Bab 4

43 5 2
                                    

" Assalamulaikum". Tasha Asila  menanggalkan  kasut kerja lalu diletakkan kemas   bersebelah kasut ibunya.

" Waalaikumusalam ". Puan Julia tergesa gesa membuka pintu. Dia tersenyum melihat anak daranya. Tasha Asila melabuhkan punggung.

" Adik, kerja Hari ni ok?. Soal Puan Julia sambil melihat anak daranya dari ekor Mata.

" Penat la mak. Customer ramai Hari ni". Keluh Tasha Asila lalu memegang pinggang.

Kerja mana tak penat. Badan mana tak rasa letih tetapi demi ibunya dia sanggup. Abangnya masih belajar Di USM. Ayahnya pula dah lama bercerai sejak Tasha Asila Tingkatan 4. Ayahnya terjumpa dengan Datin. Sungguh hatinya pedih.

Ayah yang selama ini dia sayang berubah hati kepada orang lain semata- mata mengejar duit dan pangkat namun seorang wanita yang bernama Julia tabah dengan dugaan menimpa.

"Tak pandai Jaga laki, tu laki cari lain". Selalu dah Tasha Asila dengar tapi Tasha Asila mempertahankan ibunya.

" Makcik pi beli insurance mulut. Jangan nak kata kat orang. Jangan Jaga tepi Kain orang kalau diri tu tak sempurna". Makcik bawang mana berani nak lawan cakap Tasha Asila.

Hatinya tersayat apabila melihat ibunya tetap tersenyum walaupun hati dihiris sembilu tajam menikam kalbu.

" Mak masih ada anak- anak jadi mak tak sedih. Allah memberi dugaan sesuai dengan kemampuan hambanya". Bibir yang selalu tersenyum namun luka Di hati tak siapa Yang tahu. Kan ? .

Tasha Asila merenung lama wajah ibunya.

Tenang.

Damai.

" Ehm ok lah mak, Sha nak Mandi sat .pastu nak Lena. Mengantok la". . Tasha Asila menguap sambil menutup mulut.

"Nah mak". Ujar Tasha Asila sambil menghulur duit sekeping RM 20.00 .

" Ni duit apa?" . Soal Puan Julia termangu- mangu.

" Duit belanja". Ujar Tasha Asila sepatah cepat cepat melangkah laju masuk ke dalam bilik.

" Terima kasih adik". Puan Julia tersenyum sambil menggeleng kepala.

Di sebalik pintu bilik , dia tersenyum bahagia. Dia cuma harap selepas ini dia mampu membalas jasa ibunya.

Kedinginan malam membuatkan air menjadi Sejuk . Nyaman.  Usai mandi, dia terus ke menghempap badan  ke katil.

________________

" Kringgggg".

Jam Ayam berbunyi memecah keheningan pagi. Tasha Asila meraba-raba jam Ayam.

" Klick".

Jam Yang menandakan pukul 4.00 pagi membuatkan gadis itu terjaga. Dia mengikat rambut hitam miliknya lantas  terus menuju ke bilik air.

Air wuduk diambil dengan penuh Rasa tertib. Usai mengambil wuduk. Tasha Asila membentangkan sejadah.
Dia memakai telekung serba putih . Wangian Downy menusuk hidung.

" Sah , mak basuh kain telekung ni". Monolog Tasha Asila sendirian.

Dia berdiri menghadap kiblat, merendahkan kepala dan mengucap istighfar berkali Kali. Terkumat kamit bibirnya.

" Allahuakhbar".  Tasha Asila memulakan solat sunat tahajud dengan merendah diri. Waktu yang tepat untuk seorang hamba Allah bermuhasabah diri ketika semua yang lain tidur.

Solat sunat tahajud adalah solat sunat untuk seorang hamba berterima kasih dengan setiap pemberian Allah. Ia mendekatkan diri kepada Allah.

" Alhamdulilah, aku berterima kasih padamu. Segala rezeki yang engkau bagi tak terhitung jumlahnya. Alhamdulilah". Air Mata mengalir Di pipi gebu milik Tasha Asila.

" Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman 13. Bisik hatinya berkali- Kali dan Tasha Asila terlena selepas membaca Al- Quran.

Puan Julia menyelak tirai  bilik  anak gadisnya. Alangkah bersyukurnya seorang ibu apabila mendengar doa anaknya.

" Sebagai hamba kita selalu meminta tapi kita lupa untuk mensyukuri nikmat Allah . Salah satu kehebatan Allah apabila Allah tak meminta apa pun sebagai balasan. Allah mahu kita tunduk dan tidak mendustakan rezekinya.

" Amin ya Rabb, terima kasih ya Allah. Anak- anakku adalah satu hadiah terindah untukku". Puan Julia mengelap air Mata Yang mengalir dipipi.

________

Suasana  disko di kawasan Bukit Bintang kian rancak dengan lampu lip lap. Music remix membuatkan anak muda hanyut dan terleka.

Di satu sudut, seorang lelaki leka berciuman dengan seorang gadis yang memakai skirt separas paha sambil meneguk air kencing syaitan .

Adegan bersentuhan antara lelaki Dan perempuan adalah perkara biasa bagi tempat seperti Bukit Bintang.

Wang Jiae duduk Di satu tempat yang tersorok. Kepalanya mengikut rentak lagu remix  oleh Dj King.

" Are u alone?". Ujar seorang perempuan berskirt merah separas paha. Wang Jiae terliur. Hati lelakinya tak kuat menepis dugaan Di hadapannya.

" Siapa? Nak teman ke?". Wang Jiae tersenyum nakal. Matanya galak menjamah setiap inci tubuh Sally. Nafsu lelaki kian memberontak.

" Sally . Boleh jugak". Gadis tersebut memeluk Wang Jiae. Gadis itu mengeratkan pelukan kerana dia mabuk.

Sally separuh mabuk menarik tangan Wang Jiae.

" Wanna follow me?". Soal Sally separuh berbisik.

________________


Hey! Miss Right, Aku Ingin KamuWhere stories live. Discover now