Hanis's POV
"Who are you?" Pisau di tangan aku letakkan semula di atas meja. "Me? I'm the death of you." Sebilah pisau yang lebih kecil aku angkat lalu pusing memandang Dato' Imran. Jelas yang dia masih tak nampak anak perempuan kesayangannya yang masih pengsan.
Perlahan-lahan aku melangkah ke arah Irene. Dato' Imran yang baru sedar kewujudan anaknya cuba untuk melepaskan diri daripada ikatan aku. Malangnya untuk dia, ikatan aku terlalu ketat. "Who are you? Please don't hurt her. She's just a kid! I'll give you whatever you want!"
Kata-kata Dato' Imran menghentikan langkah aku. Aku meneruskan langkah aku dan berhenti di belakang Irene. Pisau di tangan kanan aku guna untuk belai pipi Irene. "What I want, you cannot give me."
Jawapan aku kepada tawaran Dato' Imran disusuli dengan picitan kuat ke hidung Irene. Disebabkan kekurangan oksigen yang mengejut, Irene terbangun lalu cuba untuk menepis tangan aku. Aku tergelak lalu melepaskan hidung Irene.
"What do you want?! I'll try and find it for you!" Senyum aku melebar mendengarkan kata-kata Dato' Imran. Dengan beberapa langkah sahaja aku dah berdiri di belakang Dato' Imran. Rambutnya yang nipis aku tarik ke belakang menggunakan tangan kiri.
Pisau yang kecil tetapi tajam tersebut aku tekan sedikit kuat pada lehernya. Mata aku tepat menikam ke dalam mata Irene seperti mencabarnya untuk selamatkan ayah tercintanya. "If you want to give me what I want, you would need to be able to give out lives."
Kepala aku menunduk supaya dapat memandang mata Dato' Imran. "What I want, is dead. You can't give me that......can you?" Aku mengukir senyuman lalu menolak kepala Dato' Imran ke depan selepas menjauhkan pisau dari lehernya.
Kaki aku melangkah ke arah meja lalu menukar pisau tadi kepada pisau yang lebih besar. Setelah memilih pisau yang sesuai, aku mencangkung di kiri kerusi Dato' Imran lalu meletakkan muncung pisau tersebut beberapa cm bawah matanya.
"Is that fear I see in your eyes?" Tanpa memandang matanya pun aku dapat teka yang Dato' Imran tengah takut. Tangan kanan aku menekan pisau tersebut dengan lebih kuat sehingga keluar darah. Perlahan-lahan aku menarik pisau tersebut ke bawah.
"Stop! Please, stop!" Jeritan Irene membuatkan aku terhenti. Pisau yang bedarah tersebut aku lap menggunakan sehelai kain hitam lalu diletakkan semula di atas meja. "Yes? Why did you stop me?" Dari jauh lagi aku dapat dengar nafas Irene yang tercungap-cungap.
"Hurt me instead. Please don't hurt him." Senyuman terukir di bibir aku mendengar rayuan Irene. "Aww. No need to be jealous. You will get your turn later." Aku membelakangkan Irene dengan berdiri di hadapan Dato' Imran.
"Meanwhile, we...will have some fun." Tangan kanan aku dihayun ke pipi kiri Dato' Imran. Tumbukan tadi diikuti dengan dua tumbukan pantas ke perutnya. Darah tersembur keluar dari mulut Dato' Imran ke kasut kiri aku.
"Oh no. You just ruined my favourite shoe. You'll pay for that." Kata-kata aku diiringi dengan tumbukan tepat ke muka Dato' Imran. Berdasarkan bunyi tadi, aku yakin yang hidung dia dah patah. Kemarahan yang aku simpan sejak aku umur 5 tahun meletus.
Fikiran aku dah tak ada apa-apa kecuali dendam. Jeritan Irene merayu aku berhenti pun tak dihiraukan. Aku menumbuk perut Dato' Imran bertubi-tubi membuatkannya memuntahkan sejumlah darah yang agak banyak.
Tiba-tiba sahaja tumbukan aku dihalang oleh seseorang. Kepala aku berpusing ke arah orang tersebut dengan pantas. Perasaan marah sebab diganggu hilang bila aku nampak wajah Karla. "Control your emotions."
