Bab 18

7 1 0
                                    

Irene's POV

"Alright. Class dismissed." Serentak itu loceng berdering menandakan waktu sekolah telahpun tamat. Aku cepat-cepat mengemas buku dan alat tulis. Langkah aku yang sudah menghampiri pintu kelas terhenti apabila Isha menahan aku.

"Kau laju-laju nak pergi mana ni? First time aku nampak kau tak sabar-sabar nak balik." Aku tersengih. "Tak ada lah. Aku tak nak Kak Tiara tertunggu-tunggu je." Dengan itu, aku melambai ke arah Isha dan terus berlari turun tangga dan keluar sekolah.

Kenapa aku excited nak balik? Aku nak cepat balik sebab aku dah perhatikan Selina selama 5 minngu dan ni kali pertama dia hubungi Crimson Killer selepas perjumpaan diorang dekat gudang hari tu. Diorang kata nak jumpa dekat gudang yang sama.

Aku nak cepat-cepat balik supaya dapat tukar baju dan set up dekat gudang tu. Dengan cara ni, aku dapat dengar perbualan diorang walaupun aku berada jauh dari tempat perjumpaan diorang. Selepas aku siap dengan semua persiapan yang diperlukan, aku cepat-cepat memesan Grab ke kawasan gudang terbiar tersebut.

Sesampai sahaja, aku terus memasang kamera kecil di semua penjuru gudang tersebut untuk memastikan aku dapat merakam keseluruhan perjumpaan tersebut. Perakam suara juga aku letakkan di tempat-tempat yang agak tersorok. Semua peralatan ni bersambung dengan telefon aku supaya dapat memudahkan aku memerhatikan mereka.

Setelah yakin yang semua peralatan aku berfungsi dengan elok, aku memanjat tangga yang akan membawa aku ke bumbung gudang sebelah lalu menunggu ketibaan mereka. Beberapa minit berlalu dan masih tiada sesiapa yang muncul.

Aku yang baru sahaja bangun dari duduk aku terduduk semula apabila terlihat tiga buah motor membelok dengan laju dan berhenti dengan mengejut tepat di hadapan gudang tempat perjumpaan mereka.

Aku cepat-cepat menyorok di sebalik penghadang batu supaya mereka tak nampak aku. Beberapa minit berlalu dan aku terdengar deruman kereta Selina yang menuju ke arah kawasan gudang yang sama. "Hey. Sorry for being late. Again." Suara Selina kedengaran melalui earphone aku.

Aku dapat dengar suara Crimson Killer mengeluh. "Whatever. Let's get this over with." Kali ni, aku dah tak perlu intai-intai diorang. Aku cuma perlu perhatikan diorang dari video yang dirakam kamera-kamera aku. Raut wajah aku yang gembira bertukar menjadi keliru apabila Selina mengeluarkan beberapa fail daripada kotnya.

Hanis's POV

"Hey. Sorry for being late. Again." Aku mengeluh walaupun aku tahu dia akan datang lambat. "Whatever. Let's get this over with." Nada suara aku yang serius membuatkan Selina mengangguk lalu mengeluarkan beberapa fail dari kotnya.

"These are the files about Agent MA and Agent AM. It's not much but it's all I could find on the agency." Tiba-tiba raut wajah Selina bertukar sedih kemudian bertukar marah dan bertukar sedih semula. Kening aku berkerut melihatkan perubahan ekspresi muka Selina.

Perlahan-lahan tangan aku mencapai fail-fail yang dikeluarkan Selina tadi. "Thanks. Is this all?" Selina mengangguk perlahan. "Yeah. This is all." Aku memandang wajah Selina yang menunjukkan rasa risau. Perasaan ingin tahu aku cuba abaikan lalu aku bangun diikuti dengan Rul dan Jai.

"We'll be going now. If you need us, you'll know where to find us." Sama seperti perjumpaan kami yang lepas, Selina menggenggam lengan aku. Aku tundukkan kepala agar dapat melihat wajah Selina. Mata aku terus terpandang mata Selina yang berair.

