Bab 24

5 1 0
                                    

Irene's POV

Sekali lagi aku berjalan di lorong yang gelap dan muram ni untuk berjumpa dengan penjual dadah yang sekarang merupakan pembunuh. Penyamaran aku sebagai seorang penagih dadah mungkin berakhir hari ni.

Kalaulah aku dapat bukti yang menunjukkan Frank bunuh semua pesaing dia dalam bidang menjual dadah, kan bagus. Walaupun bukti yang aku dah kumpul cukup untuk masukkan dia dalam penjara untuk beberapa tahun, tapi aku nak dia ditangkap disebabkan pembunuhan yang dia lakukan.

Mangsa-mangsa pembunuhan yang Frank bunuh bukanlah orang yang baik tapi Frank tak ada hak untuk bunuh diorang semua.

"Hey, Angel." Aku menjeling Frank. Dah beberapa kali aku bagitahu yang nama aku bukan Angel tapi dia tak nak dengar. Mungkin ni lah yang Knight rasa bila aku panggil dia Knight. "Hey, Frank. Do you have anything new for me?"

Frank menggeleng dengan riak wajah sedih yang dibuat-buat. "Sorry, Angel. Nothing new today. But, I do have your favourite." Aku tersenyum. Penyamaran aku menyatakan yang dadah kegemaran aku ialah heroin.

"Aww, did you keep it for me?" Frank tersenyum sambil menghulurkan dadah tersebut kepada aku. Dia mengangguk lalu menghisap cerut di celah bibirnya. Pandangan Frank merayap ke seluruh badan aku. Aku sekali lagi menjeling ke arah Frank.

Frank ni sejenis orang tua yang typical. Dah kahwin pun rasa tak cukup lagi. Aku mengambil heroin tersebut daripada huluran Frank. Dadah tersebut aku simpan di dalam poket belakang seluar jeans aku.

Pandangan aneh Frank aku balas dengan senyuman manis. "I'm driving tonight. Gotta be careful." Frank mengangguk faham. Pandangan aku beralih dari Frank ke arah apartment bercat jingga terang selang beberapa bangunan dari lorong ni.

Frank yang perasan dengan pandangan aku kelihatan sedikit cuak apabila nampak bangunan yang aku sedang perhatikan. "What are you thinking about, Little Angel?" Aku perasan yang setiap kali Frank rasa tak selamat, dia akan panggil aku dengan panggilan Little Angel.

"Nothing. I'm thinking about buying a place there, one day. " Aku memusing kepala aku ke arah Frank semula. "What do you think?" Muka Frank berubah tenang semula dan kembali kepada muka gatal dia.

"Actually, I have a house there. Want to check it out?" Aku tersenyum sambil mengangguk. Orang macam Frank ni senang sangat nak tipu. Dia ada dua rumah dekat situ. Satu rumah dia dengan keluarga dia. Satu lagi rumah yang dia guna untuk simpan stok dadah dia dan bawa perempuan-perempuan yang dia pikat.

"We can go now, if you want." Senyuman di bibir aku melebar. Walaupun Frank ni penjual dadah, pembunuh dan orang tua yang gatal, dia masih ada kesopanan dalam diri dia. Mungkin sifat dia yang satu tu lah yang buat perempuan lain terjatuh dalam perangkap Frank.

"Sure." Cerut yang baru separuh dihisap dicampak ke tanah dan dipijak oleh Frank. Tangan Frank yang sudah mula merayap ke pinggang aku terpaksa aku biarkan supaya penyamaran aku tak terbongkar.

Sepanjang perjalanan ke bangunan tersebut, aku hanya mendengar percakapan Frank tanpa memberi sebarang jawapan. Kami berdua menaiki lif ke tingkat 22. Aku menjauhkan diri sedikit daripada Frank di dalam lif tanpa menimbulkan rasa curiga.

"Be careful, Rene. Remember, he is a murderer." Suara Kayla daripada earpiece aku mengingatkan aku bahawa aku sedang berdepan dengan pembunuh bersiri.

Ding!

Pintu lif terbuka dan orang pertama yang aku nampak ialah seorang lelaki yang sedang bermain permainan video di hadapan salah satu apartment. Mata aku terbeliak apabila sedar yang lelaki tersebut ialah Agent MA yang masih memakai topeng hitamnya.

Not So Sweet Of A RevengeWhere stories live. Discover now