VILA ENDRÉA.
"ABANG, nanti Hyde sampai, jangan lupa pasal plan kita tu tau. Anak awak tu mana nak dengar cakap saya ni. Dia patuh dengan awak je." Ujar Puan Sri Syarifah Aleeya sambil mencedok nasi putih ke dalam pinggan suaminya.
Tan Sri Syed Haris hanya mengangguk- angguk. "Abang tak lupa, Aleeya. Tapi kalau dia tak nak, awak jangan paksa pulak. Awak sendiri tau dari kecik lagi budak tu tak suka bercuti."
"Kali ni, saya takkan mengalah. Dari kecik sampai ke besar kita yang mengalah dengan dia. Biar hari ni dia pulak mengalah,"
Tan Sri Syed Haris menggeleng melihat isterinya itu. Apalah sangat suruh Si Hayden tu sampai ke Sepang? Kalau ke Europe atau mana-mana negara, dia boleh pertimbang kanlah juga nak pujuk anak terunanya itu. Adalah tu berpakat dengan Sherri.
"Tan Sri, Puan Sri, Dato' dah sampai." Beritahu butler vila tersebut dan membuka pintu kayu putih yang diukir dengan emas tulen itu dan mempersilakan majikannya memasuki ruang makan khas tersebut.
Syed Hayden menuju ke arah mummynya. Seperti biasa, berjumpa, salam, cium pipi. Manakala, dengan daddy, hanya bersalaman seperti biasa. Kemudian, dia menarik kerusi berhadapan dengan ibunya.
"Dinner malam ni, jangan bincang pasal kerja pulak. Pening kepala mummy nanti. Kita santai-santai je." Bekas nasi dihulur pada anaknya itu dengan pandangan yang membawa makna.
Syed Hayden menyambut huluran mummynya selepas membuka kot hitam Armani pada tubuh kekarnya. Lengan kemeja disinsing pada paras siku, menyelesakan diri. Pandangan mummy tidak dihiraukan.
Butter prawn dan tomyam campur merupakan kesukaannya dari kecil lagi. Dua hidangan itu menjadi pilihannya. Dia tahu, mummy ada agenda kalau panggil dia dinner secara mengejut macam ni. Tapi, buat masa sekarang dia akan senyap saja.
Puan Sri Syarifah Aleeya menghantar isyarat pada suaminya ketika Syed Hayden khusyuk dengan juadah di hadapannya.
Ibarat mengerti, Tan Sri Syed Haris berdehem kecil. "Hyde banyak kerja ke kat pejabat? Nampak letih je tu. Kerja, kerja juga. Minda dan fizikal tu kena jaga."
"Kerja? Tak banyak pun. Just nak tunggu daddy approve projek dengan Coral Global tu aje."
"Nanti daddy pass kan fail agreement tu dekat PA Hyde. By the way, daddy dah tempahkan vila untuk beberapa malam dekat resort Sepang. Take a break, okay? Cuti yang daddy bagi ni bukan untuk kebaikan kamu je, tapi untuk syarikat jugak."
Terhenti kunyahan Syed Hayden mendengar bicara daddynya itu. "Sepang? Buat apa? Hyde banyak kerja..."
Belum sempat dia habis berbicara, mummynya memotong.
"Ya, kami tahu kamu tu workaholic. Sekali sekala, manjakan diri kamu tu biar lebih bersemangat. Tadi kata, kerja kat ofis tak banyak... Masa nilah kamu gunakan peluang ni pergi bercuti. Kalau ke luar negara, sudah sah-sah kamu tak nak melainkan outstation,"
"Ok, fine. Hyde pergi. For the sake both of you." Seusai berkata, suapan diteruskan lagi.
Puan Sri Syarifah Aleeya tersenyum menang. Mission complete!
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
"EVERYTHING is ready?" Soal Jenny sambil memasukkan bagasi mereka di dalam but Mini Cooper yang disewanya.
Bella memeriksa beg-beg yang dibawanya. Hanya satu backpack dan sebuah bagasi. "Yeah, everything is well prepared. Outfit- outfit semua you dah gantung kat dalam kereta, kan?"
"Yup. Let's go. Nanti lewat pulak sampai sana. It takes 2 hours to get there tau."
Bella mencebik. "Elehh,, 2 jam aje pun."
Naik geram Jenny tengok Si Bella ni. "Tak kira. Sampai sana, I nak you urut I. Penat tau muscles I ni."
"Anything for you, Jenny..." Bella melayangkan flying kiss kepada pengurusnya merangkap kawan baiknya itu. Pintu kereta dibuka dan dia memboloskan diri ke dalam tanpa menghiraukan Jenny yang buat muka.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
"I know it's your plan with my mummy Sherri. If not, my dad takkan tiba-tiba tempahkan vila kat sana untuk I. Tell me, what did your plan with my mum haa??" Tempelak Syed Hayden sambil memandang panorama Kuala Lumpur dengan wajah yang agak menegang. Jika alasan Sherri sama dengan kedua-dua ibu bapanya, dia akan menyerah diri pergi ke sana.
"Hyde... You have been working a lot tau. Just relax your mind in this place and maybe something good will come up. Who knows? I dengan mummy you just risaukan you, especially your mum. Dia tak nak you jatuh sakit. You kan satu-satunya pewaris dia?" Sherri tukar ton suaranya supaya kedengaran sedih dan sayu, tapi pada masa yang sama terselit nada risau.
Syed Hayden tersenyum sinis. "You ni kan,, sekali lagi you buat benda pelik macam ni, I'll never agree to hide you from Jericho. Dia dah gila dekat London sana, you kacau hidup orang kat sini."
Dengar saja nama Jericho, Sherri panik. "No! You tak boleh bagitau dia. I tak nak dia cari I. He's not a good man!"
"You're his damn wife, Sherri! You tahu hukumnya kan?"
Sherri menggeleng-geleng. "No! He's not my husband. Dia yang paksa I in this marriage. Even he is your closest friend, you tak boleh bagitau I kat mana."
Syed Hayden ketawa kecil. "Remember, Sherri. Nasib you kat tangan I. You buat hal lagi, just reunion with Jericho."
"Ok, fine! Ni yang last. I'll never do this again. See you there. Bye." Dengan suara tegang, Sherri tutup panggilan.
Syed Hayden mengeluh. "Sherri... Sherri..."
YOU ARE READING
The Billionaire's Lost Love
RomanceSYED HAYDEN RAYKARL, Kehilangan si 'dia' , membuat si jutawan kacak ini tidak senang duduk. 3 tahun, Syed Hayden menanggung dendam rindu yang menyeksa dirinya. Dia nekad, jika ditakdirkan dirinya akan bertemu si 'dia', akan ditebus silapnya yang du...