Bab 23

5 1 0
                                    

Irene's POV

Buk!

Aku menggosok dahi aku yang sakit disebabkan hentakan tadi. Sejak pulang daripada sekolah, aku hanya berkurung di dalam bilik dan berusaha sedaya upaya untuk mencari maklumat tentang Selina dan Crimson Killer.

Tekaan asal aku yang mengatakan Selina menggunakan nama samaran tepat. Aku tak dapat jumpa sesiapa pun yang bernama Selina dalam database. Maklumat tentang Crimson Killer pula kebanyakannya classified. Hanya orang yang ada pangkat tinggi dalam Interpol je dapat akses.

Apa yang aku dapat tahu pasal dia ialah, penampilan dia dan jenayah pertama dia muncul sejak 5 tahun yang lepas. Tinggi, umur dan maklumat lain pasal dia, aku tak dapat akses.

Berdasarkan rakaman yang aku dapat daripada gudang hari tu, aku boleh anggarkan yang tinggi dia lebih kurang 160 cm. Umur dia pulak boleh dikatakan sekitar 20 tahun. Hampir semua yang aku tahu pasal Crimson Killer ni hanyalah tekaan.

Maklumat daripada Internet pun tak boleh dipercayai. Tak ada satu pun sumber yang memberi maklumat tentang Crimson Killer dengan penuh kepastian. Peribadi Crimson Killer ni terlalu bermisteri. Daripada apa yang aku belajar dengan Kayla, penjenayah ni selalunya nak sentiasa dikenali.

Tapi, walaupun populariti Crimson Killer ni agak tinggi, dia masih menyembunyikan banyak maklumat tentang diri dia. Biasanya, penjenayah yang terlalu berahsia ni, keutamaan dia bukanlah membunuh sahaja.

Maksudnya, Crimson Killer bukanlah psychopath yang hanya hidup untuk membunuh. Penjenayah yang baru bermula pasti akan buat salah. Tapi semua jenayah yang dilakukan oleh Crimson Killer dan pasukannya sentiasa sempurna. Tak ada cacat cela langsung.

Aku yakin yang Crimson Killer ni dibantu oleh penjenayah yang lebih berpengalaman. Satu-satunya waktu jenayah Crimson Killer dapat dirakam ialah oleh Agent AM. Hati aku kuat mengatakan yang waktu tu, penjenayah yang membantu Crimson Killer tak ada untuk memerhatikan dan memastikan diorang tak buat kesilapan.

Semua maklumat yang aku kumpul tentang diorang berdua, aku salin dalam buku nota aku lalu disimpan dalam laci yang berkunci. Aku memandang jam dinding aku dan agak terkejut apabila jam aku menunjukkan sudah pukul 9 malam.

Badan aku yang lenguh-lenguh terasa sedikit lega apabila aku baring di atas katil. Perlahan-lahan mata aku tertutup sambil masih berfikir tentang Crimson Killer.

Tit! Tit! Tit!

Alarm di telefon aku matikan lalu menggeliat untuk meregangkan badan. Aku meraup muka beberapa kali untuk menghilangkan ngantuk. Setelah selesai mandi dan bersiap untuk ke sekolah, aku turun untuk sarapan.

Kening aku berkerut apabila melihat tiada makanan disediakan untuk Papa. "Mak Esah, Papa tak sarapan sekali ke?" Mak Esah yang sedang menghidangkan semangkuk mihun sup untuk aku menggeleng perlahan.

"Papa dah pergi kerja, Cik Irene. Awal pagi lagi dia dah bertolak." Tiba-tiba sahaja aku terdengar bunyi enjin kereta yang sering dipandu Kak Tiara. "Ha, tu Kak Tiara baru balik dari hantar Papa pergi kerja. Eh, Cik Irene. Dah lambat ni."

Aku pandang jam tangan aku dan sedar yang aku memang agak lambat hari ni. Mihun sup di atas meja aku habiskan dengan cepat lalu aku menyalam tangan Mak Esah. "Bye, Mak Esah. Rene pergi sekolah dulu."

Aku masuk ke dalam kereta lalu menyapa Kak Tiara. "Pagi, Cik Irene." Memandangkan aku sudahpun lambat, Kak Tiara terus memandu ke sekolah dan menurunkan aku di depan pagar. Aku perasan yang Isha, Fir dan Naz dah pun sampai.

Tanpa perlu mencari tempat duduk Isha, aku terus melangkah ke bahagian belakang tapak perhimpunan dan duduk di sebelah Isha. "Lambat kau hari ni. Kenapa?" Isha bertanya tanpa memandang aku.

