menguap. Bila orang senyum, dia senyum. Jenny pula akan menjawab bagi pihaknya.
"So our photoshoot location is at the Avani Sepang Resort Gold Coast. It's more like beach and island theme. There will be a lot of evening dresses and more like a vacation outfit. So, the main models can choose your own outfits after this. Before we end our discussion, any questions?"
Seorang model mengangkat tangan. Perhatian orang-orang di dalam bilik mesyuarat itu tertumpu ke arahnya termasuklah Bella Dan Jenny.
"Yes, Miss Dania?"
"The president not joining in?"
Mendengar soalan itu, Qie tergelak kecil. "Nope. He rather be in his office than participate in this campaign."
Dania mengeluh hampa mendengar jawapan Qie. Bukan apa, sejak dia bertemu mata dengan Syed Hayden hari itu ketika mengikuti kedua-dua ibu bapanya ke sebuah majlis formal hatinya terus terpaut dengan aura karisma serta kekacakan jejaka tersebut. Tapi, itulah bibir menawan tersebut susah untuk mengukir senyum. Ketat sahaja wajahnya 24 jam.
Bella cuba untuk mencantum puzzle di mindanya. Siapa presiden? Siapa CEO? Atau dua-duanya orang yang sama?
Keluar saja dari bilik mesyuarat, terus Bella bertanya kepada Jenny. "Jen, who's the president, who's the CEO?"
"Oh, you tak tahu lagi, eh. The CEO of Sherri Hill, is Miss Sheryna. Miss Sheryna work under the House of Blue Wings. House of Blue Wings ni pulak di bawah Blue Wings Empire. Kiranya macam anak syarikat dia la. So, the president yang Miss Dania maksudkan tadi ialah pemilik Blue Wings Empire." Ujar Jenny panjang lebar. Sebenarnya, dia baru tahu tadi tentang maklumat ini. Rupanya jenama gah Sherri Hill itu mempunyai ketua yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Agak susah juga untuk memahami tapi anggap saja Miss Sheryna itu CEO Sherri Hill. Senang.
Bella mengangguk mengerti. Hebat juga Blue Wings Empire ini. Memiliki banyak anak syarikat yang berpengaruh besar Dan berkuasa.
"Jen, bila I boleh balik Finland? I miss my parents already. Dah dua bulan I tak jumpa dia orang."
"Alolo,, homesick ya. I think, lepas shooting dekat Avani you dah tak ada apa-apa job dah rasanya. I akan kosongkan jadual you. You nak cuti berapa lama? Sebulan? 2 bulan?"
Bella sengih. "Eleh, kalau I cuti lama, you akan tumpang sekaki juga kan. I know you, Jen." Sambil berkata dia menyiku Jenny.
"Why not kita pergi vacay? Sounds good, right?" Jenny tukar topik. Bella ni bikin dia malu aje. Tanpa menunggu jawapan Bella, dia terus berjalan laju.
YOU ARE READING
The Billionaire's Lost Love
RomanceSYED HAYDEN RAYKARL, Kehilangan si 'dia' , membuat si jutawan kacak ini tidak senang duduk. 3 tahun, Syed Hayden menanggung dendam rindu yang menyeksa dirinya. Dia nekad, jika ditakdirkan dirinya akan bertemu si 'dia', akan ditebus silapnya yang du...