"Be careful, Crimson Killer. She wouldn't like it if you were killed before you finished your mission." Sekelip mata sahaja Selina sudah melepaskan tangan aku dan terus menghilang ke dalam keretanya. Aku hanya mampu melihat kereta Selina berlalu pergi menjauh dari pandangan aku.

"Hey, CK. Are you okay?" Aku yang baru tersedar dari lamunan aku hanya mampu mengangguk dan terus menuju ke arah motor aku. Rul dan Jai hanya memandang aku dengan curiga lalu mengikut aku memecut ke tempat latihan kitorang.

Sepanjang perjalanan ke tempat latihan, aku sekali lagi tenggelam dalam lamunan aku sendiri. Siapa Selina tu? Aku kenal ke dia? Who did she mean by SHE? What does she know about my mission? Tanpa aku sedar, kami telahpun sampai di tempat latihan. Enjin motor dimatikan dan aku sangkut kunci di dalam garaj.

"Are you sure you're okay?" Jai bertanya dengan nada suara risau. Aku mengangguk lalu terus berlalu pergi dengan menunggang motor Ducati Panigale V4R aku. Percubaan aku untuk melupakan kata-kata pelik Selina gagal dan membuatkan fikiran aku terganggu buat sepanjang perjalanan.

Apabila sampai di rumah, aku terus naik ke bilik aku dan membaringkan diri aku di atas katil aku sambil memikirkan kata-kata Selina. Perlahan-lahan mata aku tertutup dan aku biarkan fikiran aku membawa aku ke alam mimpi.

Irene's POV

Beberapa minit telah berlalu sejak Crimson Killer pergi meninggalkan kawasan gudang ini dan aku masih di sini. Ayat terakhir Selina membuatkan dahi aku berkerut. Siapa yang dia maksudkan? Dia pernah kenal Crimson Killer ke sebelum ni? What mission?

Sedar tak sedar dah hampir 30 minit berlalu dan aku masih di atas bumbung tersebut. Aku memutuskan untuk memikirkan tentang hal tersebut di rumah. Setelah mengambil semula semua peralatan aku, aku memesan Grab lalu menuju ke kafe kegemaran aku.

"Hot chocolate, right?" Aku yang baru sahaja duduk di meja kegemaran aku tersenyum dengan kata-kata pelayan tersebut lalu mengangguk mengiyakan tekaan dia sebentar tadi.

Beberapa minit kemudian minuman aku sampai dan aku menggunakan kesunyian kafe tersebut untuk mengingat kembali kejadian hari ini.

Zzt zzt.

Telefon aku yang bergetar secara tiba-tiba mengejutkan aku dari lamunan aku.

"Hello. What do you want?" Nada suara aku kedengaran lebih kasar dari biasa. "Is that how you talk to me now?" Kedengaran Kayla mengeluh. Aku menjelingkan mata aku. "Kenapa kau call?" Walaupun nada suara aku tidak sekasar tadi, aku masih tidak sesopan seperti sepatutnya.

"Don't you remember? Lusa kau masuk kerja balik. Aku ada mission untuk kau. Solo mission. Jangan tak datang pulak." Kening aku berkerut mendengarkan arahan Kayla.

"Are you sure you can trust me for a solo mission right now?" "Yes. Now, remember. Lusa datang HQ." Kayla terus memutuskan talian tanpa membenarkan aku membantah.

Aku mendengus marah lalu menghempas telefon aku di atas meja. "Wow, Who made you this mad?" Suara Azrif yang muncul secara tiba-tiba membuatkan aku tersentak. Aku pusing memandang Azrif yang baru sahaja duduk di kerusi di hadapan aku.

"No one. It was no one." Azrif menggangguk perlahan lalu memesan minumannya.

Setelah sejam berbual dengan Azrif, aku pulang ke rumah dengan fikiran yang masih dipenuhi dengan kejadian petang tadi. Selepas menukar baju, aku baring di atas katil lalu memutuskan untuk menonton semula rakaman di gudang tadi.

Not So Sweet Of A RevengeWhere stories live. Discover now