Spontan, Bella menoleh saat mendengar deep voice itu. Dia tergamam. Melihat mata itu redup memandangnya. Tidak seperti tadi, macam nak baham dia hidup hidup pun ada.
"Again, you?!"
"Oh, dear. I thought you forget about your phone?" Alat peranti bewarna gold itu dilayang-layangkan di udara dengan senyuman mengejeknya.
Bella tegur liur. Bell, boleh pulak kau tertinggal dalam bilik dia?!
"Give it back," pintanya sedikit merayu.
"I'll give this back but not for free."
"Fine, you nak apa?"
Syed Hayden ketawa jahat dalam hati. Wanita itu jelas menunjukkan sifat-sifat Hayra. Mudah mengalah, senang untuk buat bincang. Simple and not complicated, dia suka.
"Malam ni, meet me at my room. We should finish what we had discussed before, sweetie." Tegas dia bersuara.
"Kalau I tak nak?" Sengaja, Bella menyoal walaupun dalam diam dia menyetujui. Dia nak semua ni habis cepat-cepat. Tidak mahu berurusan dengan Syed Hayden lagi.
"I kena buat cara I lah. You know me well, sayang."
"I kena fikir..."
Belum sempat Bella menghabiskan ayat, bunyi pintu dibuka dan suara lantang Jenny bergema, bulat matanya apabila namanya diseru.
"Bella! Siap belum mandi? Kita ada meeting kejap lagi."
Senyap.
Kening Jenny bercantum. Senyap je budak ni? Pintu bilik Bella ditolak, tapi kelibat wanita itu tidak kelihatan. Langkahnya segera diatur ke pintu bilik air.
"Bell?"
"Yes, Jenny I'm here! Kenapa?" Bella bersuara sambil menepis tangan kekar Syed Hayden yang mengusap pehanya yang terdedah. Dia tak boleh bergerak seinci pun sebab dikunci kemas dalam dakapan lelaki itu.
"Tepis lagi, I kiss you," amaran diberi, tak puas hati sebab tangannya ditolak dari menyentuh kulit licin itu.
Dahulu, dia mana pernah sentuh Hayra dengan intim sebegini sebab gadis itu seorang yang lemah lembut dan penurut. Tapi sekarang, degil, kuat memberontak dan melawan. Is it true you're Hayra or just Bella Rosaline? Syed Hayden keliru.
Kali ini, hidung mancungnya pula merayap pada leher jinjang itu. Haruman rose yang terbit buat dia terbuai. Cengkaman pada pinggang ramping Bella diketatkan lagi.
"Lama betul you mandi. Cepat sikit kita ada meeting jap lagi. I nak pergi pantai jap nak pantau apa yang patut. Nanti I balik, kita pergi sekali ok?"
Belum sempat mendengar respon Bella, Jenny berlalu pergi.
"Dah, lepas! Jenny dah pergi." Bella meronta-ronta.
Tidak mahu memaksa, Syed Hayden melepaskan tubuh itu. Pandangannya jatuh pada Bella yang membaiki satin robe yang sudah melurut dari bahu.
"Jangan lupa, malam ni. My room." Bisiknya perlahan sambil meletakkan kad biliknya di atas kaunter sinki.
Sebelum melangkah pergi, Syed Hayden menoleh pada Bella yang sudah berkerut keningnya.
Dah kenapa dia ni?
" I lupa something."
"Apa dia? Cepatlah, kejap lagi Jenny sampai."
Rahang Bella dipegang dengan tangan kanan manakala, tangan kirinya memaut erat pinggang itu.
Cup!
Bulat mata wanita itu dengan tindakan beraninya. Kaku sekejap Bella apabila Syed Hayden mengucupnya.
"Hey you..." belum menjerit, jejaka itu menahannya dahulu.
"Thanks for the kiss, baby." Syed Hayden tergelak sinis lalu melangkah keluar dari suite Bella.
"So hard to resist your luscious lips, dear."
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Jam menunjukkan pukul 5 petang, dan sebentar lagi kru-kru akan mula untuk memasang apa yang patut bagi photoshoot di pantai. Tema sunset merupakan fokus Sherri Hill untuk summer collection tahun ini.
Pemiliknya, Sherry sengaja memilih Avani Gold Coast Resort ini kerana kedudukan matahari yang strategik apabila sunset, memberi lebih panorama semulajadi untuk koleksinya tahun ini.
Model-model pula sedang bermekap dan bersiap sedia manakala Sherry meninjau keadaan sekeliling. Bunyi telefon mula menganggu sedikit sebanyak fokusnya.
Melihat nama pemanggil, dia mendengus.
"You nak apa, Jericho? I sibuk ni,"
Jericho hela nafas berat. "Do you think we should end this?" Soalnya, hiba.
Kening Sherry bertaut. "End what? Jericho, straight to the point please. I tak banyak masa ni."
"We should end our marriage." Berat Jericho menuturkannya.
Tergamam Sherry sebaik sahaja lelaki merangkap suaminya itu menghabiskan bicaranya.
"Sherry!"
Mendengar jeritan salah seorang stafnya, pantas Sherry buka mulut. "Kita discuss nanti, ya? I sibuk sangat. Bye!" Talian dimatikan dan bergegas dia mendapatkan stafnya itu. Tidak mempedulikan perasaan Jericho yang juga selaku suaminya.
Ini kisah dia. Sherry mengharapkan bahagia dalam hidupnya selepas derita. Tetapi, lain pula jadinya. Makin menderita dia. Makin lama, harinya seperti tiada seri. Entahla, malas nak fikir.
Di sana, Jericho hela nafas panjang. Sekali dengar, seperti sedang menghadapi masalah besar. Semua ini terjadi sebab dia. Kerana dendam, Sherryna, isterinya terhukum tanpa sengaja. Kerana perangainya, Sherry telan semuanya.
Bila Sherry pergi, baru dia tahu buka mata seluasnya. Dahulu, kaca dijulangnya tanpa menyedari kehadiran permata berharga disisi. Silapnya, sikap bodohnya, isterinya yang menelan.
Sekali pejam mata, laju air mata lelakinya menuruni pipi. Tidak pernah dia menangis untuk wanita termasuk ibunya sendiri.
Jericho tahu, perkahwinan ini akan buat isterinya itu lebih terikat dan terseksa. Biarlah kali ini dia yang berkorban untuk wanita itu.
Come on, Jericho. Do you give up on your own wife? She's already yours. A woman that called wife should be by his husband's side.
Ada suara berbisik. Jericho mengesat airmatanya. Kata-kata yang terngiang di mindanya itu sedikit sebanyak menyedarkannya.
Di luar sana, ramai lelaki mendambakan isterinya. Tidak! Dia tidak akan benarkan lelaki-lelaki tersebut merampas Sherry darinya.
Sherry hak dia!
Miliknya selamanya.
Kali ini, kepulangannya ke Malaysia tidak akan sia-sia. Dia akan pastikan Sherry pulang ke pangkuannya. Mahupun secara rela atau paksa.
Sherryna Evelyn Hill selamanya milik dia. Tekad Jericho. Niat untuk melepaskan isterinya dihapus serta merta.
YOU ARE READING
The Billionaire's Lost Love
Roman d'amourSYED HAYDEN RAYKARL, Kehilangan si 'dia' , membuat si jutawan kacak ini tidak senang duduk. 3 tahun, Syed Hayden menanggung dendam rindu yang menyeksa dirinya. Dia nekad, jika ditakdirkan dirinya akan bertemu si 'dia', akan ditebus silapnya yang du...