Bisikan Karla menenangkan aku dari rasa marah yang meluap-luap tadi. Tangan yang dilumuri darah aku lap pada kot aku. Setelah menstabilkan nafas yang tercungap-cungap, aku mengalihkan pandangan kepada Irene.
Air matanya mengalir dengan deras apabila dia dapat melihat keadaan ayahnya. "What is wrong with you?! Doing this won't bring back who you lost!" Aku pura-pura berfikir tentang ayat Irene sambil berjalan ke arahnya.
"You're right. It doesn't bring back my loved ones. But revenge sure is sweet, isn't it?" Senyuman sinis yang mengiringi kata-kata aku membuatkan Irene mengetap giginya. Senyuman aku melebar lalu aku berjalan menjauhi Irene.
"I'll kill you! Do you hear me?! I'll kill you!" Aku tergelak kecil mendengar ugutan menyedihkan Irene. "Yeah. Sure." Sindiran aku menaikkan lagi kemarahan Irene. Tangan aku mencapai baldi yang dipenuhi air di belakang meja tersebut.
Dato' Imran yang kelihatan seperti sudah pengsan memaksa aku untuk menyimbah air untuk membangunkannya. "Don't you dare sleep." Perhatian aku bertukar kepada Irene yang masih menangis.
"No. Please don't cry. I'm so sorry." Irene memandang aku yang sedang mencangkung di hadapannya sambil cuba menahan esakan. Air mata yang masih mengalir di pipi Irene aku kesat perlahan-lahan. "Jangan lah menangis. Benda ni lambat lagi nak habis. Nanti air mata habis macam mana?"
Irene menjauhkan kepalanya dari sentuhan aku dengan wajah hairan. "Kau.....boleh cakap bahasa Melayu?" Senyuman sinis aku sekali lagi muncul. Aku berdiri lalu mengesat sisa air mata Irene sambil mengangguk perlahan.
"What? DId you think I'm a foreigner or something?" Ketawa kecil terlepas dari mulut aku membuatkan Irene sekali lagi menjauhkan kepalanya. Tiba-tiba sahaja aku terdengar pintu bangunan terbuka.
"I knew you were going to come, Agent Selina." Aku memberi isyarat untuk Rul dan Jai menurunkan senjata mereka lalu berpusing ke arah Selina. "Or should I say, Linda?" Kelihatan Linda tersenyum sambil berjalan ke arah aku.
"You remembered, huh?" Kening aku terangkat sebelah. "I know I heard the name 'Selina' before. Just didn't really figured it out." Linda tersenyum lalu memandang Dato' Imran.
"Ouch. That looked like it hurts." Dia berjalan ke arah Dato' Imran lalu menumbuk perut orang tua tersebut bertubi-tubi. "Hey! Don't have too much fun. I'm not done yet." Linda memandang aku dan aku tersentak melihat emosi yang bercampur dalam matanya.
Pandangan dia seperti merayu untuk aku bagi dia peluang untuk memuaskan dendamnya. Senyuman aku ukir lalu aku mengangguk perlahan. "Jangan risau. Lepas aku selesai, kau boleh buat apapun yang kau nak."
Linda tersenyum lalu duduk di salah satu kerusi yang tersedia. "Kenapa kau buat macam ni?! Apa yang aku dah buat dekat korang berdua?! Jawablah!" Pertanyaan Irene bergema di seluruh bilik tersebut. Aku mengabaikan Irene dan terus mengambil sebilah pisau yang belum digunakan.
Pisau tersebut aku tekan pada bahu kanan Irene. Mata aku dihala pada Dato' Imran. "Watch." Perlahan-lahan aku heret pisau tersebut dari bahu hingga ke siku Irene. "Ahhh! Stop it! Please!" Tanpa mempedulikan rayuan Irene, aku terus menghiris garisan baru pada paha kirinya.
"Kau nak tahu kenapa kitorang buat macam ni? Let me tell you a story."
![](https://img.wattpad.com/cover/206583842-288-k596920.jpg)
YOU ARE READING
Not So Sweet Of A Revenge
Mystère / ThrillerHanis Khairina. Seorang perempuan berumur 15 tahun. Dia mempunyai tiga identiti. A bully student with the name Nur Alisha by day, a hitman with the name Crimson Killer by night and an expelled student with the name Hanis Khairina at home. Dato' Imra...