Bab 33

6 0 0
                                    

Irene's POV

Di mata aku, dunia ni dah tak bermakna. Kalau Isha- kalau Hanis nak bunuh aku pun, bunuhlah. Badan aku dah tak mampu nak melawan. Air mata aku masih lagi mengalir tetapi kesedihan aku dah hilang. Semua emosi dalam diri aku dah tak ada.

Otak aku akhirnya dah mampu proses fakta yang ayah aku sendiri ialah pembunuh. Tangan dan kaki aku pun dah tak cuba untuk melepaskan diri daripada ikatan-ikatan ni. Mata aku hanya mampu memerhatikan Hanis sepanjang masa dia berjalan ke meja untuk meletakkan pisaunya.

"The next part starts like this. It was a rainy night. The whole family was sleeping. It was more or less a year after the sister's death." Aku memandang wajah ayah aku ketika Hanis membangkitkan topik kematian Nur Aisha.

Terdapat sedikit rasa bersalah di matanya. Mata aku mengecil untuk menentukan sama ada dia rasa bersalah sebab kematian Alisha ataupun disebabkan cerita yang disambung oleh Hanis.

"Tiba-tiba, pintu bilik si kembar dibuka oleh ibunya dengan kasar. Dengan paniknya dia cuba untuk mengejut kedua-dua anaknya. Kembar yang lebih muda terbangun dan disuruh masuk ke dalam almari."

Walaupun tak jelas, aku dapat dengar esakan yang Hanis cuba tahan. Dia menarik nafas yang dalam lalu menyambung ceritanya. "Malangnya, abang kembar kanak-kanak tadi tak sempat untuk menyorok dalam almari yang sama."

Kelihatan tangan Hanis menggenggam keychain serigala dia. "Then, this big guy came in and kicked the boy's head so hard, he fell unconscious. He said something to his earpiece and another guy came in."

Jari telunjuk Hanis menghala ke arah ayah. "He did. And this happened." Hanis memainkan satu rakaman. Kedengaran perbualan atau lebih sesuai lagi pergaduhan antara dua orang dan diakhiri dengan tiga das tembakan.

"The three shots were him shooting my dad twice and my mom once." Pandangan aku beralih kepada ayah aku. Mata kami bertembung dan dia terus mengalihkan pandangannya. Rasa sedih dan simpati mula muncul dalam diri aku.

Tiba-tiba sahaja terdengar pintu bangunan tersebut terbuka. Lelaki yang aku sangka ialah Naz memandang Hanis dengan riak panik. "Kau ada ajak orang lain ke?" Hanis menggeleng lalu memandang Linda. Linda juga menggeleng.

Please tell me that's the cops.

Hanis's POV

Kehadiran tetamu yang tidak diundang tersebut mengejutkan kami semua. Dengan berhati-hati, kami berlima mengacukan pistol ke arah pintu bilik tersebut. Perlahan-lahan pintu tersebut terbuka dan muncul muka yang sangat aku kenali.

Aku memberi isyarat supaya menurunkan pistol. "Kau buat apa dekat sini?" Tetamu tersebut yang masih kelihatan cuak hanya mendiamkan diri. "Macam mana kau tahu kitorang dekat sini?" Soalan aku masih tidak dijawab.

"Damn it, Hanif! Jawab soalan aku!" Hanif mengangkat kedua tangannya paras bahu apabila aku mengacukan pistol ke arahnya. "S-semalam aku letak tracker dekat motor kau. Aku nak tahu kau pergi mana setiap kali kau keluar."

Tangan aku perlahan-lahan menurunkan pistol. "Tu tak menjawab mana-mana soalan aku." Hanif perlahan-lahan berjalan ke arah aku. "Aku datang nak cari kau. Aku risau, Hanis. Tadi, aku naik teksi." Mata aku mengecil sambil cuba melihat sama ada Hanif menipu atau tidak.

"Baliklah, Nis. Ni bukan kau." Setitik air matanya mengalir apabila dia sedar keadaan dua anak beranak yang terikat di tengah-tengah bilik tersebut. "Apa kau dah buat, Hanis? Kenapa kau buat macam ni?"

