"SAYA sudah mencari ke serata Malaysia, Dato'. Semuanya clueless. Kalau Dato' nak, saya boleh teruskan pencarian ke luar negara."
Kata-kata dari Wais itu cukup buat dia termangu sendiri. "No. Tak payah. Kali ni, biar aku bertindak sendiri." Syed Hayden menyisip kopinya seusai berkata.
"Aku nak kau siasat ke mana Hayra memghilang semasa accident tu. Aku yakin, parents dia yang bawak dia jauh dari aku."
Wais hanya mengangguk-angguk mengerti. Tiga tahun lalu, Malaysia digemparkan dengan berita nahas bosnya dengan Cik Hayra. Dia cukup kenal dengan gadis itu, malah pernah berkali-kali diarahkan untuk melindunginya ketika Syed Hayden outstation. Orangnya ayu, sopan dan lemah lembut dalam berbicara. Patutlah bosnya itu benar-benar melindungi dan menyayangi Cik Hayra sehingga sanggup berhabis duit bagi menjejaki gadis tersebut.
"Baiklah, Dato'. Ada apa-apa lagi?"
Syed Hayden menggeleng. Setelah Wais keluar, fikirannya menerawang jauh. Sejak gadisnya menghilang, hidupnya bagai tiada arah. Dia tahu, sejak dari awal hubungan mereka mendapat tentangan daripada Puan Riana dan Tuan Faruq. Tapi, dia tidak peduli. Perasaan dan cintanya terhadap Hayra memang dalam dan tidak dapat dibendung. Dia terlalu sayang dan cinta akan wanitanya itu.
Bunyi telefon memecahkan lamunannya. Nampak sahaja siapa si pemanggil, terus diangkat.
"Yes, mummy?"
"Hyde sibuk ke sekarang?"
"Tak, kenapa? Do you need anything?"
Puan Sri Syarifah Aleeya tersenyum. Bagus, nampaknya plan dia dan Sherri akan berjalan lancar. "Nanti, Hyde dinner la dekat vila. Mummy ada masakkan your favourite food."
"Ok, mum. Nak Hyde ajak Qayra sekali?"
"Tak. Ni antara mummy, daddy and you."
Syed Hayden mengerutkan dahi. Selalunya, bila sebut tentang Qayra mummy akan okey saja mengajak gadis itu makan di rumah. Tanpa mengesyaki apa-apa, panggilan ditamatkan.
Bunyi interkom buat dia tersentak.
"Dato', Tuan Dayren sudah sampai. Nak saya jemput dia masuk?"
"Yeah, just let him in."
Bunyi pintu dibuka, terus Syed Hayden angkat muka. Wajah kawan karibnya itu dipandang.
"Hyde, kau kena tolong aku!" Dayren berkata resah. Rambutnya jelas menunjukkan bahawa dia dalam masalah.
Syed Hayden membetulkan posisinya. "Kau kenapa? Macam besar je masalah kau?"
"She's missing!"
"Then? Kau bukannya tak mampu nak hire private investigator. Is she that important to you?" Kopi yang hampir sejuk disisip. Wajah kacak sahabatnya itu diperhati sekali lagi.
Dayren mengeluh. "I feel that feelings, bro. Macam mana rasanya hilang seseorang yang kita sayang."
Syed Hayden tergamam. Perasaan rindu yang tidak berbalas ini menjadikan hidup nya seolah-olah tiada seri. Datanglah beribu-ribu wanita pun, Hayra seorang hanya dia nanti.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
BAJU-BAJU yang sudah cantik dilipat dimasukkan ke dalam bagasi yang sudah terbuka luas di atas katil itu. Sejujurnya, dia tidak tahu rupa Avani tu macam mana. Dan, dia harap tempat itu merupakan tempat yang tenang berdasarkan tema shooting yang diatur Sherri Hill.
Selepas memasukkan baju-baju yang diperlukan selama seminggu, Bella mengambil Victoria Secret makeup pouch untuk mengisi alat soleknya dan skincare yang diperlukan.
Toner berjenama Pixi yang sudah sedia ada di atas katil itu diambil. Ketika ingin memasukkannya ke dalam pouch, botol hijau pastel itu terjatuh di atas lantai. Fuh, mujur plastik, kalau kaca memang naya.
Ketika hendak mencapai botol itu, dia terperasan sesuatu yang berkilau diatas lantai parquet yang berwarna coklat gelap. Patutlah selama ini tidak perasan. Rantai itu diambil dan diperhati. Cantik sekali rekaannya. Seperti ditempah khas. Bella baca perkataan yang tertera pada rantai emas putih tersebut.
'HAYDEN'
"Hayden? Who is Hayden?"
"You're the only one for me, babygirl."
Bella terasa dunianya berpusing. Dari Mana ayat itu datang? Kepalanya dipegang. Kenapa seperti macam pernah dengar saja ayat itu? Dia mengambil keputusan untuk tidur sebentar kerana itu saja cara bagi menghilangkan peningnya. Rantai itu masih erat di dalam tangannya.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

YOU ARE READING
The Billionaire's Lost Love
RomanceSYED HAYDEN RAYKARL, Kehilangan si 'dia' , membuat si jutawan kacak ini tidak senang duduk. 3 tahun, Syed Hayden menanggung dendam rindu yang menyeksa dirinya. Dia nekad, jika ditakdirkan dirinya akan bertemu si 'dia', akan ditebus silapnya yang du...