"Selamat pagi kak ros ". Ujar Shun Abdullah sambil menarik kerusi meja makan.
Sarapan yang terhidang di atas meja membuatkan Shun merasa lapar.
" Tuan mahu apa?". Soal Bibik tersenyum Manis.
"Emmm". Shun berfikir sebab sarapan banyak Di atas meja.
" Takpala,saya boleh buat sendiri. Bibik p sambung kerja lain ok". Ujar Shun tanpa melihat wajah pembantu rumahnya.
Shun hanya mengambil roti bakar telur separuh masak sahaja.
" Bibik, nanti makanan ni buang ja. Kalau Bibik nak balik , Bibik bawak balik bagi anak-anak makan". Shun terus berlalu menuju ke garaj kereta.
Selepas mendengar bunyi deruman Mini Cooper milik tuannya meninggalkan kawasan perumahan Bibik hayati mengeleng kepala.
" Makannya dibuang-buang, aku tak tahu ah mau gimana dengan makanan Yang banyak begini". Omel Bibik Hayati. Akhirnya dia membungkus makanan tersebut lalu diberi kepada jiran.
_______
Shun disambut dengan baik. Semua pekerjanya begitu hormatinya kerana Di sisi Yang lain, Shun nampaknya begitu displin dan ia menjadi contoh buat pekerjanya Yang lain. Shun Abdullah a.k.a Mr perfect Dalam aspek pekerjaan. Dia yang merupakan Usahawan teknologi dalam usia yang cukup muda .
"Awal Hari ni boss besar". Sapa Aizam sambil membontoti Shun dari belakang.
Aizam yang merupakan rakan bisnes sekaligus merangkap kawan baik Shun Abdullah.
" Aku ada apa-apa meeting tak? ". Shun melihat muka kawan baiknya sambil tersengih.
" Eh,kau ingat aku P.A kau?. " Soal Aizam .
" Hehehe.. apa salahnya". Jawab Shun Abdullah. Dia merenung ke luar tingkap pejabatnya.
" Satgi keluar makan dengan aku. Kau belanja". Aizam tersengih menampakkan gigi yang tersusun rapi.
" Aku busy, kau pi lah keluar makan dengan Ainur . Kesian tunang kau nanti dia murung". Shun Abdullah mengusik sahabatnya.
" Kedekut eh, dengan aku pun nak berkira. Aku tak boleh la keluar selalu. Mak Ainur tak bagi 'green light'. Aizam mengeluh kecil.
" Alah kau, hujung tahun kau nikah kan dengan Ainur. Chill bro". Shun Abdullah menepuk bahu kawan baiknya.
" Mak dia Kata masa bertunang ni darah Manis". Sambung Aizam Abdullah lagi.
Shun Abdullah tergelak kecil. Biasalah orang tua memang suka dengan perumpamaan seperti itu.
" Haa kau bila pulak ?, Umur kau bukan muda sangat pun". Ejek Aizam.
" Jodoh tak sampai". Balasnya acuh tak acuh.
Aizam mengeleng kepala.
Kadang-kadang Aizam tak tahu apa yang Shun Abdullah fikir. Dia bukannya tak da apa- apa cuma dia tahu kawan baiknya adalah ' player' yang cukup digilai wanita.
'bujang terlajak laris'. Bisik hati Aizam membuatkan dia tersengih sendirian.
" Dok sengih ni kau dah kenapa?". Shun Abdullah pelik dengan tingkah Aizam.
" Aku pelik lah, kau ni bukan tak segak,bukan tak Kaya. tapi why tanak kahwin? Kahwin ni best kot". Soal Aizam memandang wajah Shun.
" Perempuan ni complicated so aku Malas". Shun Abdullah malas nak melayan karenah Aizam.
" Hmmm jangan-jangan kau gay". Tembak Aizam sekadar melawak.
" Eh kau, dah pi masuk pejabat kau". Shun Abdullah menolak tubuh Aizam keluar . Pintu terus ditutup.
Dari luar pejabat, Aizam tergelak. Bukan apa. Shun Abdullah sentiasa serious. Mana pergi Shun Abdullah Yang skema, kelakar dan periang.
Masalah Yang membuatkan Shun hilang Rasa sayang pada diri sendiri. Kalau tak sebab perempuan tak guna tu. Kawan aku takkan berubah 90 darjah camni. Aizam cuma menggeleng kepala.
" Kesian kau, aku harap satu masa hati kau terbuka lagi.itu doa aku". Bisik hati Aizam sambil tersenyum.
YOU ARE READING
Hey! Miss Right, Aku Ingin Kamu
عاطفية" jangan ingat awak Kaya, awak mampu beli orang dengan duit" -Tasha Asila " Why not, jangan bajet bagus lah". - Shun Abdullah Shun Abdullah selalu meremehkan perempuan tapi perempuan gilakannya. Adakah wajahnya? Duit? Atau hati? . Shun tak pernah me...