Aku memandang Hanif sambil menahan air mata yang hampir mengalir. "Aku terpaksa, Nif. Dialah punca kita hilang Kak Isha. Dia punca kita hilang Mama, Papa. Kau tak ingat, Nif. Tapi aku ingat semuanya." Pistol aku dihala ke arah Dato' Imran.

Hanif menggeleng perlahan. Jelas yang dia berbelah bahagi sama ada nak biarkan aku atau lepaskan diorang berdua. "Aku tahu, Nis. Mungkin aku tak ingat apa jadi, tapi bila aku nampak Dato' Imran senyum depan kubur Mama, Papa, aku tahu."

Dahi aku berkerut memandang Hanif. Tak. Mesti dia tipu punya. Takkan lah. "Tak. Kau tipu." Hanif memandang aku dengan air mata yang mengalir deras. "Tak! Kalau kau tahu, kenapa kau tak bagitahu aku?! Kenapa kau tak kisah yang diorang bebas?!"

Air mata yang aku cuba untuk tahan dari tadi akhirnya mengalir juga. Karla yang cuba menenangkan aku, tidak aku pedulikan. "Sebab aku tak nak kau jadi macam ni, Nis! Aku nak kita hidup aman. Tak ada nak dendam-dendam bagai. Tolong, Nis. Stop."

Kata-kata Hanif mula mempengaruhi minda aku. Pistol aku perlahan-lahan menurun. Tetapi, bila aku ternampak wajah Dato' Imran yang tersenyum, aku hilang kawalan. Aku menggeleng laju lalu meletakkan jari aku di picu pistol.

"No!" Jeritan Hanif merupakan benda terakhir aku dengar sebelum penglihatan aku bertukar putih dan telinga aku berdesing. Pistol di tangan aku terjatuh ke lantai. Tangan aku automatik terus menggosok mata aku supaya penglihatan aku perlahan-lahan kembali normal.

Bang! Bang! Bang!

Bunyi tembakan yang bergema membuatkan aku panik. Mata aku terbuka dan apa yang aku nampak di depan mata aku mengejutkan aku. "N-no. No no no. Please don't." Air mata aku mengalir dengan lebih banyak apabila melihat Hanif terbaring di hadapan aku.

"No. No! Wake up, Hanif. Don't you dare die on me." Hanif tersenyum lemah sebelum memuntahkan sejumlah darah. "Please. Jangan tinggalkan aku. Kau je family aku, Nif. Please." Tangan Hanif yang dilumuri darah cuba untuk mengesat air mata aku.

"Aku....sayang kau, Hanis. Take....care." Badan Hanif menjadi lembik dalam pelukan aku. Aku menjerit sekuat hati sambil memeluk Hanif. "No no. Please jangan mati, Hanif. Please." Esakan aku yang makin kuat tidak dipedulikan oleh agent-agent TSA.

Salah satu agent tersebut memandang aku dengan penuh simpati. Mata agent tersebut menusuk ke dalam mata aku. Aku tergamam apabila aku sedar siapa dia. Adam. Adam and Azrif. Of course. MA, Mizan Azrif. AM, Adam Mikhail.

Ketawa meletus apabila aku sedar kebodohan diri sendiri. Sepanjang masa aku hanya ketawa. Ketika aku rasa gari dipasang di tangan aku, aku hanya ketawa. Apabila mata aku meliar dan terpandang jasad Linda dan Karla yang terbaring dan dilumuri darah, aku hanya ketawa.

Ketawa juga tercetus dari mulut aku apabila aku ternampak Rul dan Jai yang sedang menyorok di belakang semak. Sepanjang perjalanan ke menara HQ Scarlet Agency pun aku ketawa. Wajah penyiasat yang cuba untuk menyoal siasat aku kelihatan kelakar, jadi aku ketawa dengan lebih kuat.

Aku ketawa terbahak-bahak apabila penyiasat tersebut kelihatan bengang dengan aku yang tidak menjawab soalan. Dia keluar dan membawa masuk dua orang jururawat yang menyuntik aku dengan sesuatu. Ketawa aku perlahan-lahan menghilang apabila penglihatan aku bertukar hitam.

Not So Sweet Of A RevengeWhere stories live. Discover now