"Tidur lambat." Isha hanya mengangguk lalu sambung melukis. Aku cuba untuk tidak memandang lukisan Isha kerana aku tahu aku akan rasa lebih keliru tentang identiti Isha. Malangnya, mata aku mengabaikan arahan aku dan memandang lukisan Isha.

Mata aku terebeliak melihat lukisan Isha. Dia tengah melukis bangunan TSA. Pandangan aku beralih dari lukisan Isha ke muka dia. Siapa Isha ni sebenarnya. Macam mana dia tahu kewujudan TSA? Dia salah seorang agent ke?

Fikiran aku yang penuh dengan pertanyaan tadi tersedar semula apabila Isha memetik jarinya di hadapan muka aku. "What's wrong? Ada apa-apa dekat muka aku ke?" Aku menggeleng cepat-cepat apabila Isha mula menggosok-gosok mukanya.

"Cantik lukisan kau. Bangunan apa ni?" Isha menutup buku lukisannya apabila pengawas mengumumkan perhimpunan bersurai. "Aku suka warna merah. So, aku cari je bangunan warna merah. Bangunan ni buat aku tertarik."

Aku hanya mengangguk dengan harapan yang kata-kata Isha tu betul. Lokasi Headquarters TSA tak boleh terdedah kepada sesiapa pun. Tangan aku ditarik oleh Isha apabila aku terhenti berjalan ketika sibuk memikirkan tentang lukisan terebut.

Hanis's POV

Aku agak terkejut apabila Irene kelihatan agak berminat dengan bangunan yang aku lukis. Suara pengawas yang mengumumkan perhimpunan bersurai membuatkan aku menutup buku lukisan aku.

"Aku suka warna merah. So, aku cari je bangunan warna merah. Bangunan ni buat aku tertarik." Jawapan aku membuatkan Irene mengangguk. Langkah aku yang menuju ke arah kelas terhenti apabila aku tersedar yang Irene tertinggal di belakang.

Aku menarik tangan Irene apabila dia tidak menyahut panggilan aku. Dia tersedar dari lamunannya dan terus mengikut aku berjalan ke arah kelas. "Kau okay?" Pertanyaan aku dijawab dengan senyuman dan anggukan daripada Irene.

Kening aku terangkat apabila melihat Irene yang masih lagi termenung. Sesampai sahaja di kelas, aku duduk di tempat duduk aku dan Irene mula kelihatan normal semula. Aku hanya memandang perubahan drastik Irene dan hanya menggeleng ke arah Jai dan Rul apabila mereka memandang Irene dengan raut wajah keliru.

Pembelajaran pertama bermula dan aku sudah mula meletakkan kepala di atas meja. Tak lama kemudian, aku mula melayari mimpi dan melupakan pengajaran yang membosankan di dalam kelas.

"Isha. Bangun, Isha." Bahu aku yang digoncang dengan agak kuat mengejutkan aku dari tidur yang buat kali pertamanya tidak diiringi sebarang mimpi. Mata aku terbuka perlahan lalu aku memandang Irene dengan muka tertanya-tanya.

"Kau tak nak pergi rehat, ke?" Aku memandang jam di pergelangan tangan aku dan aku hanya mengangguk. Irene keluar dari kelas dan menunggu aku bersama-sama dengan Jai dan Rul di koridor.

Barang-barang aku di atas meja aku simpan di dalam laci meja aku dan aku keluar dan mengikut mereka ke arah kantin. Di kantin, aku hanya duduk di meja yang kosong dan menyuruh Jai membelikan makanan untuk aku.

Badan aku masih terasa penat disebabkan mission semalam membuatkan aku agak tidak bermaya hari ni. Irene yang perasan mood aku sekarang hanya membiarkan aku membaringkan kepala di atas meja. Secara tiba-tiba aku terpandang seorang budak lelaki yang aku asyik nampak beberapa hari ni.

Lelaki tersebut masih tidak mengalihkan pandangannya walaupun aku dah merenung dia untuk beberapa saat. Ketika itu aku sedar yang dia pandang Irene, bukan pandang aku. Aku memandang Irene sekilas dan memandang lelaki tersebut semula.

Apa hubungan diorang sebenarnya? Irene kenal dia ke? Kalau kenal...

Aku menggeleng kepala aku untuk membuang fikiran tadi. Walaupun aku berdendam dengan keluarga Dato' Imran, aku takkan libatkan orang lain yang tak ada kena mengena dengan keluarga dia.

Malangnya, kawan baik aku waktu kecil merupakan anak Dato' Imran. Aku terpaksa untuk balas dendam dekat Irene jugak. Aku pandang wajah Irene sekilas.

I'm sorry, Iffah. You're caught in the middle of a fight that you don't understand. Maafkan aku.

Not So Sweet Of A RevengeWhere stories live. Discover now