Bab 9: throwback Si Aizam

30 2 0
                                    

2012....

Tik

Tik

Tik

Hujan membasahi bumi dengan lebatnya. Aku berdoa di dalam hati kerana hujan itu rahmat diberi daripada Allah seraya menolak
basikal ku  perlahan lahan menuju ke gazebo sebuah taman.

Kisah paling tak best apabila tangan terkena minyak basikal.

" Fuh lega, basikal ni pun asyik buat hal". Akhirnya rantai basikal pun diketatkan. Aku ternampak si geng pembuli kat sekolah. Boleh dikatakan aku mangsa buli . Nak bersembunyi pun dorang dah nampak.

" Ekh, budak nerd kat sinilah. Alang- alang kat sini mai la sini". Botak tayang Gigi. Kamal dan Rizal hanya mengikut saja macam 'henchman' dah aku rasa .

" Bala apa pulak datang ni? ". Kenapa aku cakap 'Bala' sebab pembuli ni memang nakal sikit, kat luar sekola nak buli terutama Aku ni. Aku bukan lembik cuma Aku malas nak gaduh. Nanti tak pasal Cikgu Rahim a.k.a bapa aku malu. Yelah anak cikgu buat hal riuh satu sekolah.

" Pekak ke syial? Kau nak datang sini atau Aku nak pergi kat kau". Jeritan si Botak menghentikan terus lamunan.

"Err errr Aku datang". Tergagap jugak aku menjawab.

" Kan bagus macam ni, bak dompet kau". Pinta Botak dengan paksa. Gejala buli dalam kalangan pelajar lelaki memang ada sejak turun temurun.

" Nama kau Aizam, eh miskinnya kau..duit kau memang takda ei". Sinis saja Botak memandang Aku. Kalau Aku Badang Aku lempar dia dekat laut.

" Aku xdak duitlah". Aku cuba memberanikan diri.

Debush

Satu tumbukan hinggap dipipi Aku.  Spek mata yang Aku pakai terjatuh ke tanah. Mata aku sedikit samar.

Aku geram, aku cuba melawan tetapi Aku tengah lawan 3 orang mana boleh menang. Si dua orang ' henchman menahan lengan aku jadi Aku tak boleh gerak.

Debush!

Debush!

Muka ku ditumbuk bertubi tubi. Bibir pecah. Serentak dengan itu perut pula Di sepak dan Di terajang . Sakit weyh! Badan Aku mula Rasa lemah longlai tapi Botak dan geng dia tak Ada belas kasihan.  Botak terus memegang kolar baju aku .

" Mana duit kau, bagi kat Aku"

" Aku takdak duit lah".

Botak meraba kocek seluar aku. Dalam payah aku cuba menahan tetapi tumbukan tepat kena muka Aku sekali lagi. Mereka ingat Aku
' punching bag'

" Ya Allah, Aku mengadu lemahnya Aku. Tolong lah Aku. Aku lemah Ya Allah".

Air Mata pun keluar Di kelopak mata. Badan sendiri pun tak mampu menahan pukulan samseng tak berapa nak siap tu. 

Aku berharap ade orang lalu Dan tolong Aku. Sakit betul kena pukul ni. Kalau Aku macam The hulk takpe jugak, ni macam lidi.

" Woi apa nangis wo". Giliran Kamal mengejek.

" Dasar lelaki lembik". Rizal pula menambah.

"Setakat ramai boleh la, Cuba seorang tengok. Tunjuk samseng tahik kucing konon". Aku gelak sinis sengaja provok.

" Berani kau ei dengan kitorang. Sini Aku ajar kau". Botak mengenggam buku lima sedia mendarat ke  muka aku sekali lagi tetapi belum sempat dia buat ,seorang lelaki sebaya Aku menjerit dari jauh.

"Woi? Korang buat apa tu ha" .

Tubuhku Rasa longlai, Aku terbaring Di tanah tapi Aku Masih sempat melihat aksi dalam filem " crow zero". Real kut rugi tak tengok.

Dia terbang bagaikan gagak hitam, satu flying kick terkena tepat pada muka Botak. Botak sakit menahan Rasa. Bukan dia saja Yang kena malah Rizal dan Kamal pun turut terkena tempias. Mereka lari lintang pukang meninggalkan aku yang terbaring lesu.

" Padan muka". Kataku Dalam hati lalu pengsan.

Muka ku terasa basah dan air tu termasuk hidung. Aku bangun terkejut. Sah dia tuang air kat muka Aku.

" Ekh kau". Aku terpempan melihat lelaki sebayaku berambut panjang tetapi lambang sekolah yang berlainan  tapi Aku kenal dia. Dia kan anak orang Kaya. Siapa tak kenal mamat cina tu. Shun Lee anak usahawan perabot jati tapi teror berbahasa melayu. Lagipun ade orang cerita dia berminat agama pasal Agama Islam.

" So kau dah tersedar. Seronok kena belasah". Sinis saja bunyinya.

" mana Ada Aku kena belasah". Pipiku sakit menahan pedih

" Itu apa, blusher? ". Lawak selamba membuatkan aku ingin ketawa tetapi ditahan disebabkan Rasa sakit.

" Jom".

" Pi mana?"

"Klinik"

" Aku takde duit lah

" Jom jelah

Aku  menyorong basikal.

" Pak mat , letak basikal tu Dalam bonet. Kita pi klinik". Ujarnya  kepada driver.

" Lawa siut". Aku ternganga melihat kereta bmw. Bertuah betul dapat Naik kereta Mahal.

" Hei, kau nak tunggu senja ka?". Soalnya. Aku menggeleng kepala. Aku terus duduk Di belakang .

" Anak ni nama apa?". Soalan Pak Mat memecahkan kesunyian dalam kereta.

" Saya Aizam". Aku tersenyum nipis.

" Ouh, Aku Shun so selamat berkenalan". Shun menyampuk sambil menghulurkan tangan sambil tersenyum.

" Maaf na, Shun ni takdak kawan sangat tapi sekarang mungkin dia dapat dah kawan".

" Ekh Pak mat ni perlu pulak"

Shun bergelak ketawa dengan Pak mat. Aku turut sama tergelak Walaupun pipi sakit.

" Argh mamat ni macam budak jahat , Aku selalu nampak dia pukul orang tapi kenapa dia tolong Aku? Mungkin dia tolong pertahankan orang macam aku jadi dia tak kisah apa  orang cakap. Macam pak Aku cakap

' jangan tengok luaran orang, mungkin mereka ada hati bercahaya yang kita takde'

Hey! Miss Right, Aku Ingin KamuWhere stories live. Discover now